PENDAHULUAN
Sistem kepercayaan orang
Melayu pada dasarnya digambarkan sebagai interaksi tiga penjuru iaitu antara
agama Islam, kepercayaan tradisi dan pengetahuan empirikal yang diasaskan oleh
pelajaran Barat.
Dalam tugasan ini, penulis memfokuskan
kepada kepercayaan tradisi. Kepercayaan tradisi ini merupakan warisan dari
nenek moyang mereka yang terdahulu. Adat dan budaya tradisional ini ada yang selaras
dengan nilai-nilai Islam, namun ada juga yang sebaliknya.
Ramai dalam kalangan orang
Melayu yang masih berpegang dengan kepercayaan-kepercayaan tradisi walaupun ada
yang kebenarannya boleh dipertikai. Hal ini mungkin disebabkan kepercayaan ini
disampaikan oleh ahli keluarga mereka sendiri seperti moyang, datuk dan nenek,
ibu dan ayah dan lain-lain.
Namun begitu, ia tidak
bermaksud bahawa kesemua kepercayaan yang menjadi pegangan kebanyakan orang
Melayu itu salah. Ada yang mungkin benar dan mempunyai penjelasan yang logik
dan saintifik berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka.
Dalam tugasan ini,
penulis telah memilih untuk mengkaji mengenai kepercayaan orang Melayu mengenai
memelihara ikan puyu di dalam rumah yang dikatakan dapat menangkis ilmu pukau
yang ingin ditujukan kepada tuan rumah tersebut. Penulis ingin mengetahui
sejauh mana kebenaran kepercayaan ini.
PUKAU
Menurut Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, pukau merupakan suatu ilmu
atau teknik yang digunakan di Barat iaitu dinamakan sebagai ‘hypnotism’ atau
disebut dengan istilah ‘hypnotic’. Kamus dewan merujuk ‘hypnotism’ sebagai memukau
atau terpukau, sama juga dengan ‘hypnotic’ yang disebut sebagai renungan yang
memukau.
Umum mengetahui bahawa
‘hypnotism’ ada suatu teknik penguasaan diri sendiri melalui beberapa latihan
kerohanian dan teknik memandang ke arah sesuatu perkara atau objek termasuk
manusia. Dikatakan boleh berlaku dengan pancaran kekuatan dalaman orang yang
mengamalkan ‘hypnotism’ ini, boleh mendatangkan suatu tenaga khusus baginya
untuk menguasai orang lain.
Ia termasuk menidurkan
orang yang sedang sedar atau menguasai fikiran orang itu dengan tenungan dan
kadang-kadang dengan hembusan. Teknik hembusan juga termasuk dalam salah satu
cabang ilmu sihir dengan kekuatan kuasa hembusan yang dikaitkan dengan asosiasi
(perhubungan) dengan makhluk halus, maka berlaku penguasaan sepenuhnya atau
sebahagian ke atas seseorang.
Pengasas Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek
Abdul Ladzim Al Azhari menyatakan bahawa ilmu pukau merupakan sebahagian dari
ilmu sihir yang wujud sejak zaman Nabi Musa A.S lagi.
Menurutnya lagi, pukau akan menyebabkan
seseorang itu dikuasai jin kafir yang melakukan perjanjian dengan tuannya untuk
merosakkan seseorang yang dikehendaki. Pukau boleh berlaku melalui hembusan
asap rokok, tenungan mata, perbualan, minuman, telefon iaitu percakapan atau
sistem pesanan ringkas (sms), membuang najis dan membuang pakaian buruk di
hadapan rumah
Pukau itu membuatkan
orang yang sedang tidur akan tidur semakin nyenyak hingga tidak menyedari apa
yang berlaku di sekelilingnya. Terdapat juga pukau orang yang dalam keadaan
sedar, yang mana boleh berdialog dengannya tetapi mindanya telah dikuasai oleh
si pemukau sehingga menurut apa sahaja kehendak si pemukau tanpa daya melawan
atau melepaskan diri daripadanya.
Menurut Ar Razi,
jenis-jenis sihir ada lapan. Salah satu daripadanya adalah pukau. Prinsipnya
bahawa mata kadang-kadang boleh salah dan melihat kepada sesuatu tanpa dapat
melihat selainnya.
Dalil Al-Quran Mengenai Pengaruh Mata
Firman Allah SWT dalam surah
al-Qalam ayat 51 yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir
menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran
dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gila.”
Allah Taala juga berfirman dalam surah Yusuf ayat 67-68yang bermaksud :
67. dan ia berkata lagi: "Wahai
anak-anakku! janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja,
tetapi masuklah dari beberapa buah pintu Yang berlainan. dan Aku (dengan
nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir Yang telah
ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya
tertentu bagi Allah. kepadaNyalah Aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya
berserah orang-orang Yang mahu berserah diri".
68. dan ketika mereka masuk menurut arah Yang diperintahkan oleh
bapa mereka, tidaklah perintahNya itu dapat menyelamatkan mereka dari apa Yang
telah ditakdirkan oleh Allah sedikitpun, tetapi Yang demikian itu hanyalah
melahirkan hajat Yang terpendam Dalam hati Nabi Yaakub. dan Sesungguhnya ia
orang Yang berilmu, kerana Kami telah mengajarnya (dengan perantaraan wahyu);
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (akan rahsia takdir Tuhan).
Menurut Ibnu Kathir,
ayat ini ialah mengenai Nabi Ya’qub semasa dia memerintahkan anak-anaknya
mempersiapkan diri mereka bersama saudara mereka, Bunyamin untuk pergi ke Mesir
agar mereka tidak masuk dari satu pintu, tetapi hendaklah dari beberapa pintu
yang berlainan.
Sesungguhnya Nabi Ya’qub
sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Abbas, Mujahid dan lain-lain risaukan
mereka dari pengaruh mata kerana anak-anak Ya’qub tersebut kacak-kacak dan
mempunyai penampilan yang menawan. (Wahid Abdus Salam Bali, 1997 : 179-180 )
Dalil Al-Sunah Mengenai Pengaruh Mata
عن أبي هريرة
رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "العين حق".
“Rasulullah S.A.W bersabda al-‘ain ( pandangan mata ) adalah benar
(boleh berlaku).”
Dari Abu Dzarr r.a, ia
berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya mata dapat memperdaya seseorang dengan izin Allah
sehingga ia naik ke tempat yang tinggi lalu jatuh darinya.”
Ibnu Abbas r.a berkata,
“Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan
sesuatu keburukan adalah benar ( boleh berlaku ). Andainya ada sesuatu yang
seolah-olah mendahului al-Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”
Pendapat Ulama Tentang Hakikat ( Pengaruh
) Mata
Ibnu Kathir berkata : Terkena mata dan pengaruhnya adalah benar,
dengan izin Allah.
Ibnu Hajar berkata : Hakikat mata ialah pandangan yang baik
bercampur dengan kedengkian dari seseorang yang bertabiat buruk sehingga
terjadilah bahaya pada orang yang dilihat.
Amalan Untuk Elak Pukau
Pertama sekali ialah
kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Firman Allah Taala
dalam Surah al-Israa’ ayat 82 yang bermaksud :
82. dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur
dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi
orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan
orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Hadis
yang diriwayatkan dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah S.A.W masuk ketika ada
seorang wanita yang sedang diubati dan dibacakan ruqyah, lalu Nabi S.A.W
bersabda kepadanya :
عالجيها
بكتاب الله
“Ubatilah dengan kitab
Allah”
Menurut Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, amalan berikut perlu
sentiasa diamalkan untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau :
1.
Baca
doa berikut:
“Dengan nama Allah, tidak
akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari
langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.”
2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua
bahaya.
Manakala menurut Pengasas
Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Abdul Ladzim Al Azhari,
cara paling mudah seseorang itu mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau
ialah dengan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk supaya jin dan syaitan tidak
dapat menguasai diri kita. Latihan seperti itu perlu diamalkan supaya niat
jahat seseorang itu tidak berjaya kerana hanya wuduk mampu mematahkan semua
niat jahat ingin diperlakukan kepada kita.
Beliau berkata demikian
ketika diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro mengenai seorang pesara
yang kerugian RM50,000 selepas dipukau seorang lelaki berperwatakan alim dengan
hanya menepuk bahu. Lelaki berkenaan mampu membuatkan mangsanya secara tanpa
disedari menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kemas kepadanya.
Katanya, banyak lagi
cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ini
iaitu dengan mengamalkan ayat suci al-Quran dan zikir sebagai benteng untuk
diri. Sukar untuk dipercayai,
sekadar membela ikan boleh menghindari kejadian seperti itu. Hakikatnya,
kuasa Allah S.W.T mengatasi kuasa yang ada pada semua Allah. Tidak ada kuasa
yang mampu menandingi kuasa Allah S.W.T. Sesungguhnya kuasa Allah S.W.T amat
hebat berbanding dengan kuasa yang ada pada manusia walaupun sehebat mana ilmu
sihirnya.
KESIMPULAN
Sebagai
kesimpulannya, ikan puyu tidak boleh dianggap sebagai pelindung seseorang dari
terkena ilmu pukau
Hal
ini demikian kerana jika Allah berkehendak, biarlah seseorang itu membela
sebanyak mana ikan puyu sekalipun, dia tidak mungkin dapat mengelak dari
ketentuan Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Sukar untuk dipercayai, sekadar membela
ikan boleh menghindari kejadian seperti itu. Bagaimanapun untuk menghindarinya,
lebih baik kita rujuk kepada amalan-amalan sunnah.
Sebaik-baik pendinding adalah ayat-ayat
Allah, dan jika jiwa kita tenang, Allah pasti melindungi kita dari musibah ilmu
hitam dan gangguan syaitan. Janganlah kita mensyirikkan Allah dengan melebihkan
ikan Puyu dari memuji keagungan Allah yang mencipta ikan puyu itu.
RUJUKAN
Amini
Amir Abdullah, Alzasha Illiyyin Zainal Alam. 2011. Ancaman Sihir Dan Kejahatan Syaitan. Kuala Lumpur :
Must Read Sdn. Bhd.
Amran
Kasimin. 2009. Sihir Suatu Amalan Kebatilam. Bangi : Penerbit UKM.
Wahid Abdus Salam Bali. 1997. Sihir Dan Cara Pengubatannya
Menurut Islam. Terj. Annur
Rafiq Shaleh Tamhid. Selangor : Albaz Publishing & Distribution Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment