Powered By Blogger

Wednesday 7 February 2024

Aku & Pantai ...

Sapa suka healing di pantai..kita geng.. hehe..Rasa tenang je kan duduk termenung melihat alam semulajadi ciptaan Allah S.W.T..

Okaylah..aku just nak share view pantai2 di kelantan yg aku pernah pergi..🥰

(1) Pantai Senok





(2) Pantai Irama



(3) Pantai Geting & Sri 7



(4) Pantai Kemasin







Thursday 11 January 2024

Lipstick Favourite Saya..🥰

Ni adalah first post aku untuk tahun 2024..Jadi, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat tahun baru 2024..maaf la agak lewat baru wish..hehe

Okay..hari ni aku nak citer sal lipstick favourite aku.. aku ni jenis tak reti mekap..kalau keluar just pakai sunblock atau bedak je..kadang2 pakai la lipstick la jarang2...alatan mekap lain memang takde..

Ok..disebabkan aku ni tan skin, jadi dan warna bibir yang gelap agak susah nak cari lipstik yang kena..Banyak dah berhabis last2 tak kena dengan aku..dan tak pakaila...membazir duit je ...huhu

Ok, first lipstik yg aku boleh dikatakan pakai smpai habis adalah lipstick mary kay warna rich truffle...maaf la aku x de gambar..dh lebih 5 thn lps dh abis..dia kaler mcm brown2 je gitu..sgt natural ye bila pakai..sape sama macam aku suka natural blh try grab..harga dia dlu bwh rm50..skrg aku tak sure brp..

Ok..dan tahun lps aku jumpa satu lg lipstick yg aku mampu pakai hingga ke titisan yg terakhir...lipstick ni agak viral dan hot di pasaran..alhamdulillah sesuai dgn aku...ia adalah .wardah velvet matte lip mousse kod 08 (brown creator)...walaupn matte tapi tak mengeringkan sangat bibir...aku beli time promosi 40 persen dpt la harga bawah rm 20.



Kaler ni maybe lari la effect camera..dia macam nude pink gitu la..


So, kesimpulannya next time aku tak akan ragu2 utk terus repeat this lipstick...yahh




Wednesday 8 November 2023

Titik Terendah Dalam Hidup..

Saat ini 
Aku berada di titik terendah dalam hidup
Di kala rakan seusiaku sudah mempunyai kerjaya yang stabil, ada aset dan sebagainya..
Aku malah masih belum mempunyai semua itu..
Kosong..

Aku buntu
Tidak tahu harus mulakan dari mana
Aku sudah banyak terlewat

Doakan aku ye ..terima kasih ☺️





Friday 15 September 2023

Dunia Contact Lens

Dulu, dalam setahun gak la aku kerja bahagian contact lens (April 2021-May 2022) so just nak share sikit info : 

(1) Contact lens Daily, Monthly.

 Sape yang jenis pakai c.lens jarang2 lebih baik ambil yang daily. Pakai hari yang rasa nak pakai dan buang terus. Settle. Tak payah susah2 nak fikir pasal penjagaan selepas pakai.

Tapi sape yang selalu pakai contact lens, untuk jimat better ambil yang monthly. Yang paling lama ada 3 bulan contohnya Blincon. 

(2) Contact Lens Warna dan Tiada Warna (Clear)

Contact lens ni macam yg korang tahu dia ada pelbagai jenis colour. Tapi yg sesuai dgn skin tone masyarakat melayu bagi aku coklat la. Natural gitu. Kalau pakai warna biru, macam tak kena pula. Tapi terpulanglah kepada diri masing2. Asal tak tabarruj dah la.

Siapa yang jenis tak suka melawa macam aku mesti minat c.lens clear iaitu tak ada warna pun. Macam tak pakai apa2. 

(3) Contact Lens Yang Ada Power Silau

Ada orang rabun sekali silau kan..haa..c.lens pun ada yang power silau sekali..dipanggil c.lens toric.



Tu jela kot info sikit2 yang aku tahu mengenai c.lens. Ok nak cerita pasal diri aku pulak. Aku ni rabun dari sekolah rendah. Rabun teruk la jugak yang mana pegi mana2 kena ada spek la crita dia. Lepas nak dekat setahun keje bahagian c.lens ini, aku pun beli la c.lens clear daily aqua, iaitu yang harian punya. Ada 15 keping sekotak. Memandangkan power kanan dan kiri aku beza, terpaksa la beli dua kotak. Huhu

Bayangkan hampir 20 tahun bercermin mata, tiba2 x pyh pakai..feeling lain macam...nikmatnya tak yah pakai spek.

Mula2 pakai tu mmg susah la nk pakai dan buang. Tapi lama2 dh pro la..cehh.. Aku pun tgk video jgk cara2 pakai dan buang. Dan cuba aplikasi cara mana yang paling mudah bagi aku.

Okay lah korang, aku chow dlu..byeee...


Tuesday 5 September 2023

Pengalaman Kerja Part Time Jual Lokcing (Satay Ikan)..

 Pejam celik, dah 8 bulan aku tak update blog. Biarlah takde orang baca pun, saja untuk kepuasan sendiri. Hehe

Memandangkan duit simpanan aku kian susut, aku pun cari la kerja part time yang bergaji hari. Cari punya cari, jumpalah iklan sebagai penjual lokcing. Dipendekkan cerita, esok aku diterima bekerja.

Lokcing atau satay ikan ini famous la di pantai timur. Biasanya akan dijual dengan pelbagai jenis sosej. Ia akan dibakar dan dimakan bersama kuah warna merah pink2 sama ada pedas atau manis.

Tempat menjual tu agak jauh rumah aku. Lebih kurang setengah jam jugak la. Aku pun jarang sangat pergi area situ, sesat jugakla. Last2 majikan gi ambik aku yang terdampar di masjid. Haha

Ok, sampai di rumah majikan nak dekat pukul 10 pagi. Maka bermulalah proses menyusun satay ikan dan sosej dalam belas kaca tu. Dia jual atas motor. Kira bukan pakai meja la. Tapi kalau pekerja wanita, majikan akan pergi hantar la. Tak perlu risau tak pandai bawak motor.Hehe. Masa tu, ada sorang lagi staf wanita, yang lain semua laki. Tapi diorang okay jer..

Lepas siap susun2 barang jualan, kami dijamu lunch nasi dan teh o beng. Kalau ikutkan, aku tak lapar sangat lagi, tapi sebab kuah nasi dah diletak terus, kenalah makan juga. Kalau dibiar lama, nasi jadi bengkak ore klate kata.Hehe.

Dalam pukul 12 tengahari lebih, aku dan staf wanita di bawa ke tempat untuk menjual lokcing dan hotdog. Jarak antara tempat aku dan dia tak jauh mana. Kira boleh jalan kaki je. Satu motor tu sorang je jual. Cuak juga aku, dh la hari first hoho.

Bos aku mula2 ajar la dlu cara2 bakar, kipas, tambah arang, celup sos dan lain2. Dalam tempoh ajar tu pun dah ada cust datang beli. Alhamdulillah. Kejap je bos ajar, lepas tu aku pun ditinggalkan sorang2. Air aku pulak tertinggal atas kereta bos. Tahan la aku dahaga sampai malam. Sedih.

Aku pun duduk la menunggu atas kerusi healing dengan santainya sambil main phone. Bermulalah proses jual beli lokcing dan hotdog. Aku tak makan sosej, masa ni la baru aku kenal nama2 hotdog. Huhu Ada hotdog pulut, cheese, keladi dan macam2 lg. Harga tak sama. Paling mahal rm2 sebatang. Kalau untuk lokcing pula, Rm 1 : 3 batang. Zaman aku kecil2 dulu sebatang 10 sen je. Biasalah harga barang naik mendadak semuanya.

Aku jual sampai pukul nak dekat 8 malam. Kira dalam 8 jam la. Alhamdulillah..semua customer aku baik2 dan sangat okay..Kira tak jumpa la yang aneh2.hehe. Ada Melayu.ada chinese..ada perantau yang pulang sempene cuti sekolah seminggu ni..macam2 ada ..

Cabaran tu bila time ramai2 la..dah la aku jenis kalut..kadang2 bara api tak okay..puas kipas..time takde customer api okay plk..haha

Jualan alhamdulillah..Bos pun cakap jualan aku dh banyak dh utk pertama kali..terima kasih mana yg sudi beli..maaf yang mana terkurang...saya budak baru belajar..




Wednesday 11 January 2023

Tukar Duit Rosak di Bank Islam

 Cara2 tukar duit koyak atau rosak di Bank Islam..Bank lain aku tak tahu sama ke tak..

First sekali, pastikan korang ada akaun bank ni..sebabnya dia akan masuk dalam akaun..bukan bagi cash ditangan..

Korang isi borang deposit wang..tulis amaun berapa jumlah wang rosak...ambil no giliran dan tunggu dipanggil..dia akan check la duit tu..nilai dia lain2 berdasarkan jenis kerosakan atau keadaan wang tersebut..utk lebih jelas korang boleh google..

Dan wang tu terus masuk direct dalam akaun korang..kira tak perlu tunggu berhari2 ke berminggu2 ke..senang kan..

Bye ..

Wednesday 23 June 2021

Kata-Kata

Never judge..everyone struggle..

Kita tak pernah tahu tentang apa yg sesorang lalui dalam hidupnya..kadang2 dgn kata2 kita boleh memberikan kesan yg besar dlm kehidupan seseorang..

Dengan kata2, kita dapat menaikkan semangat seseorang..dan dengan kata2 juga kita dapat membunuh semangat seseorang..mungkin kita pernah dengar ' say nice or silence'...

Antara sedar dan tidak..diam banyak membantu dalam banyak keadaan..

Kadang2 ada org tengah down..dia menceritakan apa yang dilalui kepada someone yg dipercayai..yg dia rapat..yg dekat..dgn harapan akan dapat kata2 semangat..namun yg dia dapat adalah sebaliknya..