Powered By Blogger

Wednesday, 23 June 2021

Kata-Kata

Never judge..everyone struggle..

Kita tak pernah tahu tentang apa yg sesorang lalui dalam hidupnya..kadang2 dgn kata2 kita boleh memberikan kesan yg besar dlm kehidupan seseorang..

Dengan kata2, kita dapat menaikkan semangat seseorang..dan dengan kata2 juga kita dapat membunuh semangat seseorang..mungkin kita pernah dengar ' say nice or silence'...

Antara sedar dan tidak..diam banyak membantu dalam banyak keadaan..

Kadang2 ada org tengah down..dia menceritakan apa yang dilalui kepada someone yg dipercayai..yg dia rapat..yg dekat..dgn harapan akan dapat kata2 semangat..namun yg dia dapat adalah sebaliknya..


Tuesday, 30 March 2021

Dunia Kerja

 Tiba2 terasa nak buka blog yang sekian lama terbiar sepi. Tengok last post pun dua tahun yang lalu..how time flies..

sedar tak sedar tahun ni last bergelar 20 an..jujurnya masih belum bersedia melangkah ke 30 an dengan perangai yang masih ntah apa2 ni..tapi apakah daya masa terus berjalan..bak kata hlovate dlm novel contengan jalanan " masa tak pernah menunggu manusia"

teringat member zaman belajar dulu pernah beritahu "nati dah habis zaman belajar,kita akan rindu..sbb alam kerja tak sama dengan zaman belajar.." Betul sangat2..andai la sambung belajar tu free, aku nak belajar je sampai bila2..tapi apakah daya, hutang ptptn zaman degree pun sikit baru bayar..


Masuk dunia kerja ni boleh kata ' welcome to real world?'...macam2 orang kau akan jumpa..kerja paling lama aku dapat bertahan setahun lebih..yg lain memang kejap2 je..kalau zaman belajar, aku mampu servive, entah kenapa di alam keje ni aku tak kuat..doakan aku..belum rezeki nak dapat kerja kerajaan..

okay sambung lagi pasal dunia kerja..manusia toksid ada di mana2..makin ramai staf, makin banyak ragam nak kena hadap..kalau x mahu pening2, cari tempat keje yg memang sorang je staf..haha


keje mana2 ada masalah..pendek kata tiada tempat kerja yg sempurna..tp tengok pd masalah jgk..kalau tak baik utk jangka panjang, better cari keje baru..keje ada masalah..x keje pun masalah..kita tak boleh beli brg pakai daun..huhu..kalau aku masa menganggur, aku suka buat p.time..buat je p.time apa2 selagi halal...

kat kelantan ni nak cari yg ikut arahan kerajaan utk gaji basic masih menyedihkan..banyak je kerja yg gaji masih bawah 1 k di tahun 2020 ni..sebab tu salah satu kenapa ramai anak kelantan berhijrah..

Tapi..Ada orang yang dianugerahkan tempat Kerja yg best..Bos okay, ofismate okay, suasana Kerja okay, gaji okay..banyakkan berdoa. InshaAllah







Wednesday, 24 October 2018

PENGALAMAN KERJA SEBAGAI KERANI TUISYEN


Assalamualaikum,

Saja nak kongsi pengalaman aku pernah jadi kerani tuisyen selama 1 tahun 4 bulan. Moga bermanfaat kepada siapa2 yang berminat nak apply untuk jawatan ni..

Tugasan dia agak menyeluruh juga seperti :

1) Customer service.
   -Kena jawab telefon. Kena ready dgn pelbagai soalan customer. Mula2 masuk tu aku pegang kertas yg ada catatan semua2 tu. Lama2 baru okay jawab direct.hehe..Selain tu, ada yg jenis datang walk in..Kira kena terangkanlah pakej apa yang ada ditawarkan.

2) Fotostat 
- Serius, sebelum ni boleh dikatakan tak pandai sangat guna. Aku tahu tekan untuk yang sehelai2 tu je. Bila dah kerja kat sini, kena tahu semua la. Nak besarkan , nak kecikkan..nak depan belakang. Ribuan terima kasih kpd ofismate aku yg sudi beri tunjuk ajar sampai aku jadi mahir.yeay..best sebenarnya fotostat ni, tapi time dia meragam stress oi..haha

3) Buat akaun
-Tempat aku buat akaun ringkas je..tulis dalam buku log..Penerimaan dapat berapa pastu ada tolak apa2 ke..lebih kurang ceggitu je..tak de main full set bagai tu..

4) HR
-setiap akhir bulan aku kena kira dan bayr gaji cikgu..kat sini kitaorang bayar cash terus di tangan. Selain tu, aku gak terlibat dalam pengambilan guru ganti. Siapa ada tanya kerja kosong, biasa aku suruh hantar  resume. Bila ada cikgu yg x dpt datang, kita amik sebagai guru ganti. Lepas tu, aku akan tanya respon dari beberapa student. Kalau okay, kita akan ambil lagi utk ganti seterusnya. Kalau x okay, sekali tu je. Ada je yg bukan dari kos pendidkan, tapi okay mengajar. Sebab tu aku cuba bagi peluang utk mereka yg hantar resume. Aku faham dgn keadaan kerja yg terhad sekarang.

5) KEBERSIHAN TUISYEN
- Kena sapu kelas, buang sampah, bersih toilet..dan apa2 yg patutu melibatkan kebersihan..


* Itulah sedikit sebanyak pengalaman kerja kat tuisyen. Ada yang tanya kenapa aku x apply cikgu..ntah la..aku rasa aku x de bakat jadi cikgu..haha..

* Pegalaman kerja menjadikan kita lebih matang sebenarnya. Macam2 karenah manusia kena hadapi.. Yang okay, yg menguji kesabaran..semua itu adalah pengalaman berharga

* Tq banyak pada bos yg sudi amik aku yg lari jauh dari bidang..doakan aku dapat kerja yg lebih baik lepas ni..

Bye..


Friday, 24 November 2017

PENGALAMAN TEMUDUGA GURU KAFA


Assalamualaikum..

Nak kongsi pengalaman aku pergi temuduga guru kafa negeri Kelantan minggu lepas.

Kalau tahun2 sebelum ni, aku ada baca yang diorang ada ujian bertulis sebelum temuduga. Tapi tahun ini tiada pula ujian bertulis tu.

Sekali masuk dewan lebih kurang anggaran dalam 30 orang. Seorang calon dan seorang panel.Kalau kita masuk awal, kira kita boleh pilih la nak panel yang mana satu. Yang masuk lewat, kena pergi je mana meja yang masih kosong.

Antara soalan yang di tanyakan kepada aku :

1) Isi borang maklumat kita dalam tulisan jawi.
2) Baca Al-Fatihah
3) Baca Pembuka Surah. Contoh : Yasin, Alif Lam Mim dan semua2 tu
4)Surah Lazim. Aku kena baca surah ad-Dhuha.
5) Baca surah besar yang diberikan dalam kertas.Aku kena 3 potongan surah yang berlainan.
6) Pernah mengajar ke sebelum ni?
7) Subjek apa yang diajar guru kafa
8) Pandangan anda mengenai Bajet 2018

* Sesi temuduga selama 15 minit saja. Yang lamanya menunggu giliran je. Sebabnya dia bagi kepada Dun yang jauh dulu. Dekat 3 jam lebih gak menunggu.





Saturday, 1 October 2016

AL- QURAN



PENGERTIAN AL-QURAN

Dari Sudut Bahasa : 

1. Imam Syafie  : Al-quran dieja tanpa huruf hamzah iaitu nama khusus bagi kitab yang diturunkan seperti kitab Taurat & Injil

2. Al-Farra' & Al-Qurtubi : Al- Quran berasal daripada perkataan "Al- Qarai'in" yang bermaksud tanda2 atau petunjuk. Huruf "nun" adalah huruf asal.


Istilah :

1.  Al-Quran adalah kalam Allah Taala yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi mukjizat serta ditulis di dalam mashaf, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.

2. Imam Al-Suyuti : Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang tidak boleh ditandingi walaupun satu ayat dan dikira ibadah membacanya.

3. Imam al-Syaukani : Al-Quran adalah kalam Allah yang azali diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, dibaca secara lisan dan dipindahkan kepada kita secara mutawatir.



NAMA-NAMA AL-QURAN

 -Ulama berbeza pendapat nama2 al-Quran dari segi bilangannya sama ada 55, 56 , 90 nama.

1. Al-Furqan ( Pemisah & Pembeza)
- Al-Quran adalah pemisah antara ajaran yang benar dan ajaran yang salah.
- Al-Quran menjelaskan kepada manusia kebenaran & kebatilan.

2. Al- Mau'izah ( Peringatan / Pengajaran )
-Al-Quran mengandungi aspek pengajaran & peringatan untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia sekalian alam sama ada dalam urusan keduniaan mahupun akhirat.
-Surah Yunus : 57

3. Al-Kitab ( Yang Termaktub / Tertulis )
-Al-Quran merupakan wahyu Allah S.W.T yang dikumpul & ditulis dalam satu mashaf.
- Surah Sajdah : 2

4. Al-Nur ( Cahaya )
-Al-Quran sebagai cahaya petunjuk yang menerangi kehidupan manusia daripada kegelapan kufur.
-Surah al-Nisa : 174

5. Al-Busyra ( Berita / Khabar Gembira ) 
-Al-Quran membawa berita / khabar gembira kepada orang2 yang beriman kepada Allah bahawa mereka akan diberi kedudukan dan ganjaran yang besar di sisi Allah iaitu syurga.
- Surah al-Baqarah : 97

6. Al-Ruh 
-Surah al-Syura : 39

7. Al-Zikr 
-Surah al-Hijr : 9

8. Al-Tanzil 
-Surah al-Syuara : 192 



PENULISAN, PENGUMPULAN & PEMBUKUAN AL-QURAN 
  •  Jam'u al-Quran
  • bermula semasa hayat Rasulullah S.A.W dan kemuncaknya ialah pada zaman Khalifah Uthman b. Affan.
1. Zaman Rasulullah S.A.W

- Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi S.A.W dalam tempoh lebih kurang 23 tahun atau 22 tahun 2 bulan 22 hari.
- Nabi S.A.W sentiasa mengambil berat setiap ayat al-Quran yang diturunkan kepada baginda. Baginda menghafal dan menginagtinya serta membacakannya kepada para sahabat. Manakala para sahabat pula menyebarkan antara mereka dan mengajar kepada ahli keluarga mereka.
-Nabi S.A.W melantik dalam kalangan sahabat yang pandai menulis menjadi penulis wahyu seperti Zaid b. Thabit & Ubai b. Kaab.
- Oleh itu, proses jam'u al-Quran pada zaman Rasulullah S.A.W dapat dibahagikan kepada dua cara :

a) Hafazan
* Nabi S.A.W seorang yang ummi yang diutuskan oleh Allah Taala kepada kaum yang ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Oleh itu, Nabi S.A.W dan para sahabat menghafal ayat2 yang diturunkan kepada baginda. Allah telah mempermudahkan kepada Nabi S.A.W dari aspek bacaannya dan mengumpulkannya dalam dada baginda S.A.W. (Dalil: Surah al-Qiyamah : 16-18)
*Walaupun ayat2 al-Quran telah pun dikumpul dalam dada Rasulullah S.A.W, namun baginda tetap menghafal dan mengulangi bacaan2 dalam solat2 baginda. Dalam masa yang sama, baginda mengajarkan dan membacakannya kepada para sahabat. Para sahabat pula menghafal ayat2 tersebut dan mengajarkannya kepada isteri & anak-anak mereka. Oleh itu, lahirlah hufaz dalam kalangan para sahabat seperti khulafa' al-Rasyidin, Muaz b.Jabal, Ibnu Mas'ud, Ibnu Umar, Ibnu Abbas & lain2.

b) Penulisan
* Para sahabat menulis ayat2 al-Quran dan apa2 yang diizinkan oleh Rasulullah S.A.W di atas bahan2 seperti pelepah tamar, tulang belulang, batu2 & sebagainya.
* Baginda S.A.W juga melantik penulis2 rasmi al-Quran seperti Zaid b. Thabit, Ubai b. Kaab, Muawiyah b. Abu Sufian & lain2. Mereka menulis & menyusun ayat2 serta surah mengikut panduan yang ditetapkan oleh Nabi S.A.W dengan perantaraan Malaikat Jibril.
* Tulisan rasmi wahyu (Al-Quran) disimpan oleh Nabi S.A.W manakala para sahabat juga menulis sebagai koleksi peribadi.

Kesimpulan : Pada zaman Rasulullah S.A.W, al-Quran belum lagi dibukukan namun sudah terkumpul dalam bentuk tulisan mengikut tertib & surah.



2. Zaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq 

-Beliau menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.
-Menghadapi peristiwa2 yang berat : golongan murtad, nabi palsu, golongan enggan membayar membayar zakat.
- 12Hijrah : dalam peperangan al-Yamamah, 70 orang penghafal al-Quran telah syahid.
- Melihat keadaan itu, Saidina Umar menemui S.Abu Bakar dan menadangkan agar al-Quran dibukukan. Pada mulanya, S.Abu Bakar tidak bersetuju namun setelah diyakinkan, akhirnya beliau bersetuju.
- S.Abu Bakar mengarahkan Zaid b. Thabit mengetuai jawatankuasa pembukuan al-Quran. Zaid merupakan salah seorang daripada penulis wahyu, penghafaz al-Quran serta pernah menghadiri majlis tadarus al-Quran antara Nabi S.A.W dengan Malaikat Jibril.
- Dalam melaksanakan tugas yang berat itu, Zaid dibantu oleh beberapa orang sahabat yang bertindak menyalin satu-persatu ayat al-Quran daripada pelepah2 tamar, kilit2 binatang & ketulan2 batu. Kemudian, membandingkan catatan2 tersebut dengan hafalan para sahabat & hafalan beliau sendiri.. Beliau tidak akan menulis ayat2 al-Quran tanpa 2 orang saksi yang adil.
- Zaid b. Thabit mengambil masa lebih kurang setahun untuk menyempurnakan tugas tersebut.
- Mashaf tersebut diberi nama "Mashaf Abu Bakar" atau " Mashaf al-Imam"
- Bentuk penulisan mashaf tersebut merangkumi ketujuh2 huruf (cara bacaan) - selaraas dengan catatan2 yang dikumpulkan pada zaman Nabi S.A.W.
- Mashaf ini disimpan di bawah jagaan S.Abu Bakar sehinggalah beliau wafat. Kemudian, disimpan oleh Saidina Umar al-Khattab sepanjang tempoh pemerintahannya. Setelah S.Umar wafat, mashaf tersebut di bawah jagaan anaknya, Hafsah.

Kesimpulan : Penulisan mashaf ini dapat menjamin ketulenan al-Qran disebabkan kematian para penghafal dari kalangan para sahabat.


3. Zaman Saidina Uthman al-Affan

- Pada zaman ini, negara Islam berkembang pesat sehingga ke Syam, Kufah & Iraq.
- Umat Islam ketika itu berada di setiap daerah & negeri di wilayah Islam.
- Mereka membaca al-Quran dan mempelajarinya melalui sahabat2 Nabi S.A.W yang mahsyur seperti : (1) Penduduk Syam - Ubai b. Kaab, (2) Penduduk Kufah - Ubai b.Kaab, (3) Penduduk tempat lain - Abu Musa al-Asy'ari.
- Mereka membaca al-Quran berdasarkan perbezaan qiraat.
- Ekoran daripada perbezaan bacaan, telah menimbulkan perselisihan hebat dalam kalangan umat Islam sehingga menjadi runcing.
- Huzaifah Ibnu al-Yaman ( Setiausaha Nabi S.A.W) yang mengetuai angkatan tentera untuk membuka Armenia ( satu tempat di Rusia) & Azerbijan terpaksa pulang ke Madinah. Beliau memberitahu Khalifah mengenai pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan tentera2nya orang Syam & Iraq mengenai bacaan al-Quran.
- Huzaifah mencadangkan kepada Khalifah agar diambil indakan segera bagi mengelakkan keadaan semakin merebak & menular sehingga mencapai tahap kafir-mengkafir antara satu sama lain.
- Berdasarkan cadangan ini, Khalifah Uthman telah membentuk 1 jawatankuasa penulisan al-Quran yang terdiri  dari 4 orang sahabat Nabi S.A.W iaitu : (1) Zaid b.Thabit, (2) Abdullah b.Zubir, (3) Sa'id b. al-'As dan (4) Abdul Rahman b.Haris. Mereka terdiri dari 1 orang Ansar, dan 3 orang Muhajirin. Zaid adalah orang Ansar manakala yang lain adalah orang Muhajirin.
- Jawatankuasa tersebut telah ditugaskan oleh Khalifah untuk menyalin dan mebukukan semula ayat2 al-Quran yang dikumpulkan di zaman Abu Bakar. Mereka menyalin semula ke dalam 1 naskhah dengan menulis 1 bentuk huruf sahaja daripada huruf2 yang 7.
- Jawatankuasa tersebut berjaya menghasilkan beberapa buah mashaf yang berujuan menyatupadukan umat Islam.
- Mashaf itu dinamakan "Mashaf Uthmani".
-Mashaf yang disalin telah dihantar ke beberapa buah daerah & wilayah Islam seperti Makkah, Syria, Basrah & Kufah.
- Manakala mashaf asal diserahkan kembali kepada Saidatina Hafsah.


SYARAT PENULISAN MASHAF UTHMANI
  • Menulis al-Quran mengikut bacaan para hafiz.
  • Apabila terdapat perbezaan pendapat antara ahli jawatankuasa, mereka menulis al-Quran mengikut bahasa Quraish kerana al-Quran diturunkan dalam dialek @ lahjah Quraish.
  • Semua ayat al-Quran yang diterima secara mutawatir daripada Rasulullah s.a.w dan tidak dimansuhkan ditulis.
  • Al-Quran ditulis tanpa titik.



* nota ini adalah nota pengajianku semasa zaman pra-U tingkatan 6 2011. 
Kuliah Bersama Ustaz Mohd Saiyyidi b. Zakaria.
SMKA Naim Lilbanat




 



 

Saturday, 6 August 2016

Sedikit Perkongsian

Assalamualaikum.... Sedikit perkongsian mengenai kitab Unwanul Falah Akademi Pondok Pasir Tumboh Ramadhan1437H yang sempat ambo catat. Moga bermanfaat ^_^.

( KITAB UNWANUL FALAH ) - Fiqh


 -Dalam syariah, boleh ta'lid (ikut secara membuta tuli). Namun sebaliknya dalam usuluddin

Air Mutlak
  • Tidak boleh mengambil wuduk menggunakan air mutlak yang telah bercampur dengan air bukan mutlak yang mana kuantiti air bukan mutlak tersebut melebihi kuantiti air mutlak.
  •  
  •   Nila setitik di campur dalam air mutlak. Air menjadi biru semua walaupun cuma diletakkan   sedikit. Tidak boleh digunakan untuk berwuduk. 
  •   Air mutlak yang jatuh najis (najis yang tidak dimaafkan) di dalamnya = air yang terkena najis.

  • Ada beza antara air yang terkena najis dengan air najis. Contoh air najis = air kencing
  •  Tulang & bangkai (tidak disembelih mengikut syarak) termasuk dalam najis yang tidak dimaafkan. Walaupun air tidak berubah, tetap menjadi najis. 

  • Air 2 kolah = 500 kati ( 180 kg )

Haid
  • Tempoh paling awal seseorang itu kedatangan haid adalah apabila usia hendak menjangkau 9 tahun.
  • Paling sikit darah haid = sehari semalam (24 jam)
  •  Paling lama darah haid = 15 hari

Nifas
  • Darah yang keluar dari qubul wanita selapas melahirkan anak
  • Paling cepat = 1 detik
  • Paling lama - 60 hari
  • Kebiasaannya = 40 hari

Mandi Wajib
  • Wanita yang keguguran anak = wajib mandi wajib
  • Rukun mandi wajib :
1. Niat -semasa nak basuh anggota pertama ( tak kisah anggota mana pun)
2. Meratakan air ke seluruh badan


Tayamum
  •  Bersuci kerana darurat
  • kena masuk waktu dulu
  • mesti cari air terlebih dahulu       
  • 1 tayamum untuk 1 solat fardhu sahaja. Boleh guna banyak kali untuk solat sunat.
  • kalau misai & janggut lebat, tak wajib ratakan ke setiap pangkal bulu. (sunat sahaja)


Solat
  • sunat buka tangan masa angkat takbir
  • pandang kiri kanan dalam solat tanpa hajat = Makruh
  • pandang ke atas masa solat = makruh
  • pejam mata masa solat = makruh. Tapi, jika dengan pejam mata lebih khusyuk, maka dibolehkan.
  • solat berimamkan anak zina = makruh
  • pakai niqab masa solat = makruh (kecuali ada ajnabi)
  • anak dara pergi masjid = makruh (walaupun dia tak lawa) melainkan pergi bersama ibu bapa.
  • Kita dah solat. Kawan tak solat lagi. Dia minta kita jadi imam. Kita boleh solat sekali lagi.
  • kalau dalam solat berjemaah yang Imam baca senyap, lebih baik kita tak payah baca doa iftitah sebab takut tak sempat nak baca surah al-Fatihah.
  • Mazhab Shafie- wajib baca basmalah (sebab sebahagian daripada surah al-Fatihah)
  • Mazhab Hanafi - Sunat baca basmalah

Solat Witir
  • Imam Abu Hanifah -witir adalah wajib   
  • Imam Shafie - witir adalah sunat
  • Witir yang paling sedikit adalah 1 rakaat, paling sempurna = 3 rakaat, paling banyak = 11 rakaat.

Antara Perkara Haram Ketika Ihram
  • Jimak
  • akad nikah
  •  berburu di darat

Kaffarah Sumpah
1.Memerdekakan hamba yang beriman
2. Beri makan 10 orang miskin ( seorang 1 cupak iaiti 1 kati/600g makanan asasi)
3. Beri pakaian kepada 10 orang fakir miskin (pakaian yang biasa dipakai oleh sesuatu tempat)

Nazar
  • Nazar ni kena dengan iltizam. Kalau cuma terlintas dalam hati, tak dikira nazar.
  • Nazar mestilah perkara yang berkebajikan

    
          

Wednesday, 23 March 2016

ULUM AL-QURAN & BIDANG KAJIANNYA


PENGERTIAN ULUM AL-QURAN


Bahasa :
Gabungan perkataan antara ulum & al-Quran.

 Ulum : lafaz jamak daripada "ilm" yang bermaksud kefahaman yang menepati fakta yang sebenar.

Al Quran : Kalam Allah yang mukjiz, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, ditulis dalam mashaf, disampaikan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah. 

Oleh itu, ulum al-Quran ialah ilmu-ilmu yang berkait dengan al-Quran.

Istilah :

Ilmu-ilmu yang embicarakan tentang al-Quran sama ada aspek penurunan, bacaan, sejarah pengumpulan, penyusunan, penulisan, penafsiran, i'jaz,nasikh manksukh, sebab nuzul, makki madani & sebagainya.



SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN

Tahap Sebelum Ditulis Dalam Bentuk Buku 

Zaman Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar & Saidina Umar.
Ulum al-Quran pada tahap tersebut belum ditulis dalam bentuk buku kerana keadaan tidak terdesak untuk berbuat demikian :

1. Rasulullah S.A.W & para sahabat adalah orang yang paling arif tentang al-Quran dari pelbagai aspek.
2.Para sahabat adalah arab tulen yang faham ayat2 al-Quran 
3. Kekurangan bahan @ peralatan untuk menulis
4. Ramai dikalangan para sahabat tidak pandai menulis
5. Larangan Rasulullah S.A.W untuk menulis selain daripada al-Quran kerana bimbang bercampur aduk dengan al-Quran.

Oleh itu, ulum al-Quran pada zaman tersebut disampaikan secara lisan & dihafal oleh para sahabat.


Tahap Persediaaan Penulisan Dalam Bentuk Buku

- Zaman Khalifah Uthman bin Affan.

- Berlaku percampuran antara orang2 Arab & bangsa lain yang menganut agama Islam.

- Keadaan tersebut dibimbangi akan terhakis kearaban orang arab dan bahasanya

- Pada masa yang sama, timbul perselisihan dalam membaca al-Quran dalam kalangan para sahabat.

-Dalam situasi itulah, Saidina Uthman memerintahkan penulisan al-Quran dalam satu mashaf rasmi.

-Tindakan Saidina Uthman merupakan asas kepada ilmu rasm al-Quran atau dikenali sebagai Resam Uthmani.


-Pada zaman Saidina Ali pula, beliau telah memerintahkan Abu Aswad al Duali mencipta beberpa kaedah tatabahasa Arab untuk memelihara bahasa Arab.

-Tindakan Saidina Ali ini merupakan asas kepada ilmu i'rab al-Quran 

-Seterusnya, para sahabat & tabiin telah meletakkan asas dalam bidang ulum al-Quran seperti ilmu tafsir, ilmu asbab nuzul, ilmu nasikh & manksuh, ilmu gharib al-Quran dan sebagainya

-Tokoh2 ulum al-Quran pada zaman tersebut seperti khalifah ar-Rasyidin, Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud, Mujahid, Ikrimah, Hasan al-Basri & lain2.



Tahap Penulisan Dalam Bentuk Buku ( Pembukuan ) 

-Pada kurun ke-2 Hijrah, telah muncul pelbagai kitab Ulum al-Quran. Bidang kajian pertama Ulum al-Quran ialah ilmu tafsir yang dianggap sebagai induk kepada ilmu al-Quran yang lain.
 Tokoh penulis tafsir pada masa tersebut ialah Syu'bah al-Hajjaj, Sufian Uyainah, Waki' al-Jarrah . Penafsiran mereka adalah berdasarkan periwayatan daripada Rasulullah S.A.W, sahabat & Tabiin.

-Mulai abad ke-3 Hijrah, muncul pula ilmu2 lain yang berkaitan dengan al-Quran seperti ilmu sebab nuzul dan ilmu nasikh mansukh.
Antara ahli ulum al-Quran yang terkenal pada masa itu ialah Ibnu Jarir At-Tabari.

-Senarai Kitab :

Abad ke-3 H :
Asbab Nuzul - Ali Al-Madini ( Guru kepada Imam Bukhari)
 Al Nasikh Wa Al Mansukh - Abu Ubaid al-Qasim

Abad ke-4 H :
Ilmu Gharib al-Quran - Abu Bakar as-Sajistani

Abad ke-5 H :
Al-Burhan fi Ulum Quran -Ali b. Ibrahim al-Khaufi

Abad ke-6H :
Mubham al-Quran - Abu Qasim al-Suhaili

Abad ke-7H :
Majaz al-Quran - Ibnu Abd as-Salam

Abad ke 8 H :
Ilmu Balaghah al-Quran - Ibnu Qayyim

Abad ke-9H :
Mawaqi' al Ulum min mawaqi' an-Nujum -Jalaluddin al-Bulqin

Abad ke-10h :
Al-Itqan fi Ulum Quran -Jalaluddin al-Suyuti

Abad ke 11, 12 & 13H :
Penulisan ulum al-Quran malap. Hal ini demikian kerana Ulama' lebih memberi penumpuan kepada penyebaran ilmya yang sedia ada.

Abad ke-14H :
Penulisan ulum al-Quran bangkit semula dengan kitab2 yang lebih lengkap dan tersusun.
Mahasin al-Takwil - Jamaluddin al -Qasimi
Al-Tibyan fi Ulum al-Quran - Tahir al -Jazairi


BIDANG KAJIAN / SKOP PERBAHASA ULUM AL-QURAN

1. Ilmu Tafsir & Ta'wil al -Quran
-Dikesan pada abad ke-2H
-Mengumpulkan koleksi periwayatan tafsir yang diriwayatkan daripada para sahabat
-Tokoh :
Sufian Uyainah, Waki' al-Jarrah & Syu'bah al-Hajjaj

2. Ilmu I'rab al-Quran
-Saidina Alidikatakan pelopor kepada ilmu ini kerana beliau telah memerintahkan Abu Aswad ad-Duali mencipta kaedah Nahu (tatabahasa Arab)
-Tokoh : Ali b. Ibrahim al-Khaufi

3. Ilmu Qiraat al-Quran
-berkaitan dengan cara bacaan al-Quran
Tokoh : Abu Ubaid al-Qasim b. Salam

4. Ilmu Nasikh Mansukh 
-berkaitan dengan ayat2 menasakhkan (menghapuskan/memadamkan) ayat2 yang lain sama ada dari segi bacaannya, hukumnya atau kedua2nya sekali.
-Tokoh : Abu Ubaid al-Qasim b. Salam

5. Ilmu Sebab Nuzul
-berkaitan sebab2 atau peristiwa2 penurunan ayat.
-Tokoh : Ali al-Madini ( Guru Imam Shafie)

6. Ilmu Makki & Madani
-membicarakan tentang ayat2 atau surah2 yang dinisbahkan kepada Makkah & Madinah
-Tokoh : Muhammad b. Ayub ad-Dirris

7. Ilmu Fadhail
-membicarakan tentang kelebihan & kehebatan al-Quran
-Tokoh :  Abu Ubaid al-Qasim b. Salam

8. Ilmu Gharib al-Quran
-membincangkan tentang perkataan2 yang sukar terdapat dalam ayat2 al-Quran
-Tokoh : Abu Bakar al-Sajistani

9. Ilmu Amthal al-Quran
- membincangkan tentang perumpamaan2 yang terdapat dalam al-Quran
Tokoh : Al-Mawardi

10. Ilmu Majaz al-Quran
-membincagkan tentang ayat2 al-Quran yang mengandungi simbolik bahasa Arab

11. Ilmu Ayat Muhkamat & Mutasyabihat
-membincangkan hukum yang jelas & kesamara-Tokoh : Ibnu Taimiyah

12. Ilmu Jadal Al-Quran
-membincangkan tentang hujah2 atau dalil2 dalam gaya bahasa arab untuk menetapkan sesuatu
-Tokoh : Najmuddin at-Thufi

13. Ilmu Aqsam al-Quran
-membincagkan tentang jenis2 sumpah yang terdapat dalam ayat2 al-Quran
Tokoh ; Ibnu Qayyim



FAEDAH MEMPELAJARI ULUM AL-QURAN

  • Dapat menguasai pelbagai bidang ilmu yang terdapat dalam al-Quran
  • Dapat mengetahui sejarah perkembangan al-Quran semenjak ia diturunkan sehingga sekarang
  • Dapat membantu pengkaji atau pentafsir untuk memahami kandungan al-Quran
  • Dapat mengetahui metod ahli tafsir dalam mentafsir ayat2 al-Quran
  • Dapat menambah keyakinan bahawa al-Quran adalah kalam Allah.

* nota ini adalah nota pengajianku semasa zaman pra-U tingkatan 6 2011. 
Kuliah Bersama Ustaz Mohd Saiyyidi b. Zakaria.
SMKA Naim Lilbanat