PENGERTIAN
TAFSIR
Sejarah tafsir dimulai sejak awal turunnya al-Quran iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda merupakan orang pertama yang menghuraikan maksud ayat al-Quran dan menjelaskan kepada umatnya kerana baginda merupakan pesuruh Allah yang wajib untuk menyampaikan kandungan al-Quran.
Sejarah tafsir dimulai sejak awal turunnya al-Quran iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda merupakan orang pertama yang menghuraikan maksud ayat al-Quran dan menjelaskan kepada umatnya kerana baginda merupakan pesuruh Allah yang wajib untuk menyampaikan kandungan al-Quran.
Al-Zarkasyi
menyatakan bahawa dalam pengertian syara’, tafsir adalah ilmu untuk mengetahui
pemahaman al-Quran yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW., dengan menjelaskan makna-makna dan mengeluarkan
hukum-hukum serta hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya.
Manakala tafsir dari sudut istilah pula, al-Zarkashi menjelaskan
tafsir ialah memahami kitab Allah S.W.T yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
S.A.W, menerangkan maknanya, mengeluarkan hukum-hakamnya dan hikmah-hikmahnya
serta dibantu oleh ilmu bahasa, nahu, sarah,ilmu bayan, ilmu usul
fikah, ilmu qiraat dan ilmu bagi mengetahui sebab-sebab turunnya ayat dan nasikh
dan mansuh.
Pengertian yang
dibuat oleh al-Zarkashi ini lebih jelas dan lebih mudah kerana ia memberi lebih
penekanan dalam memahami pengertian tafsir dengan menghubungkannya dengan ilmu
bahasa yang menjadi asas untuk memahami al-Quran.
Tafsir bi al-ra’y mempunyai hubungan yang kuat dengan tafsir
‘ilmiy. Hal ini demikian kerana para ulama telah mengklasifikasikan tafsir
‘ilmiy tafsir sebagai al-ra’y.
PENGERTIAN TAFSIR ‘ILMIY
Pengertian ‘ilmiy ataupun sains ialah ilmu pengetahuan yang teratur
(sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya atau cabang ilmu
pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata seperti
fizik, kimia dan biologi.
Maka boleh kita
rumuskan bahawa sains adalah satu kumpulan ilmu yang tersusun dan teratur
berkaitan dengan fenomena-fenomena di dalam alam tabii yang bernyawa dan yang
tidak bernyawa dengan kaedah yang objektif melalui kajian eksperimen dan
cerapan untuk menghasilkan prinsip-prinsip dan kenyataan yang boleh dipercayai
dan diuji kebenarannya.
Manakala tafsir
‘ilmiy bermaksud tafsir yang membahaskan tentang ayat-ayat kawniyat yang
terdapat di dalam al-Quran dan kemudiannya mentafsirkannya berpandukan
teori-teori dan penemuan-penemuan sains yang tetap. Penemuan ini tidak
diketahui pada zaman penurunan al-Quran membuktikan al-Quran bukanlah ciptaan
Nabi S.A.W, namun ia adalah datangnya dari Allah Taala. Penemuan ini juga
adalah satu dari kelebihan al-Quran sebagai satu mukjizat.
PENDAPAT AL-ZARKASYI MENGENAI TAFSIR ‘ILMIY
Dalam kitabnya al-Burhan fi ‘Ulum al-Quran, al-Zarkasyi ada
memperkatakan tentang tafsir ‘ilmiy dengan membawa pendapat sesetengah daripada
kalangan sahabat seperti Ibnu Mas’ud dan ramai lagi. Beliau turut mengambil
pendapat al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din.
Beliau turut
menyatakan bahawa kitab Allah S.W.T adalah lautan yang amat dalam dan
kefahamannya adalah rumit, tidak dapat kita memahaminya melainkan mereka yang
begitu luas ilmu-ilmunya dan beribadat dengan perasaan taqwa kepada Allah S.W.T
sama ada secara tersembunyi atau terang-terangan serta menjauhi perkara-perkara
syubahat.
Kesimpulannya,
ilmu-ilmu tersebut kesemuanya termasuk dalam af’al Allah S.W.T dan
sifat-Nya. Apa yang terkandung dalam al-Quran adalah penjelasan kepada zat-Nya
serta sifat-Nya dan af’al-Nya. Semua ini menunjukkan bahawa al-Quran
mempunyai maksud yang amat luas. Lafaz-lafaz yang susah tidak dapat difahami
melainkan dengan memiliki cabang-cabang ilmu yang pelbagai dan untuk memahami
ilmu-ilmu tersebut hendaklah dengan menghubungkannya kepada jumlah ayat secara
keseluruhan di samping tidak mengabaikan maksud zahir ayat kerana tidak ada
keupayaan untuk sampai kepada maksudnya yang tersembunyi sebelum
benar-benar memahami maknanya yang
zahir
Seterusnya beliau berkata, sesiapa yang mendakwa memahami rahsia
al-Quran tetapi tidak mengetahui maksud zahirnya maka dia seperti seorang yang
mendakwa telah sampai ke halaman rumah sebelum melepasi pintunya.
CONTOH AYAT-AYAT KAWNIYAH MENURUT IMAM AL-ZARKASYI
1. Petir Dan
Hujan
Firman Allah dalam surah al-Ra’d ayat 12 yang bermaksud :
12.
Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan
petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan);
2. Air
Firman Allah Taala dalam Surah al-Anbiya’ ayat 30 yang bermaksud:
30…..
dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup…..
3. Manusia
Firman Allah Taala dalam surah Rum ayat 54 yang bermaksud :
54.
Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan
lemah itu ia menjadikan kamu kuat. setelah itu ia menjadikan kamu lemah pula
serta tua……
4. Siang
Firman Allah Taala dalam Surah
al-Takwir ayat 18 yang bermaksud :
18.
dan siang, apabila ia mulai terang;
5. Malam
Firman
Allah Taala dalam surah Yasin ayat 37 yang bermaksud :
37. malam; Kami hilangkan siang daripadanya,
RUJUKAN
Badr al-Din
Muhammad Bin Abdullah Al-Zarkasyi. 1988. Al-Burhan fi ‘Ulum
al-Quran. Jilid
2 & 3. Beirut : Dar al-Jail.
KH. Moenawar
Kholil. 1985. Al-Quran dari Masa ke Masa. Solo : Ramadhani.
Mazlan Ibrahim. 2002. Sejarah dan
Pandangan Ulama Tafsir Mengenai Tafsir Ilmiy.
Shah
Alam : Karisma Publication Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment