Nama & Tugas Malaikat
1)
Jibril – Menyampaikan
wahyu
2)
Mikail – menurunkan
rezeki, hujan
3)
Israfil – meniup
sangkakala (thromphet)
4)
Izrail – mencabut nyawa
5)
Munkar – menyoal di dalam
kubur
6)
Nakir – menyoal di dalam kubur
7)
Raqib – menulis amalan baik
8)
Atid – menulis amalan
jahat
9)
Ridwan – menjaga pintu
syurga
10) Malek – menjaga pintu neraka
Issue
Whether People Or Angle More Better
Al-Isra’ : 62 yang bermaksud :
62. ia berkata lagi:
"Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya Yang Engkau muliakan mengatasiku?
jika Engkau beri tempoh kepadaKu hingga hari kiamat, tentulah Aku akan
memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di
antaranya)".
Al Tin : 4 yang bermaksud :
4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan
keadaannya).
- tanah (sand) lebih baik dari
api
-Allah minta semua
Malaikat untuk sujud (submit) kepada Nabi Adam
*kerana manusia dimuliakan
-Malaikat ada akal, tiada syahwat
- Manusia ada akal &
syahwat = to have generation
Al-Shaad : 75 yang bermaksud :
75. Allah berfirman:
" hai lblis! apa Yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) Yang
Aku telah ciptakan Dengan kekuasaanKu? Adakah Engkau berlaku sombong takbur,
ataupun Engkau dari golongan Yang tertinggi? "
التفضيل الأنبياء من الملائكة...
Al-Anbiya’ : 27 yang bermaksud :
27.
mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkanNya.
Al-A’raf : 20 yang bermaksud :
20. setelah itu maka
Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia
menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari
(pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu
daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua
menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang Yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".
Surah Yusuf : 21 yang bermaksud :
21.
dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli
Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga
ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". dan demikianlah
caranya Kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan
disayangi), dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. dan
Allah Maha Kuasa melakukan Segala perkara Yang telah ditetapkanNya, akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Al-An’am : 50 yang bermaksud :
50.
Katakanlah (Wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa)
perbendaharaan Allah ada di sisiKu, dan Aku pula tidak mengetahui
perkara-perkara yang ghaib; Aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya
Aku ini malaikat, Aku tidak menurut melainkan apa Yang diwahyukan
kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang Yang celik? tidakkah kamu mahu berfikir?"
Pendapat Yg Mengatakan Malaikat Lebih Baik Dari
Anbiya’
-Malaikat tidak pernah melanggar perintah Allah
& tiada dosa
(Mereka kata Malaikat lbh baik dari Nabi Adam )
Sumber : Kuliah Kajian Rohaniyyat & Samiyyat bersama Dr. Ahmad Yunus B. Mohd Noor
No comments:
Post a Comment