jin menurut al-quran
Al-DZariyat : 56-57 yang bermaksud :
56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
57. Aku
tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku
tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
Jin – to submit Allah
Al-Rahman : 33 yang bermaksud :
33. Wahai sekalian jin dan manusia! kalau kamu dapat menembus
keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari
kekuasaan dan balasan kami), maka cubalah kamu menembus keluar. kamu tidak akan
menembus keluar melainkan Dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan kami; masakan dapat)!
Al-Rahman : 14-15 yang bermaksud :
14. ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering
seperti tembikar,
15. dan
ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
- Jin dijadikan dari bara api
neraka
Al-Hijr : 26 yang bermaksud :
26. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari
tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan
baunya.
Al-Kahfi : 50 yang bermaksud :
50. dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada
malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan
Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap
perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan
keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain
daripadaKu? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. amatlah buruknya bagi
orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
- Iblis is a part of jin
- Iblis x mahu sujud dan
mengatakan bahawa dia diciptakan sebelum Nabi Adam.
Al-Jin : 6 yang bermaksud :
6. `Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan)
beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya : dengan meminta
pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu
mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
Al-A’raf : 27yang bermaksud :
27. Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga,
sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan
kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan
dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.
Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi
orang-orang yang tidak beriman.
Al-Naml : 36 yang bermaksud :
36. maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap
Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu
memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan
Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan
Aku Yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
Sad : 36-37 yang bermaksud :
36. maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan
baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke
arah mana sahaja yang hendak ditujunya;
37. dan
(Kami mudahkan baginya memerintah) jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan
kerja masing-masing).
Surah Al-Ahqaf : 17-18 yang bermaksud :
17. dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata
kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman): "Ah! Bosan
perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku
akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal berbagai umat sebelumku telah
berlalu (masih lagi belum kembali)? " sambil mendengar kata-katanya itu -
ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta
berkata (kepada anaknya yang ingkar itu): "Selamatkanlah dirimu! berimanlah
(tentang hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap
benar". lalu ia menjawab (dengan angkuhnya): "Semuanya itu hanyalah
cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala!"
18.
mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang Yang tetap menerima
hukuman (azab) bersama-sama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka -
dari kalangan jin dan manusia; kerana sesungguhnya mereka telah menyebabkan
diri mereka menjadi orang-orang yang rugi.
~ Jin ada
kemahuan besar, kemahiran tinggi
~mempunyai
kekuatan yang luar biasa (10x ganda manusia)
Cth : kisah
Nabi Sulaiman. Miracle of Allah – can speak to Ifrit to build a castle
~ blh masuk dlm
tubuh badan manusia
~Jin makan utk
mendapatkan tenaga. Jin makan sesuatu jenis makanan yang kita tidak tahu
kebaikannya. Kita tidak tahu bagaimana mereka makan makanan itu. (Kalau
manusia, sunnah guna tangan kanan)
~ sebahagian
Ulama mengatakan bahawa jin makan tulang
~tulang mayat
di makan oleh haiwan dalam tanah, bukan oleh jin. Jin mgkin makan sisa tulang
lebihan makanan manusia.
~ Jin akan mati
اصناف الجن
·
banyak jenis – baik & jahat
Surah Al-Jin : 11 yang bermaksud :
11.
`Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik
keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing
adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
Surah Al-Jin : 14-15 yang bermaksud :
14.
`Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara
kita golongan yang beragama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka
dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam
(dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh
mencari dan menurut jalan Yang benar,
15. `
adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi
bahan bakaran bagi neraka jahannam. '
-terdapat jin Muslim & jin kafir
Surah Al-An’am : 130 yang bermaksud :
130.
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul
dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu
(perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan
kamu dengan hari (kiamat) ini? mereka menjawab: "Kami menjadi saksi
mengakui akan (kesalahan) diri Kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul
itu)". dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan)
hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat)
terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (Apa Yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).
انواع الجن
1)
AL-AMMAR
Ø tinggal
di rumah manusia
Ø makan
& minum dgn tuan rumah
Ø tindih
Ø ikut
tabiat/perilaku tuan rumah
Ø kalau
tuan rumah baik, ia akan protect tuan rumah dari kejahatan & kesakitan
Ø kalau
tuan rumah buat maksiat, ia pun begitu & akan mempermainkan tuan rumah
Ibnu Hajar dalam Fathul Bari : “apabila tuan
rumah sediakan makan, maka ia akan turun.”
2) AL-SYAITAN
Ø شطن
Ø Ibnu
Aqil – syaitan drp jin
Ø Al-Syarir
– syaitan “marid” & syaitan drp gol syaitan2
Ø Org yg
buat maksiat drp gol jin & merupakan ank kpd iblis
Ø Abu
Yu’la – syaitan sama dgn jin
3) MARID
Ø Jin yg
kuat, mempunyai kudrat (tenaga) yg besar dan berbeza dgn jin2 yg lain
Ø Jamak
drp perkataan “muraddah”
Surah Al-Nisa : 117 yang bermaksud :
117.
apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala
(makhluk-makhluk Yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah
melainkan Syaitan Yang derhaka;
Surah Al-Haj : 3 yang bermaksud :
3.
dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan
Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.
4) IFRIT
Ø Ketua
jin
Ø Mengetuai
pembinaan castle (kisah Nabi Sulaiman & Puteri Balqis iaitu Ratu Saba’)
Al-Naml
: 39 yang bermaksud :
39.
berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu
sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat
gagah untuk membawanya, lagi amanah".
5) AL-GHAUL ( الغول )
Ø Sebahagian
ulama – x totally refer to syaitan (membatalkan apa yg tlh didakwa oleh org2
Arab)
Ø Mampu
menyesatkan manusia
Ø Boleh
masuk dlm tubuh manusia & blh menyerupai
6) AS-SA’ALI (السعالي)
Ø Digunakan
oleh ahli sihir, Tok Batin, Tok Bomoh, benda2 yg khurafat (jampi khurafat)
Ø Utk
tujuan santau, minta no ekor, sihir
Ø Imam
Nawawi – هم سحرة
الجن
Ø Susuk,
botox – mencantikkan/ menghias/ mengkhayalkan manusia
TEMPAT KEMBALI JIN DI AKHIRAT
· Jin
kufar di neraka
Surah Al-A’raf : 179 yang bermaksud :
179. dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk
neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak
mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi)
tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga
(tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu
seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang yang lalai.
Surah Al-Hud : 119 yang bermaksud :
119. tetapi orang-orang yang telah diberi
rahmat oleh Tuhanmu, (Mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk
(perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. dan dengan yang
demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka
jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".
Surah Al-Sajdah : 13 yang bermaksud :
13. dan (bagi menolak rayuan itu Allah
Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan
hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang
Dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap
seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya
tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi
sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka jahannam Dengan semua jin dan manusia
(yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".
· Jin
mukmin di syurga
Surah Al-Jin : 13yang bermaksud :
13. `Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika
mendengar petunjuk (Al-Quran), Kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh
lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan
merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak
akan ditimpakan sebarang kesusahan.
Surah Thaha : 112 yang bermaksud :
112. dan sesiapa yang mengerjakan sebarang
apa dari amal-amal yang soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah (seharusnya) ia
merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalaNya.
Surah Al-Rahman : 56-57 yang bermaksud :
56. di dalam Syurga-syurga itu terdapat
bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang
tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
57. maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang
kamu hendak dustakan?
No comments:
Post a Comment