Powered By Blogger

Friday, 15 September 2023

Dunia Contact Lens

Dulu, dalam setahun gak la aku kerja bahagian contact lens (April 2021-May 2022) so just nak share sikit info : 

(1) Contact lens Daily, Monthly.

 Sape yang jenis pakai c.lens jarang2 lebih baik ambil yang daily. Pakai hari yang rasa nak pakai dan buang terus. Settle. Tak payah susah2 nak fikir pasal penjagaan selepas pakai.

Tapi sape yang selalu pakai contact lens, untuk jimat better ambil yang monthly. Yang paling lama ada 3 bulan contohnya Blincon. 

(2) Contact Lens Warna dan Tiada Warna (Clear)

Contact lens ni macam yg korang tahu dia ada pelbagai jenis colour. Tapi yg sesuai dgn skin tone masyarakat melayu bagi aku coklat la. Natural gitu. Kalau pakai warna biru, macam tak kena pula. Tapi terpulanglah kepada diri masing2. Asal tak tabarruj dah la.

Siapa yang jenis tak suka melawa macam aku mesti minat c.lens clear iaitu tak ada warna pun. Macam tak pakai apa2. 

(3) Contact Lens Yang Ada Power Silau

Ada orang rabun sekali silau kan..haa..c.lens pun ada yang power silau sekali..dipanggil c.lens toric.



Tu jela kot info sikit2 yang aku tahu mengenai c.lens. Ok nak cerita pasal diri aku pulak. Aku ni rabun dari sekolah rendah. Rabun teruk la jugak yang mana pegi mana2 kena ada spek la crita dia. Lepas nak dekat setahun keje bahagian c.lens ini, aku pun beli la c.lens clear daily aqua, iaitu yang harian punya. Ada 15 keping sekotak. Memandangkan power kanan dan kiri aku beza, terpaksa la beli dua kotak. Huhu

Bayangkan hampir 20 tahun bercermin mata, tiba2 x pyh pakai..feeling lain macam...nikmatnya tak yah pakai spek.

Mula2 pakai tu mmg susah la nk pakai dan buang. Tapi lama2 dh pro la..cehh.. Aku pun tgk video jgk cara2 pakai dan buang. Dan cuba aplikasi cara mana yang paling mudah bagi aku.

Okay lah korang, aku chow dlu..byeee...


Tuesday, 5 September 2023

Pengalaman Kerja Part Time Jual Lokcing (Satay Ikan)..

 Pejam celik, dah 8 bulan aku tak update blog. Biarlah takde orang baca pun, saja untuk kepuasan sendiri. Hehe

Memandangkan duit simpanan aku kian susut, aku pun cari la kerja part time yang bergaji hari. Cari punya cari, jumpalah iklan sebagai penjual lokcing. Dipendekkan cerita, esok aku diterima bekerja.

Lokcing atau satay ikan ini famous la di pantai timur. Biasanya akan dijual dengan pelbagai jenis sosej. Ia akan dibakar dan dimakan bersama kuah warna merah pink2 sama ada pedas atau manis.

Tempat menjual tu agak jauh rumah aku. Lebih kurang setengah jam jugak la. Aku pun jarang sangat pergi area situ, sesat jugakla. Last2 majikan gi ambik aku yang terdampar di masjid. Haha

Ok, sampai di rumah majikan nak dekat pukul 10 pagi. Maka bermulalah proses menyusun satay ikan dan sosej dalam belas kaca tu. Dia jual atas motor. Kira bukan pakai meja la. Tapi kalau pekerja wanita, majikan akan pergi hantar la. Tak perlu risau tak pandai bawak motor.Hehe. Masa tu, ada sorang lagi staf wanita, yang lain semua laki. Tapi diorang okay jer..

Lepas siap susun2 barang jualan, kami dijamu lunch nasi dan teh o beng. Kalau ikutkan, aku tak lapar sangat lagi, tapi sebab kuah nasi dah diletak terus, kenalah makan juga. Kalau dibiar lama, nasi jadi bengkak ore klate kata.Hehe.

Dalam pukul 12 tengahari lebih, aku dan staf wanita di bawa ke tempat untuk menjual lokcing dan hotdog. Jarak antara tempat aku dan dia tak jauh mana. Kira boleh jalan kaki je. Satu motor tu sorang je jual. Cuak juga aku, dh la hari first hoho.

Bos aku mula2 ajar la dlu cara2 bakar, kipas, tambah arang, celup sos dan lain2. Dalam tempoh ajar tu pun dah ada cust datang beli. Alhamdulillah. Kejap je bos ajar, lepas tu aku pun ditinggalkan sorang2. Air aku pulak tertinggal atas kereta bos. Tahan la aku dahaga sampai malam. Sedih.

Aku pun duduk la menunggu atas kerusi healing dengan santainya sambil main phone. Bermulalah proses jual beli lokcing dan hotdog. Aku tak makan sosej, masa ni la baru aku kenal nama2 hotdog. Huhu Ada hotdog pulut, cheese, keladi dan macam2 lg. Harga tak sama. Paling mahal rm2 sebatang. Kalau untuk lokcing pula, Rm 1 : 3 batang. Zaman aku kecil2 dulu sebatang 10 sen je. Biasalah harga barang naik mendadak semuanya.

Aku jual sampai pukul nak dekat 8 malam. Kira dalam 8 jam la. Alhamdulillah..semua customer aku baik2 dan sangat okay..Kira tak jumpa la yang aneh2.hehe. Ada Melayu.ada chinese..ada perantau yang pulang sempene cuti sekolah seminggu ni..macam2 ada ..

Cabaran tu bila time ramai2 la..dah la aku jenis kalut..kadang2 bara api tak okay..puas kipas..time takde customer api okay plk..haha

Jualan alhamdulillah..Bos pun cakap jualan aku dh banyak dh utk pertama kali..terima kasih mana yg sudi beli..maaf yang mana terkurang...saya budak baru belajar..