“DEFINISI,
HUKUM,
SYARAT, DAN JENIS-JENIS HARTA YANG DIKENAKAN ZAKAT”
SYARAT, DAN JENIS-JENIS HARTA YANG DIKENAKAN ZAKAT”
Definisi
zakat
- MAZHAB MALIKI – “mengeluarkan sebahagian yang tertentu daripada harta yang tertentu, yang cukup nisab, kepada orang yang berhak ke atasnya, jika sempurna milik dan cukup haul, tetapi bagi barang galian dan tanaman tidak dikira haul.
- MAZHAB HANAFI – “ menjadikan sebahagian harta yang khusus daripada harta yang khusus sebagai milik orang yang khusus, yang ditentukan oleh syarak kerana Allah S.W.T. “
- MAZHAB SYAFI’E – “ satu ungkapan untuk pengeluaran harta tertentu secara wajib dan diagihkan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syarat wajibnya.”
- MAZHAB HANBALI – “ hak yang wajib dikeluarkan daripada harta yang khusus untuk kelompok yang khusus juga.
Hukum
zakat
- Merupakan rukun Islam yang ke-4
- Hukum : WAJIB
- Diwajibkan di Madinah dalam bulan syawal tahun kedua Hijrah
- “ Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat” ( Al-Nisa’ : 77 )
- Ijma’ para sahabat – perangi orang yang enggan membayar zakat ( zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar )
SYARAT
WAJIB ZAKAT
( 1 )
MERDEKA
- JUMHUR ULAMA’ – zakat tidak diwajibkan terhadap hamba kerana hamba tidak mempunyai hak milik. Kewajipan zakat dipertanggungjawabkan terhadap tuannya.
- MAZHAB MALIKI – tidak dikenakan zakat ke atas harta seorang hamba, ke atas hamba dan juga ke atas tuannya sebab milik hamba tidak sempurna, sedangkan zakat hanya dikenakan ke atas harta milik sempurna. Tuan kepada hamba tidak berhak terhadap harta hambanya.
( 2 )
ISLAM
- Ijma’ Ulama’ – zakat tidak diwajibkan kepada orang kafir. ( Kafir asli dan murtad )
- Mazhab Shafie – mewajibkan golongan murtad untuk mengeluarkan zakat hartanya yang diperoleh sebelum murtad.
- Mazhab Hanafi – riddah menggugurkan kewajipan zakat
- Para fukaha tidak mewajibkan zakat ke atas orang kafir asli kecuali dalam 2 bentuk :
1.
Harta Perniagaan
·
Mazhab
Maliki, Hanbali, Syafie – harta perniagaan yang di bawa oleh kafir dhimmi ke
Makkah & Madinah atau mana-mana daerah sekitarnya diambil 1/10 daripadanya
·
Mazhab
Maliki – 1/10
·
Mazhab
Hanafi – kafir dhimmi ( 1/20 )
-
kafir
harbi ( 1/10 )
·
Mazhab
Shafie – harta kafir harbi tidak diambil kecuali ada perjanjian
2. Harta Nasrani Bani Taghlub
·
Mazhab
Hanafi, Syafie & Hanbali – zakat diambil daripada harta Bani Taghlub secara
berganda. ( sebagai pengganti ufti )
·
Mazhab
Maliki – perkara ini tidak dinaskan dalam Islam.
( 3 ) BALIGH & BERAKAL
- Mazhab Hanafi – merupakan syarat zakat. Zakat tidak wajib diambil dari harta anak kecil & orang gila
- Jumhur Ulama’ – bukan syarat. Zakat wajib dikeluarkan daripada harta anak kecil dan orang gila oleh walinya.
( 4 ) HARTA YANG DIKELUARKAN MESTILAH HARTA
YANG WAJIB DIZAKATI (SUBUR @ BOLEH DISUBURKAN )
- 5 jenis : emas & perak, harta karun & barang temuan, barang perniagaan, hasil tanaman, buah-buahan dan binatang ternak yang merumput sendiri. Mazhab Maliki – binatang yang diberi makan oleh pemiliknya.
- Jumhur ulama’ – harta yang berkembang seperti perniagaan ataupun berupa binatang untuk diternak.
- Mazhab Hanafi – wajib keluarkan zakat bagi kuda yang di gembala di padang rumput untuk tujuan mendapat benih. Pendapat yang difatwakan ialah tidak dikenakan zakat.
- Madu ( Manisan ) – Mazhab Hanafi, Hanbali & Zhahiri mewajibkan zakat
- Mazhab Maliki & Shafie tidak mewajibkan
zakat di keluarkan ke atas madu.
( 5 ) HARTA YANG DIZAKATI TELAH MENCAPAI NISAB
ATAU SENILAI DENGANNYA
- Nisab emas (20 mithqal @ 1 dinar), perak ( 200 dirham )
- Mazhab SELAIN Hanafi – nisab biji-bijian & buah-buahan setelah dikeringkan (653 kg)
- Nisab kambing ( 40 ekor ), unta ( 5 ekor ), lembu ( 30 ekor )
( 6 ) HARTA YANG DIZAKATI MERUPAKAN MILIK PENUH
- Mazhab Hanafi – harta milik ialah harta yang dimiliki secara utuh dan berada di tangan sendiri yang benar-benar dimiliki.
Oleh
itu, zakat tidak diwajibkan kepada :
~ binatang wakaf yang digembalakan
~ harta yang berada di bawah
kekuasaan musuh dan dibawa ke negaranya
~ tanaman yang tumbuh di tanah yang
mubah
~ harta yang diperoleh daripada
pinjaman atau secara hutang
~ harta mahar seorang perempuan yang
belum dimiliki olehnya
~ harta yang hilang, harta yang
tenggelam di laut
~ harta yang disita oleh penguasa
~ harta yang dipinjamkan dan
diingkari oleh penghutangnya
~ harta yang tertanam di padang
pasir yang jika pemilik tidak ingat tempatnya
- Mazhab Maliki – milik sempurna ialah pemilikan dan keupayaan untuk mengurus pada perkara yang dimiliki
Zakat
tidak di wajibkan :
~ harta yang digadai
~ harta mubah yang dimiliki secara
umum (milik bersama)
~ orang yang tidak menjadi pemilik
sebuah harta
Zakat diwajibkan kepada :
~ perempuan yang mempunyai mahar
yang telah dipegang olehnya dan telah mencapai masa setahun
~ Pewakaf yang harta wakafnya telah
mencapai nisab atau harta tersebut kurang
daripada nisab, tetapi dia memiliki harta yang lain yang boleh mencukupkan nisab harta yang
diwakafkan olehnya. Dengan syarat dia berkuasa
untuk melakukan apa saja terhadap harta wakaf tersebut.
~ harta hasil rampasan, curian,
diingkari, terpendam di sebuah tempat & harta yang hilang apabila diterimanya
~harta yang disimpan seseorang jika
tersimpan beberapa tahun di sisi penyimpan
- Mazhab Shafie – harta yang dimiliki secara penuh kesempurnaan pemilikan dan keupayaan mengurus.
Oleh itu, harta yang tidak wajib
dizakat :
~ seorang tuan hamba tidak wajib
mengeluarkan zakat daripada harta hamba mukatab
yang akan menebus dirinya kerana dia tidak mempunyai kuasa mengurus pada harta itu.
~ harta wakaf kerana ia adalah milik
umum manusia
~ harta mubah
Diwajibkan zakat :
~ menyewa tanah wakaf yang disewakan
~ harta wakaf yang ditentukan
~ harta hasil rampasan, harta yang
hilang, barang penemuan pada tahun pertama,
harta hasil curian, harta yang tenggelam di dasar laut, harta yang tidak berada dalam genggaman tangan
dan harta yang diamanahkan setelah harta
tersebut dikembalikan
~ barang yang dijumpai setelah
mencapai tempoh setahun
~ setelah mahar berada di tangan
seseorang perempuan
~ orang yang berhutang wajib
mengeluarkan zakat daripada harta yang dihutang
daripada orang lain dengan syarat harta itu telah mencapai masa setahun.
- Mazhab Hanbali – milik sempurna mestilah mencukupi syarat pemilikan dan mestilah berkeupayaan mengurus menurut kehendaknya.
Zakat tidak diwajibkan :
~ harta wakaf yang tidak ditentukan
Zakat diwajibkan :
~ harta wakaf yang ditentukan
~ harta hasil rompakan atau
rampasan, hasil curian, harta hasil hutang serta harta yang hilang setelah dijumpai semula
~ perempuan yang memiliki mahar
( 7
) PEMILIKAN
HARTA SETELAH MENCAPAI SETAHUN, MENURUT KIRAAN TAHUN HIJRAH (TELAH CUKUP HAUL)
- Mazhab Hanafi – mesti sempurna nisab penghujung haul iaitu pada awal dan akhir haul sama ada harta itu kekal dengan sempurna atau tidak, maka harta itu wajib dikenakan zakat.
-Apabila seseorang memiliki harta yang telah mencapai nisab pada
permulaan tahun, kemudian harta tersebut tetap utuh sampai berakhirnya tahun
tersebut, maka wajib mengeluarkan zakat dengan syarat selama setahun tadi,
harta tersebut tidak mengalami penyusutan secara penuh atau hilang kesemuanya
- Zakat juga diwajibkan ketika harta berkurangan pada pertengahan
tahun kemudian menjadi sempurna akhirnya. Berkurangnya nisab dalam masa haul
tidak mencacatkan sekiranya nisab itu sempurna pada penghujung haul.
-Harta yang dimanfaatkan meskipun hibah atau warisan dianggap
sebagai harta asli. Wajib zakat kerana pengiraan dan penentuannya sukar untuk
dilakukan.
- Zakat tanaman dan buah-buahan wajib pada setiap musim meskipun
tidak rosak atau busuk dan boleh dimanfaatkan walaupun belum tiba musim untuk
mengutip hasilnya
- Mazhab Maliki – jangka masa setahun menjadi syarat bagi zakat emas, perak, perniagaan & binatang ternakan.
- Harta yang dimanfaatkan dalam jangka masa setahun tetapi harta
tersebut berupa hibah, warisan, jual-beli atau lain2, maka zakat tidak wajib
mencapai masa setahun.
-Keuntungan yang mencapai jangka masa setahun bererti harta yang
asli itu sendiri yang mencapai masa setahun.
- Zakat binatang ternakan disyaratkan supaya binatang tersebut berada
di tempat pemiliknya. ( dalam kandang )
- Mazhab Syafie – sama dengan Mazhab Maliki
- Tempoh setahun yang sempurna dan berturut-turut menjadi syarat
zakat kecuali binatang ternakan
- Apabila harta yang telah dimiliki berkurangan dalam masa setahun,
masa haulnya dimulai lagi
- Apabila harta telah mencapai nisab secara utuh pada awal haul,
kemudian pada pertengahannya mengalami kekurangan dan setelah itu utuh kembali,
maka zakat tidak wajib kecuali dengan berlalu masa setahun yang sempurna dan
hari yang sempurna.
- Harta yang selama perjalanan haul dimanfaatkan yang bukan daripada
harta itu sendiri, maka berlaku haul yang baru yang tidak terikat dengan harta
yang asli. Haulnya dimulai dari awal kerana pemilikan terhadap harta mengalami
pembaharuan. Untuk mengira haul, harta tadi tidak boleh digabungkan dengan
harta yang telah dimiliki sebelumnya.
- Mazhab Hanbali – tibanya masa haul menjadi syarat bagi zakat emas, perak, binatang ternakan & barang dagangan
- Cukup nisab harta yang perlu dikeluarkan zakat patut kekal
sepanjang setahun.
- Harta yang dalam tempoh haul dimanfaatkan , maka haulnya tidak
terikat dengan harta yang asli.
(8) HARTA TERSEBUT BUKAN HASIL HUTANG
- Mazhab Hanafi – syarat dalam semua zakat selain zakat harta ( biji-bijian & yang menghasilkan minyak tumbahan)
- Mazhab Hanbali – syarat dalam semua harta yang akan dikeluarkan zakat
- Mazhab Maliki – syarat tersebut ditujukan kepada zakat emas & perak,
- Mazhab Shafie – tidak termasuk dalam syarat
(9) HARTA YANG AKAN DIKELUARKAN ZAKAT MELEBIHI KEPERLUAN ASAS
- Mazhab Hanafi – Melebihi Hutang & Keperluan Asas
- Mazhab Maliki – keperluan asas : harta yang dapat mencegah seseorang daripada ditimpa kebinasaan secara pasti
SYARAT
SAH ZAKAT
1. NIAT
- Mazhab Hanafi – zakat tidak sah dikeluarkan kecuali disertai dengan niat yang dilakukan semasa pemberiannya.
- Mazhab Maliki – niat disyaratkan sewaktu harta diserahkan
- Mazhab Shafie – niat wajib dilakukan dalam hati. Tidak disyaratkan diucapkan dengan lisan
- Mazhab Hanbali – niat menyatakan bahawa harta yang dikeluarkan zakat itu oleh diri sendiri atau mewakili orang lain
(2) TAMLIK ( MEMINDAHKAN PEMILIKAN HARTA KEPADA
PENERIMANYA )
- Mazhab Hanafi – zakat tidak boleh diserahkan kepada orang gila @ anak kecil kecuali jika diambil oleh orang yang berhak mengambilnya
- Mazhab Maliki :-
ada
haul @ harta yang baik @ telah ada di tangan
Serah
kepada mustahiq (orang yang berhak menerima zakat)
Harta
yang dikeluarkan zakat ialah harta yang wajib dizakati
rujukan
Mohamad Uda Kasim. 2005. Zakat : Teori, Kutipan dan Agihan. Kuala
Lumpur : Penerbitan Utusan
Muhammad Ramzi Omar. 2004. Zakat Menurut Empat Mazhab. Selangor :
Pustaka Ilmi
Wahbah al-Zuhaili. 1994. Fiqh & Perundangan Islam. 2 Jil. Terj.
Md.Akhir Yaacob. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
No comments:
Post a Comment