PENGENALAN
Perbezaan pendapat dalam kalangan umat Islam dalam bidang syariah
atau perundangan Islam dianggap satu rahmat kerana di sebalik perselisihan
pendapat ini telah membawa kepada pertemuan, perbincangan dan perbahasan di
antara alim ulama yang pakar dalam bidang tersebut sehingga satu keputusan
dapat dicapai.
Walau bagaimanapun perbezaan pendapat dalam bidang akidah lebih cenderung
kepada malapetaka serta peperangan saudara umat Islam. Ia mengakibatkan
perpecahan dalam kalangan umat Islam yang tidak diinginkan oleh Rasulullah
S.A.W dan seluruh umat Islam. Demikianlah kewujudan fahaman Syiah telah
menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Penularan
ajaran Syiah amat membimbangkan umat Islam di negara ini yang rata-ratanya
berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ajaran yang salah, batil serta
mungkar itu disifatkan sebagai 'virus' yang berupaya merosakkan keutuhan akidah
ummah. Penularan ajaran Syiah amat membimbangkan umat Islam di
negara ini yang rata-ratanya berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Aliran
Syiah mempunyai bermacam-macam-macam puak yang berlainan pegangan serta fahaman
mereka. Salah satunya ialah kelompok Zaidiyah. Fahaman golongan ini adalah
berbeza dari golongan Syiah yang lain yang lebih melampau darinya.
SYIAH ZAIDIYAH
Perkataan Syiah bererti golongan, kalangan atau pengikut sesuatu
fahaman yang tertentu. Syiah ialah nama kepada
sekumpulan manusia yang mengikut Sayidina Ali secara khusus. Mereka beranggapan
bahawa Ali mempunyai keistimewaan dalam hal imamah dan khalifah. Pada pandangan
mereka, kedudukan Ali dalam dua hal tersebut adalah berdasarkan nas syarak dan
wasiat Rasulullah S.A.W. Mereka mempercayai bahawa imamah tidak boleh terkeluar
daripada keluarga Ali. Jika tidak, ini menunjukkan yang ia diambil secara zalim
oleh orang yang menyandangnya atau direstui oleh Ali secara bertaqiyyah.
Antara faktor kemunculan Syiah ialah kewafatan Rasulullah S.A.W,
kemunculan pergerakan Abdullah Bin Saba’ di penghujung zaman Uthman R.A,
peperangan Siffin dan majlis tahkim, dan pembunuhan Hussien R.A.
Imam as-Syahrastani membahagikan syiah kepada lima golongan iaitu
Kisaniyah, Zaidiyah, Ghulaat, Imamiyah dan Ismailiyah. Kesemua golongan ini
adalah sama atau lebih menyeleweng kefahamannya dari Syiah Imamiyyah melainkan
Syiah Zaidiyah.
Syiah mempunyai kelompok yang ramai dengan pelbagai fahaman yang
berlainan. Namun kesemua kumpulan Syiah mempunyai iktikad yang sama, iaitu imam
mereka telah ditentukan dan dinaskan oleh syarak. Begitu juga, para nabi dan
imam wajib bersifat dengan maksum dari sebrang perbuatan dosa.
Terdapat banyak kumpulan dalam aliran Syiah. Setiap kumpulan
mempunyai fahaman tersendiri. Namun, mereka sepakat dalam tiga perkara.
Pertama, penentuan imam melalui nas-nas syarak merupakan suatu perkara yang
wajib. Kedua, para nabi dan imam wajib terpelihara dari sebarang dosa. Ketiga,
wajib memberikan wala’ kepada imam sama ada dengan perkataan, perbuatan dan
sumpah setia kecuali semasa bertaqiyyah.
Syiah Zaidiyah merupakan pengikut Zaid bin Ali bin al-Husin bin Ali
bin Abu Thalib. Mereka berpendapat bahawa hak imamah hanyalah pada zuriat
Fatimah R.A. Mereka tidak mengharuskan berlakunya imamah kepada orang lain.
Berdasarkan ini, satu kumpulan dari mereka telah mengesahkan imamah Muhammad
dan Ibrahim bin Abdullah al-Hassan yang lahir semasa pemerintahan al-Mansur dan
dibunuh di zamannya.
Zaid pernah bertengkar dengan saudaranya al-Baqir Muhammad bin Ali
kerana dia menuntut ilmu daripada Wasil bin Ata’ yang berpendapat Ali mungkin
silap semasa memerangi golongan yang menentangnya. Beliau juga berbeza pendapat
dengan saudaranya dalam hal penentuan imam, kerana beliau mensyaratkan untuk
menjadi imam seseorang itu mestilah tampil di hadapan orang ramai.
Kumpulan al-Zaidiyah berpecah kepada tiga kumpulan iaitu
al-Jarudiyah, al-Sulaimaniyah dan al-Butriyah. Ketiga-tiga kumpulan ini
sependapat dengan tentang imamah Zaid bin Ali bin al-Husain bin Ali. Kewujudan
kumpulan-kumpulan ini ialah semasa pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik.
RUJUKAN
Abu Bakar Aceh. 1972. Perbandingan Mazhab Syiah : Rasionalisme
Dalam Islam. Semarang : C.V Ramadhani.
Muhammad Ramzi Omar. 1999. Pembahagian Akidah Ahli Sunah Wal
Jamaah. Selangor : Pustaka Ilmi.
Yazid Bahrin. 1997. Syiah :
Siapakah Mereka Dan Sikap Kita Terhadap Mereka?. Johor : Perniagaan
Jahabersa.
No comments:
Post a Comment