Powered By Blogger

Monday, 8 February 2016

SYIAH ZAIDIYAH


PENGENALAN



Perbezaan pendapat dalam kalangan umat Islam dalam bidang syariah atau perundangan Islam dianggap satu rahmat kerana di sebalik perselisihan pendapat ini telah membawa kepada pertemuan, perbincangan dan perbahasan di antara alim ulama yang pakar dalam bidang tersebut sehingga satu keputusan dapat dicapai. 

Walau bagaimanapun perbezaan pendapat dalam bidang akidah lebih cenderung kepada malapetaka serta peperangan saudara umat Islam. Ia mengakibatkan perpecahan dalam kalangan umat Islam yang tidak diinginkan oleh Rasulullah S.A.W dan seluruh umat Islam. Demikianlah kewujudan fahaman Syiah telah menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Penularan ajaran Syiah amat membimbangkan umat Islam di negara ini yang rata-ratanya berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ajaran yang salah, batil serta mungkar itu disifatkan sebagai 'virus' yang berupaya merosakkan keutuhan akidah ummah. Penularan ajaran Syiah amat membimbangkan umat Islam di negara ini yang rata-ratanya berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Aliran Syiah mempunyai bermacam-macam-macam puak yang berlainan pegangan serta fahaman mereka. Salah satunya ialah kelompok Zaidiyah. Fahaman golongan ini adalah berbeza dari golongan Syiah yang lain yang lebih melampau darinya. 


SYIAH ZAIDIYAH  
 

Perkataan Syiah bererti golongan, kalangan atau pengikut sesuatu fahaman yang tertentu. Syiah ialah nama kepada sekumpulan manusia yang mengikut Sayidina Ali secara khusus. Mereka beranggapan bahawa Ali mempunyai keistimewaan dalam hal imamah dan khalifah. Pada pandangan mereka, kedudukan Ali dalam dua hal tersebut adalah berdasarkan nas syarak dan wasiat Rasulullah S.A.W. Mereka mempercayai bahawa imamah tidak boleh terkeluar daripada keluarga Ali. Jika tidak, ini menunjukkan yang ia diambil secara zalim oleh orang yang menyandangnya atau direstui oleh Ali secara bertaqiyyah.

Antara faktor kemunculan Syiah ialah kewafatan Rasulullah S.A.W, kemunculan pergerakan Abdullah Bin Saba’ di penghujung zaman Uthman R.A, peperangan Siffin dan majlis tahkim, dan pembunuhan Hussien R.A.

Imam as-Syahrastani membahagikan syiah kepada lima golongan iaitu Kisaniyah, Zaidiyah, Ghulaat, Imamiyah dan Ismailiyah. Kesemua golongan ini adalah sama atau lebih menyeleweng kefahamannya dari Syiah Imamiyyah melainkan Syiah Zaidiyah. 

Syiah mempunyai kelompok yang ramai dengan pelbagai fahaman yang berlainan. Namun kesemua kumpulan Syiah mempunyai iktikad yang sama, iaitu imam mereka telah ditentukan dan dinaskan oleh syarak. Begitu juga, para nabi dan imam wajib bersifat dengan maksum dari sebrang perbuatan dosa. 

Terdapat banyak kumpulan dalam aliran Syiah. Setiap kumpulan mempunyai fahaman tersendiri. Namun, mereka sepakat dalam tiga perkara. Pertama, penentuan imam melalui nas-nas syarak merupakan suatu perkara yang wajib. Kedua, para nabi dan imam wajib terpelihara dari sebarang dosa. Ketiga, wajib memberikan wala’ kepada imam sama ada dengan perkataan, perbuatan dan sumpah setia kecuali semasa bertaqiyyah.

Syiah Zaidiyah merupakan pengikut Zaid bin Ali bin al-Husin bin Ali bin Abu Thalib. Mereka berpendapat bahawa hak imamah hanyalah pada zuriat Fatimah R.A. Mereka tidak mengharuskan berlakunya imamah kepada orang lain. Berdasarkan ini, satu kumpulan dari mereka telah mengesahkan imamah Muhammad dan Ibrahim bin Abdullah al-Hassan yang lahir semasa pemerintahan al-Mansur dan dibunuh di zamannya. 

Zaid pernah bertengkar dengan saudaranya al-Baqir Muhammad bin Ali kerana dia menuntut ilmu daripada Wasil bin Ata’ yang berpendapat Ali mungkin silap semasa memerangi golongan yang menentangnya. Beliau juga berbeza pendapat dengan saudaranya dalam hal penentuan imam, kerana beliau mensyaratkan untuk menjadi imam seseorang itu mestilah tampil di hadapan orang ramai.

Kumpulan al-Zaidiyah berpecah kepada tiga kumpulan iaitu al-Jarudiyah, al-Sulaimaniyah dan al-Butriyah. Ketiga-tiga kumpulan ini sependapat dengan tentang imamah Zaid bin Ali bin al-Husain bin Ali. Kewujudan kumpulan-kumpulan ini ialah semasa pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik. 


RUJUKAN

Abu Bakar Aceh. 1972. Perbandingan Mazhab Syiah : Rasionalisme Dalam Islam. Semarang : C.V Ramadhani.

Muhammad Ramzi Omar. 1999. Pembahagian Akidah Ahli Sunah Wal Jamaah. Selangor : Pustaka Ilmi.

Yazid Bahrin. 1997. Syiah : Siapakah Mereka Dan Sikap Kita Terhadap Mereka?. Johor : Perniagaan Jahabersa.



Sunday, 7 February 2016

ZAKAT




“DEFINISI, HUKUM,
SYARAT, DAN JENIS-JENIS HARTA YANG DIKENAKAN ZAKAT”

Definisi zakat

  • MAZHAB MALIKI – “mengeluarkan sebahagian yang tertentu daripada harta yang tertentu, yang cukup nisab, kepada orang yang berhak ke atasnya, jika sempurna milik dan cukup haul, tetapi bagi barang galian dan tanaman tidak dikira haul. 
  • MAZHAB HANAFI – “ menjadikan sebahagian harta yang khusus daripada harta yang khusus sebagai milik orang yang khusus, yang ditentukan oleh syarak kerana Allah S.W.T. “
  •   MAZHAB SYAFI’E – “ satu ungkapan untuk pengeluaran harta tertentu secara wajib dan diagihkan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syarat wajibnya.” 
  • MAZHAB HANBALI – “ hak yang wajib dikeluarkan daripada harta yang khusus untuk kelompok yang khusus juga.

 Hukum zakat
  • Merupakan rukun Islam yang ke-4
  •   Hukum : WAJIB
  • Diwajibkan di Madinah dalam bulan syawal tahun kedua Hijrah
  •   “ Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat”        ( Al-Nisa’ : 77 )
  •  Ijma’ para sahabat – perangi orang yang enggan membayar zakat ( zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar )

  
SYARAT WAJIB ZAKAT

( 1 ) MERDEKA
  • JUMHUR ULAMA’ – zakat tidak diwajibkan terhadap hamba kerana hamba tidak mempunyai hak milik. Kewajipan zakat dipertanggungjawabkan terhadap tuannya. 
  • MAZHAB MALIKI – tidak dikenakan zakat ke atas harta seorang hamba, ke atas hamba dan juga ke atas tuannya sebab milik hamba tidak sempurna, sedangkan zakat hanya dikenakan ke atas harta milik sempurna. Tuan kepada hamba tidak berhak terhadap harta hambanya.

( 2 ) ISLAM
  • Ijma’ Ulama’ – zakat tidak diwajibkan kepada orang kafir. ( Kafir asli dan murtad )
  •  Mazhab Shafie – mewajibkan golongan murtad untuk mengeluarkan zakat hartanya yang diperoleh sebelum murtad.
  • Mazhab Hanafi – riddah menggugurkan kewajipan zakat
  • Para fukaha tidak mewajibkan zakat ke atas orang kafir asli kecuali dalam 2 bentuk :
 1. Harta Perniagaan
·         Mazhab Maliki, Hanbali, Syafie – harta perniagaan yang di bawa oleh kafir dhimmi ke Makkah & Madinah atau mana-mana daerah sekitarnya diambil 1/10 daripadanya
·         Mazhab Maliki – 1/10
·         Mazhab Hanafi – kafir dhimmi ( 1/20 )
-          kafir harbi ( 1/10 )
·         Mazhab Shafie – harta kafir harbi tidak diambil kecuali ada perjanjian

2. Harta Nasrani Bani Taghlub
·         Mazhab Hanafi, Syafie & Hanbali – zakat diambil daripada harta Bani Taghlub secara berganda. ( sebagai pengganti ufti )
·         Mazhab Maliki – perkara ini tidak dinaskan dalam Islam.


( 3 ) BALIGH & BERAKAL
  •   Mazhab Hanafi – merupakan syarat zakat. Zakat tidak wajib diambil dari harta anak kecil & orang gila 
  • Jumhur Ulama’ – bukan syarat. Zakat wajib dikeluarkan daripada harta anak kecil dan orang gila oleh walinya.

( 4 ) HARTA YANG DIKELUARKAN MESTILAH HARTA YANG WAJIB DIZAKATI (SUBUR @ BOLEH DISUBURKAN )

  • 5 jenis : emas & perak, harta karun & barang temuan, barang perniagaan, hasil tanaman, buah-buahan dan binatang ternak yang merumput sendiri. Mazhab Maliki – binatang yang diberi makan oleh pemiliknya.
  •  
  • Jumhur ulama’ – harta yang berkembang seperti perniagaan ataupun berupa binatang untuk diternak.
  • Mazhab Hanafi – wajib keluarkan zakat bagi kuda yang di gembala di padang rumput untuk  tujuan mendapat benih. Pendapat yang difatwakan ialah tidak dikenakan zakat.
  • Madu ( Manisan ) – Mazhab Hanafi, Hanbali & Zhahiri mewajibkan zakat
                                         - Mazhab Maliki & Shafie tidak mewajibkan zakat di                                                   keluarkan ke atas madu.

( 5 ) HARTA YANG DIZAKATI TELAH MENCAPAI NISAB ATAU SENILAI DENGANNYA 
  • Nisab emas (20 mithqal @ 1 dinar), perak ( 200 dirham )
  • Mazhab SELAIN Hanafi – nisab biji-bijian & buah-buahan setelah dikeringkan (653 kg)
  •   Nisab kambing ( 40 ekor ), unta ( 5 ekor ), lembu ( 30 ekor )
  
( 6 ) HARTA YANG DIZAKATI MERUPAKAN MILIK PENUH

  •  Mazhab Hanafi – harta milik ialah harta yang dimiliki secara utuh dan berada di tangan sendiri yang benar-benar dimiliki.
            Oleh itu, zakat tidak diwajibkan kepada :
            ~ binatang wakaf yang digembalakan
            ~ harta yang berada di bawah kekuasaan musuh dan dibawa ke negaranya
            ~ tanaman yang tumbuh di tanah yang mubah
            ~ harta yang diperoleh daripada pinjaman atau secara hutang
            ~ harta mahar seorang perempuan yang belum dimiliki olehnya
            ~ harta yang hilang, harta yang tenggelam di laut
            ~ harta yang disita oleh penguasa
            ~ harta yang dipinjamkan dan diingkari oleh penghutangnya
            ~ harta yang tertanam di padang pasir yang jika pemilik tidak ingat tempatnya

  •  Mazhab Maliki – milik sempurna ialah pemilikan dan keupayaan untuk mengurus pada perkara yang dimiliki
            Zakat tidak di wajibkan :
            ~ harta yang digadai
            ~ harta mubah yang dimiliki secara umum (milik bersama)
            ~ orang yang tidak menjadi pemilik sebuah harta
           
            Zakat diwajibkan kepada :
            ~ perempuan yang mempunyai mahar yang telah dipegang olehnya dan telah             mencapai masa setahun
            ~ Pewakaf yang harta wakafnya telah mencapai nisab atau harta tersebut    kurang daripada nisab, tetapi dia memiliki harta yang lain yang boleh mencukupkan nisab harta yang diwakafkan olehnya. Dengan syarat dia berkuasa untuk melakukan apa saja terhadap harta wakaf tersebut.
            ~ harta hasil rampasan, curian, diingkari, terpendam di sebuah tempat & harta yang hilang apabila diterimanya
            ~harta yang disimpan seseorang jika tersimpan beberapa tahun di sisi penyimpan

  •   Mazhab Shafie – harta yang dimiliki secara penuh kesempurnaan pemilikan dan keupayaan mengurus.           
            Oleh itu, harta yang tidak wajib dizakat :
            ~ seorang tuan hamba tidak wajib mengeluarkan zakat daripada harta hamba mukatab yang akan menebus dirinya kerana dia tidak mempunyai kuasa mengurus pada harta itu.
            ~ harta wakaf kerana ia adalah milik umum manusia
            ~ harta mubah

            Diwajibkan zakat :
            ~ menyewa tanah wakaf yang disewakan
            ~ harta wakaf yang ditentukan
            ~ harta hasil rampasan, harta yang hilang, barang penemuan pada tahun pertama, harta hasil curian, harta yang tenggelam di dasar laut, harta yang tidak berada dalam genggaman tangan dan harta yang diamanahkan setelah harta tersebut dikembalikan
            ~ barang yang dijumpai setelah mencapai tempoh setahun
            ~ setelah mahar berada di tangan seseorang perempuan
            ~ orang yang berhutang wajib mengeluarkan zakat daripada harta yang dihutang daripada orang lain dengan syarat harta itu telah mencapai masa setahun.

  •   Mazhab Hanbali – milik sempurna mestilah mencukupi syarat pemilikan dan mestilah berkeupayaan mengurus menurut kehendaknya.

            Zakat tidak diwajibkan :
            ~ harta wakaf yang tidak ditentukan

            Zakat diwajibkan :
            ~ harta wakaf yang ditentukan
            ~ harta hasil rompakan atau rampasan, hasil curian, harta hasil hutang serta             harta yang hilang setelah dijumpai semula
            ~ perempuan yang memiliki mahar


( 7 ) PEMILIKAN HARTA SETELAH MENCAPAI SETAHUN, MENURUT KIRAAN TAHUN HIJRAH (TELAH CUKUP HAUL)
  •  Mazhab Hanafi – mesti sempurna nisab penghujung haul iaitu pada awal dan akhir haul sama ada harta itu kekal dengan sempurna atau tidak, maka harta itu wajib dikenakan zakat.

-Apabila seseorang memiliki harta yang telah mencapai nisab pada permulaan tahun, kemudian harta tersebut tetap utuh sampai berakhirnya tahun tersebut, maka wajib mengeluarkan zakat dengan syarat selama setahun tadi, harta tersebut tidak mengalami penyusutan secara penuh atau hilang kesemuanya

-  Zakat juga diwajibkan ketika harta berkurangan pada pertengahan tahun kemudian menjadi sempurna akhirnya. Berkurangnya nisab dalam masa haul tidak mencacatkan sekiranya nisab itu sempurna pada penghujung haul.

-Harta yang dimanfaatkan meskipun hibah atau warisan dianggap sebagai harta asli. Wajib zakat kerana pengiraan dan penentuannya sukar untuk dilakukan.

- Zakat tanaman dan buah-buahan wajib pada setiap musim meskipun tidak rosak atau busuk dan boleh dimanfaatkan walaupun belum tiba musim untuk mengutip hasilnya

  • Mazhab Maliki – jangka masa setahun menjadi syarat bagi zakat emas, perak, perniagaan & binatang ternakan. 
Harta yang dimanfaatkan dalam jangka masa setahun tetapi harta tersebut berupa hibah, warisan, jual-beli atau lain2, maka zakat tidak wajib mencapai masa setahun.

-Keuntungan yang mencapai jangka masa setahun bererti harta yang asli itu sendiri yang mencapai masa setahun.

- Zakat binatang ternakan disyaratkan supaya binatang tersebut berada di tempat pemiliknya. ( dalam kandang )

  • Mazhab Syafie – sama dengan Mazhab Maliki

-  Tempoh setahun yang sempurna dan berturut-turut menjadi syarat zakat kecuali binatang ternakan

- Apabila harta yang telah dimiliki berkurangan dalam masa setahun, masa haulnya dimulai lagi

- Apabila harta telah mencapai nisab secara utuh pada awal haul, kemudian pada pertengahannya mengalami kekurangan dan setelah itu utuh kembali, maka zakat tidak wajib kecuali dengan berlalu masa setahun yang sempurna dan hari yang sempurna.

- Harta yang selama perjalanan haul dimanfaatkan yang bukan daripada harta itu sendiri, maka berlaku haul yang baru yang tidak terikat dengan harta yang asli. Haulnya dimulai dari awal kerana pemilikan terhadap harta mengalami pembaharuan. Untuk mengira haul, harta tadi tidak boleh digabungkan dengan harta yang telah dimiliki sebelumnya.

  •  Mazhab Hanbali – tibanya masa haul menjadi syarat bagi zakat emas, perak, binatang ternakan & barang dagangan

-  Cukup nisab harta yang perlu dikeluarkan zakat patut kekal sepanjang setahun.

- Harta yang dalam tempoh haul dimanfaatkan , maka haulnya tidak terikat dengan harta yang asli.


(8) HARTA TERSEBUT BUKAN HASIL HUTANG
  • Mazhab Hanafi – syarat dalam semua zakat selain zakat harta ( biji-bijian & yang menghasilkan minyak tumbahan)
  •  Mazhab Hanbali – syarat dalam semua harta yang akan dikeluarkan zakat
  • Mazhab Maliki – syarat tersebut ditujukan kepada zakat emas & perak,
  • Mazhab Shafie – tidak termasuk dalam syarat

(9) HARTA YANG AKAN DIKELUARKAN ZAKAT MELEBIHI   KEPERLUAN ASAS
  •  Mazhab Hanafi – Melebihi Hutang & Keperluan Asas
  •   Mazhab Maliki – keperluan asas : harta yang dapat mencegah seseorang daripada ditimpa kebinasaan secara pasti

SYARAT SAH ZAKAT
1.  NIAT
  • Mazhab Hanafi – zakat tidak sah dikeluarkan kecuali disertai dengan niat yang dilakukan semasa pemberiannya.
  •  Mazhab Maliki – niat disyaratkan sewaktu harta diserahkan
  • Mazhab Shafie – niat wajib dilakukan dalam hati. Tidak disyaratkan diucapkan dengan lisan
  •   Mazhab Hanbali – niat menyatakan bahawa harta yang dikeluarkan zakat itu oleh diri sendiri atau mewakili orang lain


(2) TAMLIK ( MEMINDAHKAN PEMILIKAN HARTA KEPADA PENERIMANYA )
  •    Mazhab Hanafi – zakat tidak boleh diserahkan kepada orang gila @ anak kecil kecuali jika diambil oleh orang yang berhak mengambilnya
  •  Mazhab Maliki :-
*      ada haul @ harta yang baik @ telah ada di tangan
*      Serah kepada mustahiq (orang yang berhak menerima zakat)
*      Harta yang dikeluarkan zakat ialah harta yang wajib dizakati

rujukan

Mohamad Uda Kasim. 2005. Zakat : Teori, Kutipan dan Agihan. Kuala Lumpur : Penerbitan Utusan

Muhammad Ramzi Omar. 2004. Zakat Menurut Empat Mazhab. Selangor : Pustaka Ilmi

Wahbah al-Zuhaili. 1994. Fiqh & Perundangan Islam. 2 Jil. Terj. Md.Akhir Yaacob. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.