Wednesday, 24 October 2018
PENGALAMAN KERJA SEBAGAI KERANI TUISYEN
Assalamualaikum,
Saja nak kongsi pengalaman aku pernah jadi kerani tuisyen selama 1 tahun 4 bulan. Moga bermanfaat kepada siapa2 yang berminat nak apply untuk jawatan ni..
Tugasan dia agak menyeluruh juga seperti :
1) Customer service.
-Kena jawab telefon. Kena ready dgn pelbagai soalan customer. Mula2 masuk tu aku pegang kertas yg ada catatan semua2 tu. Lama2 baru okay jawab direct.hehe..Selain tu, ada yg jenis datang walk in..Kira kena terangkanlah pakej apa yang ada ditawarkan.
2) Fotostat
- Serius, sebelum ni boleh dikatakan tak pandai sangat guna. Aku tahu tekan untuk yang sehelai2 tu je. Bila dah kerja kat sini, kena tahu semua la. Nak besarkan , nak kecikkan..nak depan belakang. Ribuan terima kasih kpd ofismate aku yg sudi beri tunjuk ajar sampai aku jadi mahir.yeay..best sebenarnya fotostat ni, tapi time dia meragam stress oi..haha
3) Buat akaun
-Tempat aku buat akaun ringkas je..tulis dalam buku log..Penerimaan dapat berapa pastu ada tolak apa2 ke..lebih kurang ceggitu je..tak de main full set bagai tu..
4) HR
-setiap akhir bulan aku kena kira dan bayr gaji cikgu..kat sini kitaorang bayar cash terus di tangan. Selain tu, aku gak terlibat dalam pengambilan guru ganti. Siapa ada tanya kerja kosong, biasa aku suruh hantar resume. Bila ada cikgu yg x dpt datang, kita amik sebagai guru ganti. Lepas tu, aku akan tanya respon dari beberapa student. Kalau okay, kita akan ambil lagi utk ganti seterusnya. Kalau x okay, sekali tu je. Ada je yg bukan dari kos pendidkan, tapi okay mengajar. Sebab tu aku cuba bagi peluang utk mereka yg hantar resume. Aku faham dgn keadaan kerja yg terhad sekarang.
5) KEBERSIHAN TUISYEN
- Kena sapu kelas, buang sampah, bersih toilet..dan apa2 yg patutu melibatkan kebersihan..
* Itulah sedikit sebanyak pengalaman kerja kat tuisyen. Ada yang tanya kenapa aku x apply cikgu..ntah la..aku rasa aku x de bakat jadi cikgu..haha..
* Pegalaman kerja menjadikan kita lebih matang sebenarnya. Macam2 karenah manusia kena hadapi.. Yang okay, yg menguji kesabaran..semua itu adalah pengalaman berharga
* Tq banyak pada bos yg sudi amik aku yg lari jauh dari bidang..doakan aku dapat kerja yg lebih baik lepas ni..
Bye..
Friday, 24 November 2017
PENGALAMAN TEMUDUGA GURU KAFA
Assalamualaikum..
Nak kongsi pengalaman aku pergi temuduga guru kafa negeri Kelantan minggu lepas.
Kalau tahun2 sebelum ni, aku ada baca yang diorang ada ujian bertulis sebelum temuduga. Tapi tahun ini tiada pula ujian bertulis tu.
Sekali masuk dewan lebih kurang anggaran dalam 30 orang. Seorang calon dan seorang panel.Kalau kita masuk awal, kira kita boleh pilih la nak panel yang mana satu. Yang masuk lewat, kena pergi je mana meja yang masih kosong.
Antara soalan yang di tanyakan kepada aku :
1) Isi borang maklumat kita dalam tulisan jawi.
2) Baca Al-Fatihah
3) Baca Pembuka Surah. Contoh : Yasin, Alif Lam Mim dan semua2 tu
4)Surah Lazim. Aku kena baca surah ad-Dhuha.
5) Baca surah besar yang diberikan dalam kertas.Aku kena 3 potongan surah yang berlainan.
6) Pernah mengajar ke sebelum ni?
7) Subjek apa yang diajar guru kafa
8) Pandangan anda mengenai Bajet 2018
* Sesi temuduga selama 15 minit saja. Yang lamanya menunggu giliran je. Sebabnya dia bagi kepada Dun yang jauh dulu. Dekat 3 jam lebih gak menunggu.
Saturday, 1 October 2016
AL- QURAN
PENGERTIAN AL-QURAN
Dari Sudut Bahasa :
1. Imam Syafie : Al-quran dieja tanpa huruf hamzah iaitu nama khusus bagi kitab yang diturunkan seperti kitab Taurat & Injil
2. Al-Farra' & Al-Qurtubi : Al- Quran berasal daripada perkataan "Al- Qarai'in" yang bermaksud tanda2 atau petunjuk. Huruf "nun" adalah huruf asal.
Istilah :
2. Imam Al-Suyuti : Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang tidak boleh ditandingi walaupun satu ayat dan dikira ibadah membacanya.
3. Imam al-Syaukani : Al-Quran adalah kalam Allah yang azali diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, dibaca secara lisan dan dipindahkan kepada kita secara mutawatir.
NAMA-NAMA AL-QURAN
1. Al-Furqan ( Pemisah & Pembeza)
- Al-Quran adalah pemisah antara ajaran yang benar dan ajaran yang salah.
- Al-Quran menjelaskan kepada manusia kebenaran & kebatilan.
2. Al- Mau'izah ( Peringatan / Pengajaran )
-Al-Quran mengandungi aspek pengajaran & peringatan untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia sekalian alam sama ada dalam urusan keduniaan mahupun akhirat.
-Surah Yunus : 57
3. Al-Kitab ( Yang Termaktub / Tertulis )
-Al-Quran merupakan wahyu Allah S.W.T yang dikumpul & ditulis dalam satu mashaf.
- Surah Sajdah : 2
4. Al-Nur ( Cahaya )
-Al-Quran sebagai cahaya petunjuk yang menerangi kehidupan manusia daripada kegelapan kufur.
-Surah al-Nisa : 174
5. Al-Busyra ( Berita / Khabar Gembira )
-Al-Quran membawa berita / khabar gembira kepada orang2 yang beriman kepada Allah bahawa mereka akan diberi kedudukan dan ganjaran yang besar di sisi Allah iaitu syurga.
- Surah al-Baqarah : 97
6. Al-Ruh
-Surah al-Syura : 39
7. Al-Zikr
-Surah al-Hijr : 9
8. Al-Tanzil
-Surah al-Syuara : 192
PENULISAN, PENGUMPULAN & PEMBUKUAN AL-QURAN
- Jam'u al-Quran
- bermula semasa hayat Rasulullah S.A.W dan kemuncaknya ialah pada zaman Khalifah Uthman b. Affan.
- Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi S.A.W dalam tempoh lebih kurang 23 tahun atau 22 tahun 2 bulan 22 hari.
- Nabi S.A.W sentiasa mengambil berat setiap ayat al-Quran yang diturunkan kepada baginda. Baginda menghafal dan menginagtinya serta membacakannya kepada para sahabat. Manakala para sahabat pula menyebarkan antara mereka dan mengajar kepada ahli keluarga mereka.
-Nabi S.A.W melantik dalam kalangan sahabat yang pandai menulis menjadi penulis wahyu seperti Zaid b. Thabit & Ubai b. Kaab.
- Oleh itu, proses jam'u al-Quran pada zaman Rasulullah S.A.W dapat dibahagikan kepada dua cara :
a) Hafazan
* Nabi S.A.W seorang yang ummi yang diutuskan oleh Allah Taala kepada kaum yang ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Oleh itu, Nabi S.A.W dan para sahabat menghafal ayat2 yang diturunkan kepada baginda. Allah telah mempermudahkan kepada Nabi S.A.W dari aspek bacaannya dan mengumpulkannya dalam dada baginda S.A.W. (Dalil: Surah al-Qiyamah : 16-18)
*Walaupun ayat2 al-Quran telah pun dikumpul dalam dada Rasulullah S.A.W, namun baginda tetap menghafal dan mengulangi bacaan2 dalam solat2 baginda. Dalam masa yang sama, baginda mengajarkan dan membacakannya kepada para sahabat. Para sahabat pula menghafal ayat2 tersebut dan mengajarkannya kepada isteri & anak-anak mereka. Oleh itu, lahirlah hufaz dalam kalangan para sahabat seperti khulafa' al-Rasyidin, Muaz b.Jabal, Ibnu Mas'ud, Ibnu Umar, Ibnu Abbas & lain2.
b) Penulisan
* Para sahabat menulis ayat2 al-Quran dan apa2 yang diizinkan oleh Rasulullah S.A.W di atas bahan2 seperti pelepah tamar, tulang belulang, batu2 & sebagainya.
* Baginda S.A.W juga melantik penulis2 rasmi al-Quran seperti Zaid b. Thabit, Ubai b. Kaab, Muawiyah b. Abu Sufian & lain2. Mereka menulis & menyusun ayat2 serta surah mengikut panduan yang ditetapkan oleh Nabi S.A.W dengan perantaraan Malaikat Jibril.
* Tulisan rasmi wahyu (Al-Quran) disimpan oleh Nabi S.A.W manakala para sahabat juga menulis sebagai koleksi peribadi.
Kesimpulan : Pada zaman Rasulullah S.A.W, al-Quran belum lagi dibukukan namun sudah terkumpul dalam bentuk tulisan mengikut tertib & surah.
2. Zaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq
-Beliau menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.
-Menghadapi peristiwa2 yang berat : golongan murtad, nabi palsu, golongan enggan membayar membayar zakat.
- 12Hijrah : dalam peperangan al-Yamamah, 70 orang penghafal al-Quran telah syahid.
- Melihat keadaan itu, Saidina Umar menemui S.Abu Bakar dan menadangkan agar al-Quran dibukukan. Pada mulanya, S.Abu Bakar tidak bersetuju namun setelah diyakinkan, akhirnya beliau bersetuju.
- S.Abu Bakar mengarahkan Zaid b. Thabit mengetuai jawatankuasa pembukuan al-Quran. Zaid merupakan salah seorang daripada penulis wahyu, penghafaz al-Quran serta pernah menghadiri majlis tadarus al-Quran antara Nabi S.A.W dengan Malaikat Jibril.
- Dalam melaksanakan tugas yang berat itu, Zaid dibantu oleh beberapa orang sahabat yang bertindak menyalin satu-persatu ayat al-Quran daripada pelepah2 tamar, kilit2 binatang & ketulan2 batu. Kemudian, membandingkan catatan2 tersebut dengan hafalan para sahabat & hafalan beliau sendiri.. Beliau tidak akan menulis ayat2 al-Quran tanpa 2 orang saksi yang adil.
- Zaid b. Thabit mengambil masa lebih kurang setahun untuk menyempurnakan tugas tersebut.
- Mashaf tersebut diberi nama "Mashaf Abu Bakar" atau " Mashaf al-Imam"
- Bentuk penulisan mashaf tersebut merangkumi ketujuh2 huruf (cara bacaan) - selaraas dengan catatan2 yang dikumpulkan pada zaman Nabi S.A.W.
- Mashaf ini disimpan di bawah jagaan S.Abu Bakar sehinggalah beliau wafat. Kemudian, disimpan oleh Saidina Umar al-Khattab sepanjang tempoh pemerintahannya. Setelah S.Umar wafat, mashaf tersebut di bawah jagaan anaknya, Hafsah.
Kesimpulan : Penulisan mashaf ini dapat menjamin ketulenan al-Qran disebabkan kematian para penghafal dari kalangan para sahabat.
3. Zaman Saidina Uthman al-Affan
- Pada zaman ini, negara Islam berkembang pesat sehingga ke Syam, Kufah & Iraq.
- Umat Islam ketika itu berada di setiap daerah & negeri di wilayah Islam.
- Mereka membaca al-Quran dan mempelajarinya melalui sahabat2 Nabi S.A.W yang mahsyur seperti : (1) Penduduk Syam - Ubai b. Kaab, (2) Penduduk Kufah - Ubai b.Kaab, (3) Penduduk tempat lain - Abu Musa al-Asy'ari.
- Mereka membaca al-Quran berdasarkan perbezaan qiraat.
- Ekoran daripada perbezaan bacaan, telah menimbulkan perselisihan hebat dalam kalangan umat Islam sehingga menjadi runcing.
- Huzaifah Ibnu al-Yaman ( Setiausaha Nabi S.A.W) yang mengetuai angkatan tentera untuk membuka Armenia ( satu tempat di Rusia) & Azerbijan terpaksa pulang ke Madinah. Beliau memberitahu Khalifah mengenai pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan tentera2nya orang Syam & Iraq mengenai bacaan al-Quran.
- Huzaifah mencadangkan kepada Khalifah agar diambil indakan segera bagi mengelakkan keadaan semakin merebak & menular sehingga mencapai tahap kafir-mengkafir antara satu sama lain.
- Berdasarkan cadangan ini, Khalifah Uthman telah membentuk 1 jawatankuasa penulisan al-Quran yang terdiri dari 4 orang sahabat Nabi S.A.W iaitu : (1) Zaid b.Thabit, (2) Abdullah b.Zubir, (3) Sa'id b. al-'As dan (4) Abdul Rahman b.Haris. Mereka terdiri dari 1 orang Ansar, dan 3 orang Muhajirin. Zaid adalah orang Ansar manakala yang lain adalah orang Muhajirin.
- Jawatankuasa tersebut telah ditugaskan oleh Khalifah untuk menyalin dan mebukukan semula ayat2 al-Quran yang dikumpulkan di zaman Abu Bakar. Mereka menyalin semula ke dalam 1 naskhah dengan menulis 1 bentuk huruf sahaja daripada huruf2 yang 7.
- Jawatankuasa tersebut berjaya menghasilkan beberapa buah mashaf yang berujuan menyatupadukan umat Islam.
- Mashaf itu dinamakan "Mashaf Uthmani".
-Mashaf yang disalin telah dihantar ke beberapa buah daerah & wilayah Islam seperti Makkah, Syria, Basrah & Kufah.
- Manakala mashaf asal diserahkan kembali kepada Saidatina Hafsah.
SYARAT PENULISAN MASHAF UTHMANI
- Menulis al-Quran mengikut bacaan para hafiz.
- Apabila terdapat perbezaan pendapat antara ahli jawatankuasa, mereka menulis al-Quran mengikut bahasa Quraish kerana al-Quran diturunkan dalam dialek @ lahjah Quraish.
- Semua ayat al-Quran yang diterima secara mutawatir daripada Rasulullah s.a.w dan tidak dimansuhkan ditulis.
- Al-Quran ditulis tanpa titik.
* nota ini adalah nota pengajianku semasa zaman pra-U tingkatan 6 2011.
Kuliah Bersama Ustaz Mohd Saiyyidi b. Zakaria.
SMKA Naim Lilbanat
Saturday, 6 August 2016
Sedikit Perkongsian
Assalamualaikum.... Sedikit perkongsian mengenai kitab Unwanul Falah Akademi Pondok Pasir Tumboh Ramadhan1437H yang sempat ambo catat. Moga bermanfaat ^_^.
( KITAB UNWANUL FALAH ) - Fiqh
Air Mutlak
Haid
Nifas
Mandi Wajib
2. Meratakan air ke seluruh badan
Tayamum
Solat
Solat Witir
Antara Perkara Haram Ketika Ihram
Kaffarah Sumpah
1.Memerdekakan hamba yang beriman
2. Beri makan 10 orang miskin ( seorang 1 cupak iaiti 1 kati/600g makanan asasi)
3. Beri pakaian kepada 10 orang fakir miskin (pakaian yang biasa dipakai oleh sesuatu tempat)
Nazar
( KITAB UNWANUL FALAH ) - Fiqh
-Dalam syariah, boleh ta'lid (ikut secara membuta tuli). Namun sebaliknya dalam usuluddin
Air Mutlak
- Tidak boleh mengambil wuduk menggunakan air mutlak yang telah bercampur dengan air bukan mutlak yang mana kuantiti air bukan mutlak tersebut melebihi kuantiti air mutlak.
- Nila setitik di campur dalam air mutlak. Air menjadi biru semua walaupun cuma diletakkan sedikit. Tidak boleh digunakan untuk berwuduk.
- Air mutlak yang jatuh najis (najis yang tidak dimaafkan) di dalamnya = air yang terkena najis.
- Ada beza antara air yang terkena najis dengan air najis. Contoh air najis = air kencing
- Tulang & bangkai (tidak disembelih mengikut syarak) termasuk dalam najis yang tidak dimaafkan. Walaupun air tidak berubah, tetap menjadi najis.
- Air 2 kolah = 500 kati ( 180 kg )
Haid
- Tempoh paling awal seseorang itu kedatangan haid adalah apabila usia hendak menjangkau 9 tahun.
- Paling sikit darah haid = sehari semalam (24 jam)
- Paling lama darah haid = 15 hari
Nifas
- Darah yang keluar dari qubul wanita selapas melahirkan anak
- Paling cepat = 1 detik
- Paling lama - 60 hari
- Kebiasaannya = 40 hari
Mandi Wajib
- Wanita yang keguguran anak = wajib mandi wajib
- Rukun mandi wajib :
2. Meratakan air ke seluruh badan
Tayamum
- Bersuci kerana darurat
- kena masuk waktu dulu
- mesti cari air terlebih dahulu
- 1 tayamum untuk 1 solat fardhu sahaja. Boleh guna banyak kali untuk solat sunat.
- kalau misai & janggut lebat, tak wajib ratakan ke setiap pangkal bulu. (sunat sahaja)
Solat
- sunat buka tangan masa angkat takbir
- pandang kiri kanan dalam solat tanpa hajat = Makruh
- pandang ke atas masa solat = makruh
- pejam mata masa solat = makruh. Tapi, jika dengan pejam mata lebih khusyuk, maka dibolehkan.
- solat berimamkan anak zina = makruh
- pakai niqab masa solat = makruh (kecuali ada ajnabi)
- anak dara pergi masjid = makruh (walaupun dia tak lawa) melainkan pergi bersama ibu bapa.
- Kita dah solat. Kawan tak solat lagi. Dia minta kita jadi imam. Kita boleh solat sekali lagi.
- kalau dalam solat berjemaah yang Imam baca senyap, lebih baik kita tak payah baca doa iftitah sebab takut tak sempat nak baca surah al-Fatihah.
- Mazhab Shafie- wajib baca basmalah (sebab sebahagian daripada surah al-Fatihah)
- Mazhab Hanafi - Sunat baca basmalah
Solat Witir
- Imam Abu Hanifah -witir adalah wajib
- Imam Shafie - witir adalah sunat
- Witir yang paling sedikit adalah 1 rakaat, paling sempurna = 3 rakaat, paling banyak = 11 rakaat.
Antara Perkara Haram Ketika Ihram
- Jimak
- akad nikah
- berburu di darat
Kaffarah Sumpah
1.Memerdekakan hamba yang beriman
2. Beri makan 10 orang miskin ( seorang 1 cupak iaiti 1 kati/600g makanan asasi)
3. Beri pakaian kepada 10 orang fakir miskin (pakaian yang biasa dipakai oleh sesuatu tempat)
Nazar
- Nazar ni kena dengan iltizam. Kalau cuma terlintas dalam hati, tak dikira nazar.
- Nazar mestilah perkara yang berkebajikan
Wednesday, 23 March 2016
ULUM AL-QURAN & BIDANG KAJIANNYA
PENGERTIAN ULUM AL-QURAN
Bahasa :
Gabungan perkataan antara ulum & al-Quran.
Ulum : lafaz jamak daripada "ilm" yang bermaksud kefahaman yang menepati fakta yang sebenar.
Al Quran : Kalam Allah yang mukjiz, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, ditulis dalam mashaf, disampaikan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.
Oleh itu, ulum al-Quran ialah ilmu-ilmu yang berkait dengan al-Quran.
Istilah :
Ilmu-ilmu yang embicarakan tentang al-Quran sama ada aspek penurunan, bacaan, sejarah pengumpulan, penyusunan, penulisan, penafsiran, i'jaz,nasikh manksukh, sebab nuzul, makki madani & sebagainya.
SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN
Tahap Sebelum Ditulis Dalam Bentuk Buku
Zaman Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar & Saidina Umar.
Ulum al-Quran pada tahap tersebut belum ditulis dalam bentuk buku kerana keadaan tidak terdesak untuk berbuat demikian :
1. Rasulullah S.A.W & para sahabat adalah orang yang paling arif tentang al-Quran dari pelbagai aspek.
2.Para sahabat adalah arab tulen yang faham ayat2 al-Quran
3. Kekurangan bahan @ peralatan untuk menulis
4. Ramai dikalangan para sahabat tidak pandai menulis
5. Larangan Rasulullah S.A.W untuk menulis selain daripada al-Quran kerana bimbang bercampur aduk dengan al-Quran.
Oleh itu, ulum al-Quran pada zaman tersebut disampaikan secara lisan & dihafal oleh para sahabat.
Tahap Persediaaan Penulisan Dalam Bentuk Buku
- Zaman Khalifah Uthman bin Affan.
- Berlaku percampuran antara orang2 Arab & bangsa lain yang menganut agama Islam.
- Keadaan tersebut dibimbangi akan terhakis kearaban orang arab dan bahasanya
- Pada masa yang sama, timbul perselisihan dalam membaca al-Quran dalam kalangan para sahabat.
-Dalam situasi itulah, Saidina Uthman memerintahkan penulisan al-Quran dalam satu mashaf rasmi.
-Tindakan Saidina Uthman merupakan asas kepada ilmu rasm al-Quran atau dikenali sebagai Resam Uthmani.
-Pada zaman Saidina Ali pula, beliau telah memerintahkan Abu Aswad al Duali mencipta beberpa kaedah tatabahasa Arab untuk memelihara bahasa Arab.
-Tindakan Saidina Ali ini merupakan asas kepada ilmu i'rab al-Quran
-Seterusnya, para sahabat & tabiin telah meletakkan asas dalam bidang ulum al-Quran seperti ilmu tafsir, ilmu asbab nuzul, ilmu nasikh & manksuh, ilmu gharib al-Quran dan sebagainya
-Tokoh2 ulum al-Quran pada zaman tersebut seperti khalifah ar-Rasyidin, Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud, Mujahid, Ikrimah, Hasan al-Basri & lain2.
Tahap Penulisan Dalam Bentuk Buku ( Pembukuan )
-Pada kurun ke-2 Hijrah, telah muncul pelbagai kitab Ulum al-Quran. Bidang kajian pertama Ulum al-Quran ialah ilmu tafsir yang dianggap sebagai induk kepada ilmu al-Quran yang lain.
Tokoh penulis tafsir pada masa tersebut ialah Syu'bah al-Hajjaj, Sufian Uyainah, Waki' al-Jarrah . Penafsiran mereka adalah berdasarkan periwayatan daripada Rasulullah S.A.W, sahabat & Tabiin.
-Mulai abad ke-3 Hijrah, muncul pula ilmu2 lain yang berkaitan dengan al-Quran seperti ilmu sebab nuzul dan ilmu nasikh mansukh.
Antara ahli ulum al-Quran yang terkenal pada masa itu ialah Ibnu Jarir At-Tabari.
-Senarai Kitab :
Abad ke-3 H :
Asbab Nuzul - Ali Al-Madini ( Guru kepada Imam Bukhari)
Al Nasikh Wa Al Mansukh - Abu Ubaid al-Qasim
Abad ke-4 H :
Ilmu Gharib al-Quran - Abu Bakar as-Sajistani
Abad ke-5 H :
Al-Burhan fi Ulum Quran -Ali b. Ibrahim al-Khaufi
Abad ke-6H :
Mubham al-Quran - Abu Qasim al-Suhaili
Abad ke-7H :
Majaz al-Quran - Ibnu Abd as-Salam
Abad ke 8 H :
Ilmu Balaghah al-Quran - Ibnu Qayyim
Abad ke-9H :
Mawaqi' al Ulum min mawaqi' an-Nujum -Jalaluddin al-Bulqin
Abad ke-10h :
Al-Itqan fi Ulum Quran -Jalaluddin al-Suyuti
Abad ke 11, 12 & 13H :
Penulisan ulum al-Quran malap. Hal ini demikian kerana Ulama' lebih memberi penumpuan kepada penyebaran ilmya yang sedia ada.
Abad ke-14H :
Penulisan ulum al-Quran bangkit semula dengan kitab2 yang lebih lengkap dan tersusun.
Mahasin al-Takwil - Jamaluddin al -Qasimi
Al-Tibyan fi Ulum al-Quran - Tahir al -Jazairi
BIDANG KAJIAN / SKOP PERBAHASA ULUM AL-QURAN
1. Ilmu Tafsir & Ta'wil al -Quran
-Dikesan pada abad ke-2H
-Mengumpulkan koleksi periwayatan tafsir yang diriwayatkan daripada para sahabat
-Tokoh :
Sufian Uyainah, Waki' al-Jarrah & Syu'bah al-Hajjaj
2. Ilmu I'rab al-Quran
-Saidina Alidikatakan pelopor kepada ilmu ini kerana beliau telah memerintahkan Abu Aswad ad-Duali mencipta kaedah Nahu (tatabahasa Arab)
-Tokoh : Ali b. Ibrahim al-Khaufi
3. Ilmu Qiraat al-Quran
-berkaitan dengan cara bacaan al-Quran
Tokoh : Abu Ubaid al-Qasim b. Salam
4. Ilmu Nasikh Mansukh
-berkaitan dengan ayat2 menasakhkan (menghapuskan/memadamkan) ayat2 yang lain sama ada dari segi bacaannya, hukumnya atau kedua2nya sekali.
-Tokoh : Abu Ubaid al-Qasim b. Salam
5. Ilmu Sebab Nuzul
-berkaitan sebab2 atau peristiwa2 penurunan ayat.
-Tokoh : Ali al-Madini ( Guru Imam Shafie)
6. Ilmu Makki & Madani
-membicarakan tentang ayat2 atau surah2 yang dinisbahkan kepada Makkah & Madinah
-Tokoh : Muhammad b. Ayub ad-Dirris
7. Ilmu Fadhail
-membicarakan tentang kelebihan & kehebatan al-Quran
-Tokoh : Abu Ubaid al-Qasim b. Salam
8. Ilmu Gharib al-Quran
-membincangkan tentang perkataan2 yang sukar terdapat dalam ayat2 al-Quran
-Tokoh : Abu Bakar al-Sajistani
9. Ilmu Amthal al-Quran
- membincangkan tentang perumpamaan2 yang terdapat dalam al-Quran
Tokoh : Al-Mawardi
10. Ilmu Majaz al-Quran
-membincagkan tentang ayat2 al-Quran yang mengandungi simbolik bahasa Arab
11. Ilmu Ayat Muhkamat & Mutasyabihat
-membincangkan hukum yang jelas & kesamara-Tokoh : Ibnu Taimiyah
12. Ilmu Jadal Al-Quran
-membincangkan tentang hujah2 atau dalil2 dalam gaya bahasa arab untuk menetapkan sesuatu
-Tokoh : Najmuddin at-Thufi
13. Ilmu Aqsam al-Quran
-membincagkan tentang jenis2 sumpah yang terdapat dalam ayat2 al-Quran
Tokoh ; Ibnu Qayyim
1. Ilmu Tafsir & Ta'wil al -Quran
-Dikesan pada abad ke-2H
-Mengumpulkan koleksi periwayatan tafsir yang diriwayatkan daripada para sahabat
-Tokoh :
Sufian Uyainah, Waki' al-Jarrah & Syu'bah al-Hajjaj
2. Ilmu I'rab al-Quran
-Saidina Alidikatakan pelopor kepada ilmu ini kerana beliau telah memerintahkan Abu Aswad ad-Duali mencipta kaedah Nahu (tatabahasa Arab)
-Tokoh : Ali b. Ibrahim al-Khaufi
3. Ilmu Qiraat al-Quran
-berkaitan dengan cara bacaan al-Quran
Tokoh : Abu Ubaid al-Qasim b. Salam
4. Ilmu Nasikh Mansukh
-berkaitan dengan ayat2 menasakhkan (menghapuskan/memadamkan) ayat2 yang lain sama ada dari segi bacaannya, hukumnya atau kedua2nya sekali.
-Tokoh : Abu Ubaid al-Qasim b. Salam
5. Ilmu Sebab Nuzul
-berkaitan sebab2 atau peristiwa2 penurunan ayat.
-Tokoh : Ali al-Madini ( Guru Imam Shafie)
6. Ilmu Makki & Madani
-membicarakan tentang ayat2 atau surah2 yang dinisbahkan kepada Makkah & Madinah
-Tokoh : Muhammad b. Ayub ad-Dirris
7. Ilmu Fadhail
-membicarakan tentang kelebihan & kehebatan al-Quran
-Tokoh : Abu Ubaid al-Qasim b. Salam
8. Ilmu Gharib al-Quran
-membincangkan tentang perkataan2 yang sukar terdapat dalam ayat2 al-Quran
-Tokoh : Abu Bakar al-Sajistani
9. Ilmu Amthal al-Quran
- membincangkan tentang perumpamaan2 yang terdapat dalam al-Quran
Tokoh : Al-Mawardi
10. Ilmu Majaz al-Quran
-membincagkan tentang ayat2 al-Quran yang mengandungi simbolik bahasa Arab
11. Ilmu Ayat Muhkamat & Mutasyabihat
-membincangkan hukum yang jelas & kesamara-Tokoh : Ibnu Taimiyah
12. Ilmu Jadal Al-Quran
-membincangkan tentang hujah2 atau dalil2 dalam gaya bahasa arab untuk menetapkan sesuatu
-Tokoh : Najmuddin at-Thufi
13. Ilmu Aqsam al-Quran
-membincagkan tentang jenis2 sumpah yang terdapat dalam ayat2 al-Quran
Tokoh ; Ibnu Qayyim
FAEDAH MEMPELAJARI ULUM AL-QURAN
- Dapat menguasai pelbagai bidang ilmu yang terdapat dalam al-Quran
- Dapat mengetahui sejarah perkembangan al-Quran semenjak ia diturunkan sehingga sekarang
- Dapat membantu pengkaji atau pentafsir untuk memahami kandungan al-Quran
- Dapat mengetahui metod ahli tafsir dalam mentafsir ayat2 al-Quran
- Dapat menambah keyakinan bahawa al-Quran adalah kalam Allah.
* nota ini adalah nota pengajianku semasa zaman pra-U tingkatan 6 2011.
Kuliah Bersama Ustaz Mohd Saiyyidi b. Zakaria.
SMKA Naim Lilbanat
Saturday, 5 March 2016
" WASATIYYAH MENURUT PERSPEKTIF AL-SUNNAH "
WASATIYYAH MENURUT AL-SUNNAH
1) Larangan Rasulullah
S.A.W Mengenai Sikap Melampau Dalam Beribadah.
وَعَن
أَنَسٍ رضي الله عنه قَالَ :جَاءَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ إلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيّ
صلى الله عليه وسلم يسْأَلُونَ عن عِبادَةِ النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم، فَلَمَّا
أُخْبِرُوا كَأَنَّهُم تَقالُوها ، فقالوا: أَيْنَ نَحْنُ مِن النَّبِيّ صلى الله
عليه وسلم وَقَد غُفِرَلَهُ ماَ تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَماَ تأخر؟ قال أَحَدُهُم:
أَمَّا أَنا فإنِّي أصلي الليلَ أبداً, وقالَ آخَرُ: أنا أصُومُ الدَّهْرَ ولا أُفْطِرٌ,
وقال آخر: أَعْتَزِلُ النساءَ فلا أَتَزَوَّجُ أَبَداً, فَجاءَ رسول الله صلى الله
عليه وسلم إلَيْهِمْ فقال: أَنْتُمْ الذينَ قُلْتُمْ كَذا وَكَذَا؟ أَما والله إِني
لأَخْشاكُم الله، وَأَتْقَاكُم لَهُ، لَكِنِّي أَصُومُ وأفطِرُ، وأصَلي وَأَرْقُدُ,
وَأَتَزَوَّجُ النِّساءَ، فَمَن رَغِبَ عَن سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنّي.
(HR Bukhari, Sahih
Bukhari, Kitab Nikah, Bab Anjuran Untuk Menikah, No 5063, Sahih)
Maksudnya:
“Tiga orang lelaki telah datang ke rumah isteri-isteri Rasulullah SAW
bertanyakan tentang ibadah Baginda SAW. Apabila mereka diberitahu (tentang
ibadah baginda), mereka merasakan seolah-olah ia sedikit. Lantas mereka
berkata, di manakah kedudukan kita jika dibandingkan dengan kedudukan Nabi SAW
yang telah diampunkan Allah dosa-dosa
yang lalu dan akan datang? Salah seorang dari mereka berkata: “Saya solat
sepanjang malam.” Lelaki kedua berkata: “Saya berpuasa sepanjang hari (setiap
hari).” Lelaki ketiga pula berkata: “Saya akan menjauhkan diri dari wanita dan
tidak akan berkahwin selama-lamanya.” Kemudian, Rasulullah SAW datang berjumpa
mereka seraya bertanya: “Kaliankah yang berkata begini dan begini? Demi Allah!
Sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut dan paling bertakwa kepada
Allah, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku bersembahyang (malam) dan tidur
serta aku berkahwin. Sesiapa sahaja yang berpaling dari sunnahku, orang itu
tidak termasuk daripadaku.”
Dalam
hadis di atas, beberapa orang sahabat ingin melakukan ibadat solat malam tanpa
tidur, berpuasa tanpa henti dan mengawal syahwat tanpa berkahwin. Namun mereka
ditegah oleh Rasulullah S.A.W dengan ancaman bahawa sesiapa yang berpaling
daripada sunah baginda, dia bukan dari kalangan baginda S.A.W. Inilah manhaj
wasatiyyah yang menunjukkan bahawa Islam ialah agama kesederhanaan dan seimbang.
Keseimbangan yang
ditekankan oleh Rasulullah S.A.W di sini merupakan perwatakan fitrah manusia
yang seharusnya dilaksanakan untuk kesejahteraan manusia itu sendiri dari segi
rohani dan jasmani. Jasmani manusia tidak mungkin mengamalkan sesuatu yang
mungkin membawa kepada sejenis penyeksaan yang tidak tertahan secara tabiinya
seperti yang terdapat dalam amalan sesetengah kepercayaan manusia yang hanya
mementingkan kehendak jasmani tanpa memberikan kepuasan kepada kerohanian juga
merupakan amalan melampau yang hanya membawa kepada kerosakan pada aspek moral
dan akhlak.
Tindakan berlebih-lebihan dalam ibadat sehingga di luar kemampuan
dan keseimbangan telah diklasifikasikan oleh Nabi S.A.W sebagai bukan dari
sunnahnya. Tenaga dan keupayaan manusia terbatas kerana manusia bukannya robot
yang pergerakannya boleh diprogramkan mengikut kemahuan pengendalinya. Dalam konteks ini, Nabi Muhammad S.A.W adalah
insan paling sempurna dan bertakwa. Ketakwaan baginda mengatasi ketakwaan insan
lain, namun baginda tetap menunaikan hak nalurinya untuk berlaku adil kepada
diri sendiri.
Hal ini
menunjukkan bahawa sekiranya kita tidak mahu berbuka apabila berpuasa, tidak
tidur apabila solat malam dan tidak mahu berkahwin adalah satu kezaliman
terhadap diri sendiri. Hal ini demikian kerana sebagai manusia kita dibekalkan
dengan nafsu yang mana ia sama sekali tidak ada pada para Malaikat. Oleh itu,
kita tidak boleh mahu menjadi seperti Malaikat yang tidak tidur, tidak makan,
tidak berkahwin dan sebagainya.
Dalam menghuraikan
tentang Fikah Berimbang iaitu tawazun, Dr. Yusuf al-Qaradawi membawa hadis ini.
Perilaku berkenaan walaupun termasuk dalam anjuran supaya tekun beribadat,
namun dianggap ekstrem dan tidak sesuai dengan tabiat kemanusiaan. Begitu juga
dalam membincangkan tentang Fikah Keutamaan iaitu al-awlawiyyat, beliau
mencadangkan agar membantu rakyat Bosnia yang terlibat dalam kancah peperangan
adalah lebih utama berbanding dengan menunaikan haji berulang kali yang
diamalkan oleh sebahagian umat Islam kerana hanya memberi impak kepada
individu, tidak kepada ummah secara keseluruhan.
Dalam hal ini,
kita dapat lihat bahawa sekiranya urusan agama juga ditegah oleh Rasulullah
S.A.W daripada berlebihan, maka apatah lagi dalam urusan keduniaan yang
berlebihan turut sama ditegah kerana ia merosakkan hidup dan bertentangan
dengan sifat wasatiyyah dalam Islam.
2) Pertengahan Antara
Hak Allah, Hak Diri Dan Hak-Hak Makhluk
حدثني محمد بن بشار,
حدثنا جعفر بن عون, حدثنا أبو العميس, عن عون ابن أبي جحيفة, عن أبيه : قال : آخى
رسول الله صلى الله عليه وسلم بين سلمان وأبي الدرداء, فزار سلمان أبا الدرداء,
فرأى أم الدرداء متبذلة, فقال لها : ما شأنك؟ قالت : إن أخاك ابا الدرداء ليس له
حاجة في الدنيا, فجاء أبو الدرداء, فصنع له طعاما, فقال : كل, فإني صائم, قال : ما
أنا بآكل حتى تأكل, قال : فأكل, فلما كان الليل, ذهب أبو الدرداء يقوم, فقال : نم,
فنام, ثم ذهب يقوم, فقال له : نم, فلما كان آخر الليل, قال سلمان : قم الآن,قال
فصليا, فقال له سلمان : إن لربك عليك حقا, ولأهلك عليك حقا, فأعط كل ذي حق حقه,
فأتيا النبي صلى الله عليه وسلم, فذكرا ذلك له, فقال النبي صلى الله عليه وسلم : صدق
سلمان.
(HR
Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab Adab, Bab Membuat Makanan Dan Memaksakan Diri
Untuk Tamu, No 6139, Sahih.)
Daripada
Abi Juhaifah katanya : Nabi S.A.W mempersaudarakan antara Salman dan antara Abi
ad-Darda’. Tatkala Salman berkunjung ke rumah Abu Darda’, maka dilihatnya Ummu Darda’
(isteri Abu Darda’) memakai pakaian yang tidak rapi, lantas Salman bertanya,
‘Mengapa kamu tidak berhias? Ummu Darda’ menjawab, Bahawasanya saudaramu Abu
Darda’ tidak memerhatikan kepentingan duniawi lagi. Maka tatkala datang Abu
ad-Darda’, dilampirkan kepadanya makanan, maka katanya : Makanlah! Kerana aku
puasa. Salman menjawab : Aku tidak akan makan hingga engkau makan. Maka Abu
Darda’ pun makan. Di malam harinya, Abu Darda’ bangun untuk mengerjakan solat
malam, lalu Salman berkata kepadanya : Tidurlah!. Maka ia tidur. Kemudian di
akhir malam Salman berkata, ‘Bangunlah! Kita solat bersama-sama. Salman berkata
pula kepadanya : Sesungguhnya bagi
Tuhanmu ada hak, bagi dirimu ada hak,
dan bagi keluargamu juga ada hak, maka penuhilah semuanya. Kemudian Nabi S.A.W
datang, maka menyebut keduanya akan demikian itu baginya, maka baginda
memutuskan bahawa Salman benar.
Menurut Kitab Bahru
Al-Madzi, dimaksudkan dengan melampau-lampau beramal ialah sangat kuat beramal
sehingga tidak diketahui siang dan malam, atau tidak mempedulikan kefarduan
yang lain daripada perkara yang diamalkan itu sahaja. Contohnya, seorang yang
berpuasa sunat siang dan malamnya dengan tidak berbuka atau puasa sepanjang
tahun dan bulan dengan tiada berselang hari puasanya, atau solat sepanjang hari
dengan tidur dan makan yang tidak menentu, atau zikrullah siang dan malam
dengan membiarkan anak isteri dengan tidak tentu makan minum dan kehidupannya,
maka yang demikian itu contoh bagi melampau dalam beramal.
Walaupun syarak
menggalakkan seseorang itu agar kuat mempersiapkan bekal akhirat dengan amal
ibadat dan memperbanyakkan persediaan itu, tetapi tidak pula disuruhnya
demikian itu. Rasulullah S.A.W. menentang tabiat melampau dalam menunaikan
ibadat puasa, solat, berzikir dan membaca al-Quran sehingga melakukan kezaliman
ke atas hak diri, hak keluarga dan hak masyarakat. Baginda juga berpendapat
bahawa keadilan itu ialah memberi kepada setiap yang mempunyai hak akan haknya,
tanpa lebih dan tanpa kurang.
Hak Allah yang
harus ditunaikan oleh seseorang hamba ialah menyembah Allah. Sesiapa yang
memalingkan sesuatu ibadah walaupun sedikit untuk selain Allah, maka orang
tersebut telah membatalkan tauhidnya. Menepati hakikat sebagai hamba, maka
sudah pastilah manusia mesti tunduk patuh dan menurut segala perintah Pencipta.
Sesungguhnya manusia diberikan kewajipan utama pada hari pertama mereka diberi
hak untuk tinggal di atas muka bumi ini.
Manusia adalah
makhluk paling istimewa dan sempurna jika dibandingkan dengan makhluk
ciptaan-Nya yang lain. Justeru itu, manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab
yang tertentu yang perlu dilaksanakan dalam memenuhi matlamat penciptaan
mereka. Allah mengutus Rasul adalah untuk menyampaikan seruan agar manusia
mengabdikan diri hanya kepada Allah.
Di samping hak
kepada Allah, manusia juga mempunyai hak kepada diri dan juga hak kepada
makhluk lain. Antara contoh hak terhadap diri ialah seperti makan, minum, tidur,
berehat. Manakala hak kepada makhluk ialah seperti memberi nafkah kepada
keluarga, membawa masyarakat Islam ke arah kehidupan yang berlandaskan Islam.
Justeru, seseorang itu perlulah seimbang dalam menunaikan semua hak-hak
tersebut.
3) Sederhana Dalam Solat
عن
أبي مسعود أن رجلا قال : والله يا رسول الله إني لأتأخر عن صلاة الغداة من اجل
فلان مما يطيل بنا, فما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في موعظة أشد غضبا منه
يومئذ ثم قال : إن منكم منفرين فأيكم ما صلى بالناس فليتجوز فإن فيهم الضعيف
والكبير وذا الحاجة.
(HR Bukhari, Sahih
Bukhari, Kitab Azan, Bab Imam Meringankan Solat Saat Berdiri Dan Menyempurnakan
Ruku’ Serta Sujud, No 702, Sahih)
Dari
Abu Mas’ud bahawa seorang lelaki berkata, “ Demi Allah, wahai Rasulullah,
sesungguhnya aku tidak mengikuti solat subuh kerana si fulan memanjangkan solat
atas kami.” Maka, aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W menyampaikan
nasihat dengan kemarahan yang lebih hebat daripada hari itu. Kemudian beliau
bersabda, “Sesungguhnya di antara kalian ada yang membuat orang menjauh. Maka
barangsiapa di antara kalian solat mengimani manusia hendaklah ia meringankan
(solatnya) kerana di antara mereka ada yang lemah, orang tua dan ada yang
memiliki kepentingan.”
Merujuk kepada hal
ini, Imam memainkan peranan penting dalam memimpin ibadat solat dengan baik dan
sempurna. Hal ini demikian kerana sepanjang solat fardu berjemaah, makmum mestilah
mengikuti semua perbuatan imam hingga selesai solat. Makmum dilarang sama
sekali memutuskan solat tanpa sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak. Oleh
itu, Imam perlu menggunakan kebijaksanaan dalam mengatur perjalanan solat demi mendapatkan
keredaan Allah dan dalam masa yang sama dapat menarik jemaah untuk
mengiramahkan rumah Allah.
Dalam memimpin
solat berjemaah ini, Imam mesti
melaksanakannya dengan terbaik iaitu memenuhi rukun dan syarat dan pada masa
yang sama tidak membebankan jemaah. Pendek kata, ia dilaksanakan dengan mudah
dan ringan. Sesungguhnya syarak menolak pelaksanaan ibadah yang sukar dan
membuatkan manusia menjauhi daripada hadir berjemaah.
Rasulullah S.A.W
menunjukkan contoh bersederhana dalam solat. Hal ini dapat dibuktikan dengan
sebuah hadis sahih yang bermaksud “Dari Jabir bin Samurah, beliau berkata :
“Aku pernah melaksanakan solat bersama Rasulullah S.A.W. Baginda solat
sedang-sedang sahaja iaitu tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek”.
Justeru itu, Imam hendaklah memilih
surah yang bersesuaian untuk dibaca ketika memimpin jemaah. Adalah menjadi sunnah
untuk Imam memanjangkan bacaan pada rakaat pertama berbanding rakaat kedua. Hal
ini demikian kerana semasa rakaat pertama, jemaah lebih cergas di samping
memberi kesempatan kepada jemaah yang lewat untuk sempat rakaat pertama bersama
Imam. Meringankan solat bukan bererti melaksanakannya dalam keadaan
tergesa-gesa. Solat hendaklah sentiasa ditunaikan dalam keadaan tenang dan
khusyuk.
Dalam mengendalikan solat berjemaah,
Imam hendaklah mengambil kira maslahat dan kepentingan para jemaah. Tegahan untuk
Imam memanjangkan bacaan adalah untuk mengelakkan jemaah lari dari solat
berjemaah. Hal ini demikian kerana mungkin dalam kalangan jemaah ada orang yang
lemah, ada orang yang sudah tua dan ada juga orang yang mempunyai kepentingan
dan perlu bergegas untuk pergi ke sesuatu tempat. Contohnya, apabila Imam
mendengar tangisan bayi, mengetahui bahawa cuaca mendung ketika menunaikan solat, hendaklah Imam tidak
memanjangkan bacaan dalam solat.
Masalah memberat dan memanjangkan
bacaan ini adalah berlainan situasinya jika solat secara sendirian. Hal ini
demikian kerana apabila seseorang itu solat sunat sendirian, dia boleh membaca
sepanjang mana pun surah mengikut kemampuannya.
4) Sederhana Dalam Makan
عن أبي هريرة رضي
الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ياكل المسلم في معى واحد,
والكافر يأكل في سبعة أمعاء.
(HR Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab Makanan, Bab Orang Mukmin Makan
Satu Usus, No 5396, Sahih)
Dari
Abu Hurairah R.A, dia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda, “ Orang Muslim makan
dalam satu usus dan orang kafir makan dalam tujuh usus.”
Dalam Fathul Bari,
ada pendapat yang mengatakan bahawa hadis ini memberi motivasi kepada orang
mukmin agar makan sedikit setelah dia mengetahui bahawa makan banyak merupakan
sifat orang kafir. Antara sifat orang mukmin adalah makan sedikit kerana sibuk
beribadah dan mengetahui bahawa tujuan makan adalah menghilangkan lapar,
menegakkan tulang punggung dan membantu pelaksanaan ibadah sebagaimana
disebutkan dalam syariat. Orang mukmin takut jika makanan yang lebih dari seharusnya
akan dihisab oleh Allah. Kesimpulannya, termasuk urusan orang mukmin adalah
bersungguh-sungguh bersikap zuhud dan merasa cukup dengan yang sedikit.
Maksud mukmin
dalam hadis ini adalah sempurna keimanannya kerana fikiran orang yang telah bagus
keislamannya akan disibukkan oleh keadaan sesudah mati serta kehidupan
selepasnya. Selain itu, orang mukmin menyebut nama Allah ketika makan dan minum
sehingga syaitan tidak ikut makan, maka cukup dengan makanan yang sedikit. Di
samping itu, orang mukmin juga sedikit keinginannya untuk makan, maka
makanannya menjadi berkat sehingga dia merasa kenyang dengan yang sedikit.
Ibnu At-Tin
berkata, “Dikatakan ada tiga tingkatan manusia dalam hal makan iaitu kelompok
yang makan makanan yang diperlukan dan yang tidak diperlukan dan ini perbuatan
orang-orang bodoh. Kelompok yang makan ketika lapar sekadar apa yang dapat
menghilangkan rasa lapar saja. Kelompok yang memperlapar dirinya dengan maksud
untuk menahan syahwatnya, dan jika mereka makan mereka akan makan apa yang
dapat meluruskan tulang belakang.
Makan dan minum
adalah sebahagian dari elemen yang diperlukan oleh jasad dan roh. Makan dan
minum adalah hak perut yang perlu ditunaikan. Sekiranya kita sengaja mengabaikan
hak yang dijadikan oleh Allah itu, kita dikira berdosa. Walau bagaimanapun,
Allah melarang kita makan secara berlebihan kerana tabiat ini mendatangkan
kesan yang memudaratkan diri kita.
Jika makan secara
berlebihan tidak boleh, demikian juga halnya dengan berdiet secara berlebihan.
Hal ini demikian kerana makanan merupakan hak tubuh yang mesti ditunaikan oleh
setiap insan. Adalah tidak boleh menyeksa diri dengan mengikat perut
semata-mata kerana takut berat badan naik. Sebaliknya, seseorang yang ingin
berdiet perlu mengikuti diet yang seimbang sebagaimana yang disarankan oleh
kementerian kesihatan.
Sebagai seorang
Muslim, kita mestilah sentiasa bersikap sederhana dalam pemakanan. Sebagaimana
yang kita sedia maklum bahawa perut adalah sumber penyakit kerana semua yang
dimakan oleh manusia terkumpul di dalamnya. Oleh itu, kita tidak boleh
berlebihan dalam makan kerana ia mempunyai banyak keburukan. Antaranya ialah
dapat merosakkan tubuh dan mendatangkan penyakit, menyebabkan seseorang itu
malas dan berat melakukan ibadah, otak menjadi lemah, seseorang itu menjadi
banyak tidur, di samping hati menjadi keras.
Pengkaji mengambil contoh semasa bulan
Ramadhan, kita mestilah tidak bersikap melampau terutamanya ketika waktu berbuka puasa. Memanglah sudah hampir
seharian kita menahan lapar dan dahaga iaitu selepas terbit fajar dan sehingga
terbenam matahari, namun kita tidak boleh menggunakan alasan itu makan secara
melampau. Kita fikirlah saudara seislam di negara lain yang sedang berhadapan
dengan peperangan. Usahkan dapat makan secukupnya, malah ramai yang mati
kebuluran. Justeru, kita hendaklah sentiasa muhasabah diri kita.
5) Sederhana Dalam Berpakaian.
حدّثنا إسماعيل قال :
حدثني مالك, عن نافع وعبد الله بن دينار وزيد بن أسلم يخبرونه : عن ابن عمر رضي
الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : لا ينظر الله إلى من جر ثوبه
خيلاء.
(HR Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab Pakaian, Bab Firman Allah
“Katakanlah, Siapakah Yang Mengharamkan Perhiasan Dari Allah Yang Telah
Dikeluarkan-Nya Untuk Hamba-hamba-Nya, No 5385, Sahih)
Dari
Malik, dari Nafi’ dan Abdullah bin Dinar serta Zaid bin Aslam, mereka
mengkhabarkan kepadanya dari Ibnu Umar R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W
bersabda, “ Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret pakaiannya
kerana sombong.”
Ar-Raghib berkata,
perkataan “ khuyalaa” bererti takabbur atau sombong. Sifat ini timbul
kerana adanya keutamaan yang dilihat seseorang dari dirinya.
Al Muwaffiq Abdul
Latif Al Baghdadi berkata, “Hadis ini mengumpulkan keutamaan mengurus dan
mengatur diri, termasuk mengatur maslahat jiwa dan jasmani baik di dunia
mahupun di akhirat. Berlebihan dalam sesuatu akan membawa kesan negatif bagi
jasad serta membahayakan kehidupan yang mengakibatkan kebinasaan. Ia
mendatangkan mudarat bagi jiwa jika mengikuti jasad pada sebahagian besar
keadaan. Adapun sikap angkuh membahayakan jiwa kerana mendatangkan sifat ujub
dan membahayakan akhirat kerana mendatangkan dosa, serta membahayakan dunia
kerana menimbulkan kemarahan manusia.
Sesungguhnya,
Allah Taala melarang keras manusia dari bersikap sombong. Hal ini demikian
kerana hanya Allah yang berhak untuk sombong. Dalam hal ini, kita boleh mengambil
kisah keangkuhan Iblis semasa diminta sujud kepada Nabi Adam. Justeru, kita
perlu menjauhi sikap sombong dan sentiasa mengamalkan sikap tawaduk dalam
kehidupan.
Dalam perkara ini,
perkara pertama yang kita perlu sedari ialah
fungsi pakaian adalah untuk menutup aurat. Seperti mana yang diketahui
aurat lelaki adalah di antara pusat dan lutut manakala aurat perempuan adalah
seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Justeru, Islam menganjurkan
penganutnya agar berpakaian sederhana dengan tujuan untuk tawaduk. Anjuran ini menunjukkan
hal yang baik yang perlu ditampilkan oleh seorang Muslim sehingga tidak tampil
bermewahan dan melampaui batas.
Tidak salah
berfesyen selagi tidak bertentangan dengan syariat. Contohnya, tudung mestilah
menutupi dada. Jadi tidak salah untuk seseorang wanita untuk memakai apa jua
jenis tudung ada di pasaran selagi tudung itu menutupi dada serta tidak nipis.
Demikian juga mengenai bentuk atau model pakaian yang mana ia bergantung pada
budaya setempat. Contohnya masyarakat Melayu terkenal dengan baju kurung dan
baju Melayu. Dalam hal ini, tidak menjadi kesalahan untuk seseorang itu
menggayakan apa jua model atau bentuk pakaian itu selagi mana ia tidak
bertentangan dengan syariat Islam.
Namun apa yang pengkaji
perhatikan, masih ada salah faham dalam masyarakat kita tentang konsep menutup
aurat yang sempurna. Apalah ertinya jika pakai tudung tetapi tidak menutupi
dada dan nipis. Apalah maknanya jika pakai tudung tetapi berpakaian ketat
sehingga menampakkan susuk badan. Hal yang mesti diketahui ialah memakai tudung
itu tidak wajib, yang wajib adalah menutup aurat. Semoga masyarakat kita sedar
akan hal ini sekaligus dapat mengubahnya.
6) Sederhana Dalam
Berbicara.
حدثنا قتيبة بن سعيد, حدثنا أبو الأحوص, عن أبي
حصين, عن أبي صالح, عن أبى هريرة رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه
وسلم : من كان يؤمن بالله واليوم الآخر
فلا يؤذ جاره, ومن كان يؤمن بالله واليوم
الآخر فليكرم ضيفه, ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمتت.
(HR
Bukhari, Riwayat Bukhari, Kitab Adab, Bab Barangsiapa Beriman Kepada Allah dan
Hari Akhirat maka Jangan Menyakiti Tetangganya, No 6018, Sahih)
Daripada
Abu Hurairah R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda : “ Barangsiapa beriman
dengan Allah dan hari akhirat maka janganlah menyakiti tetangganya, dan
barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan
tetamunya, dan barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia
mengatakan yang baik atau diam”.
Kata liyashmut boleh dibaca dengan lisyashmit. Ini
termasuk jawami’ al kalim’ iaitu kata-kata yang ringkas dan penuh makna
kerana perkataan dapat digolongkan kepada yang baik atau buruk, atau kembali kepada
salah satunya. Termasuk kebaikan adalah semua perkataan yang diperlukan, baik
fardu mahupun sunah. Maka diizinkan mengucapkannya dengan pelbagai perbezaan
jenisnya. Adapun selain itu yang termasuk keburukan atau kembali kepada
keburukan, maka ketika seseorang hendak terjerumus ke dalamnya dia
diperintahkan untuk diam.
Bercakap
berlebihan tanpa keperluan sebenarnya merupakan sebab kemusnahan dan memelihara
lidah merupakan suatu jalan menuju kejayaan. Berkata-kata tentang sesuatu yang
tidak bermanfaat adalah antara sebab kepada penghapusan amalan dan pengharaman
untuk memasuki syurga. Justeru itu, seseorang Muslim itu semestinya berfikir
terlebih dahulu sebelum berkata-kata. Jika beliau melihat bahawa percakapannya
itu adalah satu kebaikan dan akan mendatangkan pahala, maka hendaklah beliau
bercakap mengenainya. Jika sebaliknya, maka jalan yang paling selamat adalah
mendiamkan diri. Ini adalah disebabkan beliau akan dihisab atas setiap kalimah
yang diucapkannya sama ada ia akan dikurniakan dengan ganjaran atau dihukum.
Namun demikian, wajib
untuk berkata-kata apabila timbul keperluan terhadapnya khususnya untuk
menjelaskan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Manakala meninggalkan tanggungjawab
ini pula dianggap sebagai dosa dan maksiat kerana perbuatan mendiamkan diri
dari perkara-perkara hak diumpamakan dengan syaitan yang pekak.
Sesungguhnya,
segala yang kita ucapkan pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Oleh
itu, beruntunglah orang yang sentiasa memelihara lisannya untuk tidak berkata
kecuali yang benar dan baik sahaja. Menghindari ucapan yang sia-sia adalah tanda
keimanan kepada Allah. Orang yang banyak berbicara bila tidak diiringi dengan
ilmu agama yang baik, mudah untuk terjerumus ke dalam kesalahan. Antara
keburukan yang muncul daripada lisan ialah dusta, buruk sangka, mengumpat,
mengadu domba, sumpah palsu, fitnah, berbohong dan banyak lagi. Sesungguhnya kata-kata itu lebih tajam
daripada pedang walaupun lidah tidak bertulang.
Islam mengajar
umatnya supaya tidak bercakap perkara-perkara yang boleh menyakiti orang lain. Ketika
marah sedang menguasai diri, sebaiknya seseorang itu diam dari berkata-kata.
Hal ini demikian kerana ketika marah, emosi lebih menguasai daripada akal. Hal
ini mungkin menyebabkan seseorang itu akan mengeluarkan kata-kata yang mungkin
dapat mengguris perasaan insan lain dan seterusnya mungkin akan membawa kepada
perpecahan, permusuhan dan sebagainya. Apabila perasaan marah redha, orang itu
mungkin akan menyesal dengan apa yang telah diucapkannya saat dia sedang marah.
Oleh itu, sebaiknya seseorang itu diam apabila sedang marah dan menunggu
sehinggalah perasaan marah itu reda dan hilang.
Sama ada kita sedar atau tidak, melalui lisan juga seseorang itu boleh
mencapai darjat yang tertinggi dan mendapat karunia yang agung di sisi Allah.
Namun begitu, dengan lisan juga seseorang itu boleh jatuh tersungkur ke dalam
kehinaan. Oleh itu, gunakanlah lisan dengan sebaik-baiknya agar selalu diredhai
oleh Allah Taala.
7) Sederhana Dan Istiqamah Dalam Beramal.
حدثنا محهد بن المثنى
حدثنا يحيى, عن هشام , قال : أخبرني أبي, عن عائشة رضي الله عنها, أن النبي صلى
الله عليه وسلم دخل عليها وعندها امرأة, قال : من هذه ؟. قالت : فلانة, تذكر من
صلاتها. قال : مه, عليكم بما تطيقون, فوالله لا يمل الله حتى تملوا. وكان احب
الدين إليه ما داوم عليه صاحبه.
(HR Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab Iman, Bab Amalan Dalam Agama Yang
Paling Dicintai oleh Allah S.W.T ialah Yang Dilakukan Secara Berterusan. No 43,
Sahih)
Daripada
‘Aisyah R.A mengatakan bahawa Nabi S.A.W masuk ke tempatnya dan di sisinya ada
seorang wanita (daripada Bani Asad), lalu Nabi S.A.W bertanya : “Siapakah
wanita ini”? Aisyah menjelaskan dia ialah wanita yang tidak tidur malam kerana
bersolat. Maka Nabi S.A.W bersabda, “Hentikan (perbuatanmu itu), hendaklah kamu
lakukan (amalan) menurut kemampuanmu. Demi Allah, Allah tidak akan merasa bosan
sehingga kamu sendiri yang bosan. Dan amalan agama yang paling disukai-Nya
ialah apa yang dilakukan oleh pelakunya secara berterusan”.
Dalam Fathul Bari,
Imam Bukhari ingin menjelaskan bahawa amal dapat disebut sebagai iman kerana
maksud dari kata ad-Din ialah agama dalam hadis tersebut adalah amal sebab
maksud ad-din yang sebenarnya adalah Islam, sedangkan Islam yang hakiki adalah
sama pengertiannya dengan iman. Di sini Imam Bukhari ingin menekankan bahawa
usaha untuk meningkatkan keislaman secara berlebihan adalah tidak dianjurkan.
Kerjakanlah amal
yang dapat kamu lakukan secara berterusan merupakan perintah agar melakukan
ibadah sesuai dengan kemampuan dan mengandungi larangan untuk membebani
seseorang dengan melakukan ibadah yang berada di luar kemampuannya. Latar
belakang keluarnya hadis ini bersifat khusus dalam masalah solat, akan tetapi
lafaznya bersifat umum.
Maksud perkataan malal
iaitu bosan merupakan satu bentuk kiasan kerana sifat ini adalah mustahil
terdapat pada Allah S.W.T. Al-Harawi berkata, “ Maksudnya adalah Allah tidak
akan menghentikan karunia-Nya kepadamu kecuali jika kalian merasa bosan untuk
memintanya atau tidak menginginkannya. Manakala menurut Abu Bakar Al Arabi pula,
makan kecintaan dari Allah adalah kehendak Allah untuk memberikan pahala.
Dengan demikian, amal atau perbuatan yang paling banyak mendapat pahala adalah
yang dilakukan secara berterusan.
Imam Nawawi
berkata, “Amal yang sedikit tapi dilakukan secara berterusan menunjukkan
ketaatan seseorang kepada Allah S.W.T iaitu dengan mengingati-Nya, melakukan
koreksi diri, ikhlas dan menerima apa yang ditakdirkan Allah kepadanya yang
mana berbeza halnya dengan amalan yang banyak tetapi memberatkan. Amal yang
sedikit tetapi dilakukan secara berterusan itu akan bertambah sedangkan amal
yang banyak tapi memberatkan akan terhenti atau terputus di tengah jalan.
Ibnu Jauzi
berkata, Allah mencintai amal yang dilakukan secara berterusan kerana dua
perkara. Pertama, orang yang meninggalkan amal yang telah dilakukannya adalah
seperti orang yang berputar kembali setelah sampai ke tempat tujuan. Orang
seperti ini adalah orang yang tercela. Oleh sebab itu Allah memberikan ancaman
kepada orang yang hafal al-Quran kemudian melupakannya dan ancaman itu tidak
ditujukan kepadanya sebelum ia menghafal al-Quran. Kedua, melakukan kebaikan
secara berterusan adalah menunjukkan pengabdian seseorang. Maka orang yang
selalu mengkaji ilmu selama beberapa jam saja tetapi dilakukan setiap hari,
tidaklah sama nilainya dengan orang yang melakukannya dalam satu hari penuh
tapi setelah itu berhenti dan tidak meneruskannya.
Hadis ini juga
menunjukkan bahawa Nabi S.A.W sangat mengambil berat kepentingan umatnya dengan
menjelaskan konsep wasatiyyah dalam ibadat yang mampu dilakukan oleh umatnya
tanpa dibebankan dengan bebanan yang boleh memudaratkan diri sendiri dan
merosakkan ibadat yang lain agar mereka dapat beribadat dengan tenang dan penuh
penghayatan.
Istiqamah itu
umpama menyusun batu-bata satu persatu secara berterusan hingga pada akhirnya
berdirilah sebuah bangunan yang teguh. Inilah amalan yang disukai oleh Allah,
iaitu melakukan kebaikan dan ibadah tanpa henti walaupun sedikit. Berterusan
dalam beramal bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini demikian kerana ia
memerlukan pengorbanan, kekuatan mujahadah, kesabaran dan ketundukan. Oleh yang
demikian, istiqamah ini tidak akan berlaku pada orang yang berlebihan dalam
amalan. Beramal secara sederhana dapat memastikan sesuatu amalan dapat
dilakukan dengan istiqamah.
Amal yang sedikit
tetapi berterusan adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi tidak konsisten.
Hal ini demikian kerana berterusan walaupun sedikit adalah tanda keikhlasan.
Manakala orang yang melakukan ibadah tidak berterusan iaitu mengikut kesesuaian
waktu dan keadaan adalah merupakan tanda keikhlasan yang belum sempurna. Hal
ini demikian pendekatan diri kepada
pencipta hanya dilakukan di saat kesusahan. Namun, setelah kesusahan itu
hilang, dia pun meninggalkan amal ibadah yang dilakukannya sebelum ini.
Istiqamah amat mudah untuk diungkap namun sukar untuk dilakukan. Ia
merupakan suatu nikmat dari Allah kepada hamba-Nya yang terpilih kerana tidak
semua orang mampu untuk istiqamah. Istiqamah ini merangkumi amalan hati, amalan
lisan serta perbuatan. Contohnya, istiqamah dalam iman, dalam solat serta
menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan. Bagi memperkukuhkan istiqamah
dalam hati, seseorang itu mestilah mempertahankan kesucian iman, menjaga
kesucian hati daripada sifat-sifat syirik, riyak, takbur dan sombong. Hal ini
demikian kerana sifat-sifat ini adalah penghalang kepada istiqamah. Sebaliknya
seseorang itu perlu sentiasa menyuburkan hati dengan sifat ikhlas, jujur dan
sentiasa redha kepada-Nya.
Istiqamah lisan
pula ialah menjaga tutur kata supaya sentiasa bercakap benar dan jujur serta
mengelakkan diri dari perkataan yang boleh menyakiti hati orang lain. Manakala Istiqamah perbuatan merangkumi tekun bekerja melakukan apa
sahaja yang baik dan diredhai oleh Allah Taala. Hal ini meliputi sikap
dedikasi, rajin, tidak mudah putus asa, sentiasa menegakkan kebenaran dalam
perbuatan seharian.
Dalam Islam, semua
amal ibadat yang wajib perlu dilaksanakan secara keseluruhan. Manakala ibadat
yang sunat terpulang kepada kemampuan, tidak perlu memaksa diri. Ibadat perlu
dilaksanakan mengikut keutamaan, iaitu yang wajib didahulukan berbanding yang sunat.
Aplikasikan kaedah fiqh keutamaan yang diajar dalam Islam.
8) Ambil Yang Mudah, Tinggal Yang Sukar.
حدثنا عبد السلام بن
مطهر, قال : حدثنا عمر بن علي, عن معن بن محمد الغفاري, عن سعيد بن أبي سعيد
المقبري, عن أبي هريرة, عن النبي صلى الله عليه وسلم, قال : إن الدين يسر, ولن
يشاد الدين أحد إلا غلبه, فسددوا, وقاربوا, وأبشروا, واستعينوا بالغدوة والروحهه,
وشيء من الدلجة.
(HR
Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab Iman, Bab Agama Itu Mudah, No 39, Sahih)
Daripada
Abu Hurairah R.A, beliau mengatakan bahawa Nabi S.A.W bersabda : “Sesungguhnya
agama itu mudah, dan tiada siapa yang memberat-beratkan dirinya dalam beragama
melainkan ia sendiri akan mengalah (apabila merasa berat dan susah). Maka
perbetulkanlah (melakukan amalan dengan sempurna, tidak terlebih mahupun
terkurang), hampirilah (tahap kesempurnaan itu sekiranya tidak mampu),
bergembiralah (dengan pahala di atas amalan yang sempurna atau hampir sempurna
itu) dan mintalah pertolongan (Allah S.W.T agar konsisten dalam beribadah) pada
waktu pagi, petang dan sebahagian daripada malam.
Menurut Ibnu Hajar
dalam Fathul Bari, agama Islam adalah agama yang memiliki kemudahan kerana
berbeza dengan agama-agama yang lain di mana Allah telah menghilangkan
kesulitan-kesulitan seperti yang dibebankan kepada umat-umat terdahulu.
Seseorang yang terlalu tenggelam dalam amalan-amalan agama dan tidak
memperlihatkan aspek kemudahan dalam agama, maka ia tidak akan mampu
melakukannya dengan sempurna.
Pernyataan ini tidak
bermaksud untuk menghalang seseorang dalam menyempurnakan ibadahnya kerana hal itu termasuk perbuatan yang terpuji,
tetapi yang dimaksudkan ialah untuk mencegah sikap mengasingkan diri yang dapat
menyebabkan rasa bosan atau berlebihan dalam melaksanakan ibadah sunat,
sehingga ibadah wajib ditinggalkan. Contohnya, seseorang itu tidak melaksanakan
yang fardu pada waktunya kerana tidak tidur sepanjang malam untuk melakukan
solat sunat, tetapi kemudian ia merasa mengantuk ketika akhir malam tiba,
sehingga ia tertidur dan tidak dapat melaksanakan solat subuh secara berjemaah
bahkan tidak melaksanakannya sampai matahari terbit.
Hadis ini
merupakan anjuran untuk melaksanakan rukhsah iaitu keringanan yang diberikan
dalam agama kerana melaksanakan Azimah iaitu hukum asal pada waktu yang dibolehkan
melakukan rukhsah adalah perbuatan yang memberatkan. Contohnya, orang yang
tidak melaksanakan tayamum pada saat tidak mampu menggunakan air, maka akan membahayakan
dirinya. Pahala akan diberikan atas amal yang dilakukan secara berterusan
walaupun sedikit. Jadi, khabar gembira ini adalah bagi orang-orang yang tidak
mampu mengerjakannya dengan sempurna. Ketidakmampuan seseorang dalam
melaksanakan perintah dengan tidak adanya unsur kesengajaan, maka tidak akan
mengurangi pahalanya.
Para ulama seperti al-Mawardi, Imam Haramain,
al-Ghazali, al-Isfahani dan ramai lagi menolak sikap melampau, keras atau
terlampau longgar dalam kehidupan beragama mahupun kehidupan seharian. Ada
golongan yang menolak adanya konsep wasatiyyah terdiri daripada mereka yang
mentafsirkan nas-nas secara literal atau
mereka yang beranggapan bahawa menggunakan wastiyyah bererti mengambil jalan mudah
dalam kehidupan beragama. Kumpulan ini seolah-olah lupa bahawa wasatiyyah itu
mengambil kira aspek kemudahan dalam Islam. Rasulullah S.A.W sendiri seperti
diungkap oleh isterinya Aisyah R.A, lebih suka memilih yang mudah daripada yang
sukar, asalkan tidak berdosa.
Para sahabat dan
ulama Salaf lebih suka menggunakan kemudahan yang meringankan. Dalam masa yang
sama mereka menyempitkan ruang fardu, wajib dan haram kecuali ada dalil yang
benar-benar kukuh. Oleh sebab itu ruang kemaafan iaitu tidak wajib dan tidak
haram lebih banyak dalam Islam. Bagi mereka yang berkelayakan, mereka
digalakkan berijtihad untuk bersedia menerima pandangan yang berbeza dalam
hukum furu’. Namun, dalam masa yang sama bagi perkara dasar, Islam cukup
bersikap tegas.
Apabila melakukan
amalan secara berlebihan, seseorang itu akan merasa berat dengan amalan itu
sehingga dia cepat merasa bosan dan seterusnya meninggalkan amalan tersebut dan
juga amalan-amalan yang lain. Seseorang yang meninggalkan kemudahan yang
diberikan oleh agama atau rukhsah dan tetap menjalankan kemestian agama iaitu
azimah, maka dia akan mengalami kesulitan apabila mengamalkan cara beragama
yang sedemikian. Dalam beragama, tidak boleh terlalu memberat-beratkan namun
tidak boleh juga terlalu meringan-ringankan. Oleh itu, ambillah di
tengah-tengah antara keduanya iaitu memanfaatkan rukhsah dan tidak mengabaikan
azimah.
Kewajipan-kewajipan
agama mengandungi pelbagai kemudahan dan keringanan. Contohnya kewajipan solat
ialah dengan berdiri. Namun, apabila tidak dapat berdiri kerana sakit atau
sebab lain maka boleh melaksanakannya dalam keadaan duduk, baring. Demikian
juga kita dibolehkan berhibur, ketawa dan berjenaka terutama pada majlis
perkahwinan dan seumpamanya. Rasulullah S.A.W.
menolak amalan rigid dan terlalu serius di tempat-tempat yang memerlukan
kerehatan, berhibur, ketawa dan gurauan.
عن
أبي هريره عن اانبي صلى الله عليه وسلم قال : دعوني ما تركتكم, إنما أهلك من كان
قبلكم سؤالهم واختلافهم على أنبيائهم, فإذا نهيتكم عن شيء فاجتنبوه, وإذا أمرتكم
بأمر فأتوا منه ما استطعتم.
(HR Bukhari, Sahih
Bukhari, Kitab Berpegang Teguh Dengan Al-Quran Dan Al-Sunah, Bab Meneladani Sunah
Rasulullah S.A.W, No 7288, Sahih)
Dari
Abu Hurairah, dari Nabi S.A.W, beliau bersabda, “Biarkanlah aku atas apa yang
aku tinggalkan kepadamu. Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum
kalian adalah pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi
mereka. Apabila aku melarang kalian dari sesuatu maka jauhilah, dan jika aku
memerintahkan kalian terhadap sesuatu maka lakukanlah sebatas kemampuan kalian.
Dalam hadis ini
terdapat isyarat untuk menyibukkan diri dengan perkara penting iaitu melakukan
perintah dan menjauhi larangan. Berkaitan dengan pengamalan maka gunakanlah
kemampuan dalam melaksanakannya baik mengerjakan atau pun meninggalkannya.
Ayat “Apa yang telah
aku cegah kamu dari melakukannya maka hendaklah kamu jauhinya”, membawa makna
larangan sama ada disebabkan keharamannya atau kemakruhannya. Antara contoh
perbuatan yang haram termasuklah zina, minum arak, memakan riba, mencuri,
membunuh jiwa tanpa hak, membuka aurat, mengumpat dan seumpamanya. Sesiapa yang
melakukan perbuatan yang diharamkan maka ia akan dihukum dengan hukuman yang
telah ditentukan oleh syarak. Manakala contoh larangan makruh ialah makan
bawang putih atau bawang besar secara mentah-mentah bagi orang yang ingin solat
berjemaah. Larangan ini tidak diharamkan ke atas orang mukalaf untuk
melakukannya dan tidak dihukum atas perbuatannya itu.
Namun, apabila
berada dalam keadaan darurat, perkara yang diharamkan tadi boleh dilakukan. Di
sini kita dapati syariat Allah S.W.T yang Maha Bijaksana memberi keringanan
kepada hambanya. Contohnya diharuskan memakan bangkai bagi sesiapa yang tidak
mempunyai makanan dan tidak berupaya memperoleh makanan selain dari bangkai itu.
Namun begitu, ia tidak boleh memenuhi perutnya dengan daging bangkai itu
sebaliknya hanya memakannya setakat yang boleh menyelamatkan dirinya dari terus
kebuluran yang boleh mengancam nyawanya.
Syariat Allah
adalah untuk memisahkan manusia dari segala keburukan demi kemaslahatan hidup
mereka di dunia dan akhirat. Oleh sebab itu kita dapati bahawa berkemungkinan
syariat lebih bersikap memberati perkara-perkara larangan. Pada zaman ini,
telah tersebar pelbagai macam rupa pertentangan di dalam kehidupan manusia.
Contohnya, mereka yang amat ghairah melakukan ketaatan dan yang wajib dan
berkemungkinan pula mereka begitu keras dan berlebihan dalam melakukan mandub
dan mustahab tetapi di dalam masa yang sama kita dapati mereka ini meringankan
perkara-perkara yang dilarang.
Amar bererti tuntutan mengerjakan sesuatu sedangkan nahi pula
bermaksud tuntutan menjauhi sesuatu itu. Dalam hadis tersebut, kita
diperintahkan untuk hanya melakukan apa yang diperintahkan dan menjauhi apa
yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Larangan tersebut adalah agar kita tidak
terjebak dengan apa yang telah menimpa umat-umat terdahulu yang hancur dan binasa gara-gara terlalu banyak bertanya
kepada Nabi-nabi mereka tentang sesuatu yang tidak ada faedahnya dan sering
berselisih dan membantah Nabi-nabi mereka.
10) Seimbang
Antara Dunia Dan Akhirat.
عن سالم بن أبي الجعد
عن جابر رضي الله عنه
قال : بينما نحن نصلي النبى صلى الله عليه وسلم, أقبلت من الشام عير تحمل طعاما,
فالتفتوا إليها حتى ما بقي مع النبى صلى الله عليه وسلم إلا اثنا عشر رجلا, فنزلت
(وإذا رأوا تجارة او لهوا انفضوا إليها وتركوك قائما)
(HR Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab
Jual Beli, Bab Firman Allah Taala “ Apabila Mereka Melihat Perniagaan Atau
Permainan Mereka Pergi Kepadanya”, No 2064, Sahih)
Dari Salim bin
Abu Al Ja’d, dari Jabir R.A, ia berkata : Suatu kafilah datang, sementara kami
solat Jumaat bersama Nabi S.A.W . Lalu orang-orang berpaling kecuali 12 orang
laki-laki. Maka turunlah ayat, “Dan apabila mereka melihat perniagaan atau
permainan, mereka pergi kepadanya dan meninggalkanmu dalam keadaan berdiri.”
Qatadah
berkata, “ Mereka itu biasa melakukan jual beli serta berdagang. Akan tetapi
apabila turun kepada mereka salah satu hak Allah, nescaya mereka tidak
dilalaikan oleh perniagaan mahupun jual beli dari berzikir iaitu mengingati Allah
hingga mereka menunaikan hak tersebut kepada Allah.
Dalam
Fathul Baari, penyebutan ayat di tempat ini adalah celaan secara tekstualnya
sedangkan penyebutannya di tempat tersebut merupakan pengkhususan waktunya,
iaitu saat tidak mengerjakan solat atau mendengar khutbah.
Dalam
hal ini, kita mestilah menyeimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat. Semasa
bersolat, hendaklah kita solat. Apabila selesai solat, maka kita boleh
melakukan urusan dunia.
RUJUKAN
Al
Albani, Muhammad Nashiruddin. 1998. Shahih Sunan Abu Daud. Terj.
Tajuddin Arief, Abdul Syukur,
Ahmad Rifa’i. Jil 1 Jakarta : Pustaka Azzam.
Al
Asqalani, Ibnu Hajar. 2002. Fathul Baari. Terj. Gazirah Abdi Ummah. Jil
1. Jakarta : Pustaka Azzam.
Al
Asqalani, Ibnu Hajar. 2008. Fathul Baari. Terj. Azzam, Amiruddin, Lc,
Abu Rania, Titi Tartilah. Jil 4,5,12
Jakarta : Pustaka Azzam.
Al
Asqalani, Ibnu Hajar. 2009. Fathul Baari. Terj. Amiruddin, Jil 25, 26, 28, 29
Jakarta : Pustaka Azzam.
Al
Asqalani, Ibnu Hajar. 2008. Fathul Baari. Terj. Amiruddin, Jil 25, 26, 28, 29
Jakarta : Pustaka Azzam.
Al-Marbawi, Muhammad Idris. 2009. Baru Al-Madzi. Juz 16.
Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publications.
Al Nisaiburi, Abu Husein Muslim. 1994. Terjemah Sahih Muslim. Terj.
Adib Bisri Musthofa. Jil 2.
Kuala Lumpur : Victory Agencie.
Al-Zabidi, 2010. Terjemahan Mukhtasar Sahih Al-Bukhari. Terj.
Zulhilmi, Mohd Fadhil, Mohd Norzi,
Sukri. Jil 1. Selangor : Institut Kajian Hadis Selangor (INHAD).
Ibnu Jauzi. 2000. Sahih Bukhari. (Az-Zahabi, Mustafa). Jil 3 & 4.
Kaherah : Darul Hadis.
Ismail Ibrahim. 2012. Wasatiyyah Dari Perspektif Islam. Dlm.
Muhammad Mustaqim Mohd Zarif, Paimah Atoma, Hariza Mohd Yusof. Islam
dan Wasatiyyah. Nilai :
Penerbit USIM.
Majlis Tertinggi Urusan Keislaman Mesir. 2014. Sunah Rasulullah
Dari Kupasan Hadis. Selangor :
Pustaka Al-Ehsan.
Mohammad Kamil Abdul Majid. 2012. Wasatiyyah Islam : Antara
Liberalisme & Konservatisme Di
Malaysia. Selangor : Pekan Ilmu Publication Sdn.Bhd.
Mohd
Shahid Talib. 2012. Wasatiah : Indahnya Hidup Bersederhana. Selangor :
Pts Islamika Sdn. Bhd.
Nawawi.
2003. Al Waafi :Syarah 40 Hadis. Terj. Al-Bugho, Mustafa, Muhyiddin Dib Mistu. Kuala Lumpur : Al-Hidayah
Publishers.
Roslan, Ahmad Wifaq, Ahmad Husni, 2012. Wasatiyyah Dalam Ibadah.
Dlm. T.pnyt. Manhaj Fiqah
Wasathiyy. Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.
Subscribe to:
Posts (Atom)
