Powered By Blogger

Saturday, 1 October 2016

AL- QURAN



PENGERTIAN AL-QURAN

Dari Sudut Bahasa : 

1. Imam Syafie  : Al-quran dieja tanpa huruf hamzah iaitu nama khusus bagi kitab yang diturunkan seperti kitab Taurat & Injil

2. Al-Farra' & Al-Qurtubi : Al- Quran berasal daripada perkataan "Al- Qarai'in" yang bermaksud tanda2 atau petunjuk. Huruf "nun" adalah huruf asal.


Istilah :

1.  Al-Quran adalah kalam Allah Taala yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi mukjizat serta ditulis di dalam mashaf, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.

2. Imam Al-Suyuti : Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang tidak boleh ditandingi walaupun satu ayat dan dikira ibadah membacanya.

3. Imam al-Syaukani : Al-Quran adalah kalam Allah yang azali diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, dibaca secara lisan dan dipindahkan kepada kita secara mutawatir.



NAMA-NAMA AL-QURAN

 -Ulama berbeza pendapat nama2 al-Quran dari segi bilangannya sama ada 55, 56 , 90 nama.

1. Al-Furqan ( Pemisah & Pembeza)
- Al-Quran adalah pemisah antara ajaran yang benar dan ajaran yang salah.
- Al-Quran menjelaskan kepada manusia kebenaran & kebatilan.

2. Al- Mau'izah ( Peringatan / Pengajaran )
-Al-Quran mengandungi aspek pengajaran & peringatan untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia sekalian alam sama ada dalam urusan keduniaan mahupun akhirat.
-Surah Yunus : 57

3. Al-Kitab ( Yang Termaktub / Tertulis )
-Al-Quran merupakan wahyu Allah S.W.T yang dikumpul & ditulis dalam satu mashaf.
- Surah Sajdah : 2

4. Al-Nur ( Cahaya )
-Al-Quran sebagai cahaya petunjuk yang menerangi kehidupan manusia daripada kegelapan kufur.
-Surah al-Nisa : 174

5. Al-Busyra ( Berita / Khabar Gembira ) 
-Al-Quran membawa berita / khabar gembira kepada orang2 yang beriman kepada Allah bahawa mereka akan diberi kedudukan dan ganjaran yang besar di sisi Allah iaitu syurga.
- Surah al-Baqarah : 97

6. Al-Ruh 
-Surah al-Syura : 39

7. Al-Zikr 
-Surah al-Hijr : 9

8. Al-Tanzil 
-Surah al-Syuara : 192 



PENULISAN, PENGUMPULAN & PEMBUKUAN AL-QURAN 
  •  Jam'u al-Quran
  • bermula semasa hayat Rasulullah S.A.W dan kemuncaknya ialah pada zaman Khalifah Uthman b. Affan.
1. Zaman Rasulullah S.A.W

- Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi S.A.W dalam tempoh lebih kurang 23 tahun atau 22 tahun 2 bulan 22 hari.
- Nabi S.A.W sentiasa mengambil berat setiap ayat al-Quran yang diturunkan kepada baginda. Baginda menghafal dan menginagtinya serta membacakannya kepada para sahabat. Manakala para sahabat pula menyebarkan antara mereka dan mengajar kepada ahli keluarga mereka.
-Nabi S.A.W melantik dalam kalangan sahabat yang pandai menulis menjadi penulis wahyu seperti Zaid b. Thabit & Ubai b. Kaab.
- Oleh itu, proses jam'u al-Quran pada zaman Rasulullah S.A.W dapat dibahagikan kepada dua cara :

a) Hafazan
* Nabi S.A.W seorang yang ummi yang diutuskan oleh Allah Taala kepada kaum yang ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Oleh itu, Nabi S.A.W dan para sahabat menghafal ayat2 yang diturunkan kepada baginda. Allah telah mempermudahkan kepada Nabi S.A.W dari aspek bacaannya dan mengumpulkannya dalam dada baginda S.A.W. (Dalil: Surah al-Qiyamah : 16-18)
*Walaupun ayat2 al-Quran telah pun dikumpul dalam dada Rasulullah S.A.W, namun baginda tetap menghafal dan mengulangi bacaan2 dalam solat2 baginda. Dalam masa yang sama, baginda mengajarkan dan membacakannya kepada para sahabat. Para sahabat pula menghafal ayat2 tersebut dan mengajarkannya kepada isteri & anak-anak mereka. Oleh itu, lahirlah hufaz dalam kalangan para sahabat seperti khulafa' al-Rasyidin, Muaz b.Jabal, Ibnu Mas'ud, Ibnu Umar, Ibnu Abbas & lain2.

b) Penulisan
* Para sahabat menulis ayat2 al-Quran dan apa2 yang diizinkan oleh Rasulullah S.A.W di atas bahan2 seperti pelepah tamar, tulang belulang, batu2 & sebagainya.
* Baginda S.A.W juga melantik penulis2 rasmi al-Quran seperti Zaid b. Thabit, Ubai b. Kaab, Muawiyah b. Abu Sufian & lain2. Mereka menulis & menyusun ayat2 serta surah mengikut panduan yang ditetapkan oleh Nabi S.A.W dengan perantaraan Malaikat Jibril.
* Tulisan rasmi wahyu (Al-Quran) disimpan oleh Nabi S.A.W manakala para sahabat juga menulis sebagai koleksi peribadi.

Kesimpulan : Pada zaman Rasulullah S.A.W, al-Quran belum lagi dibukukan namun sudah terkumpul dalam bentuk tulisan mengikut tertib & surah.



2. Zaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq 

-Beliau menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.
-Menghadapi peristiwa2 yang berat : golongan murtad, nabi palsu, golongan enggan membayar membayar zakat.
- 12Hijrah : dalam peperangan al-Yamamah, 70 orang penghafal al-Quran telah syahid.
- Melihat keadaan itu, Saidina Umar menemui S.Abu Bakar dan menadangkan agar al-Quran dibukukan. Pada mulanya, S.Abu Bakar tidak bersetuju namun setelah diyakinkan, akhirnya beliau bersetuju.
- S.Abu Bakar mengarahkan Zaid b. Thabit mengetuai jawatankuasa pembukuan al-Quran. Zaid merupakan salah seorang daripada penulis wahyu, penghafaz al-Quran serta pernah menghadiri majlis tadarus al-Quran antara Nabi S.A.W dengan Malaikat Jibril.
- Dalam melaksanakan tugas yang berat itu, Zaid dibantu oleh beberapa orang sahabat yang bertindak menyalin satu-persatu ayat al-Quran daripada pelepah2 tamar, kilit2 binatang & ketulan2 batu. Kemudian, membandingkan catatan2 tersebut dengan hafalan para sahabat & hafalan beliau sendiri.. Beliau tidak akan menulis ayat2 al-Quran tanpa 2 orang saksi yang adil.
- Zaid b. Thabit mengambil masa lebih kurang setahun untuk menyempurnakan tugas tersebut.
- Mashaf tersebut diberi nama "Mashaf Abu Bakar" atau " Mashaf al-Imam"
- Bentuk penulisan mashaf tersebut merangkumi ketujuh2 huruf (cara bacaan) - selaraas dengan catatan2 yang dikumpulkan pada zaman Nabi S.A.W.
- Mashaf ini disimpan di bawah jagaan S.Abu Bakar sehinggalah beliau wafat. Kemudian, disimpan oleh Saidina Umar al-Khattab sepanjang tempoh pemerintahannya. Setelah S.Umar wafat, mashaf tersebut di bawah jagaan anaknya, Hafsah.

Kesimpulan : Penulisan mashaf ini dapat menjamin ketulenan al-Qran disebabkan kematian para penghafal dari kalangan para sahabat.


3. Zaman Saidina Uthman al-Affan

- Pada zaman ini, negara Islam berkembang pesat sehingga ke Syam, Kufah & Iraq.
- Umat Islam ketika itu berada di setiap daerah & negeri di wilayah Islam.
- Mereka membaca al-Quran dan mempelajarinya melalui sahabat2 Nabi S.A.W yang mahsyur seperti : (1) Penduduk Syam - Ubai b. Kaab, (2) Penduduk Kufah - Ubai b.Kaab, (3) Penduduk tempat lain - Abu Musa al-Asy'ari.
- Mereka membaca al-Quran berdasarkan perbezaan qiraat.
- Ekoran daripada perbezaan bacaan, telah menimbulkan perselisihan hebat dalam kalangan umat Islam sehingga menjadi runcing.
- Huzaifah Ibnu al-Yaman ( Setiausaha Nabi S.A.W) yang mengetuai angkatan tentera untuk membuka Armenia ( satu tempat di Rusia) & Azerbijan terpaksa pulang ke Madinah. Beliau memberitahu Khalifah mengenai pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan tentera2nya orang Syam & Iraq mengenai bacaan al-Quran.
- Huzaifah mencadangkan kepada Khalifah agar diambil indakan segera bagi mengelakkan keadaan semakin merebak & menular sehingga mencapai tahap kafir-mengkafir antara satu sama lain.
- Berdasarkan cadangan ini, Khalifah Uthman telah membentuk 1 jawatankuasa penulisan al-Quran yang terdiri  dari 4 orang sahabat Nabi S.A.W iaitu : (1) Zaid b.Thabit, (2) Abdullah b.Zubir, (3) Sa'id b. al-'As dan (4) Abdul Rahman b.Haris. Mereka terdiri dari 1 orang Ansar, dan 3 orang Muhajirin. Zaid adalah orang Ansar manakala yang lain adalah orang Muhajirin.
- Jawatankuasa tersebut telah ditugaskan oleh Khalifah untuk menyalin dan mebukukan semula ayat2 al-Quran yang dikumpulkan di zaman Abu Bakar. Mereka menyalin semula ke dalam 1 naskhah dengan menulis 1 bentuk huruf sahaja daripada huruf2 yang 7.
- Jawatankuasa tersebut berjaya menghasilkan beberapa buah mashaf yang berujuan menyatupadukan umat Islam.
- Mashaf itu dinamakan "Mashaf Uthmani".
-Mashaf yang disalin telah dihantar ke beberapa buah daerah & wilayah Islam seperti Makkah, Syria, Basrah & Kufah.
- Manakala mashaf asal diserahkan kembali kepada Saidatina Hafsah.


SYARAT PENULISAN MASHAF UTHMANI
  • Menulis al-Quran mengikut bacaan para hafiz.
  • Apabila terdapat perbezaan pendapat antara ahli jawatankuasa, mereka menulis al-Quran mengikut bahasa Quraish kerana al-Quran diturunkan dalam dialek @ lahjah Quraish.
  • Semua ayat al-Quran yang diterima secara mutawatir daripada Rasulullah s.a.w dan tidak dimansuhkan ditulis.
  • Al-Quran ditulis tanpa titik.



* nota ini adalah nota pengajianku semasa zaman pra-U tingkatan 6 2011. 
Kuliah Bersama Ustaz Mohd Saiyyidi b. Zakaria.
SMKA Naim Lilbanat