Nama
sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad Abu Mansur al-Maturidi.Beliau
dilahirkan di Maturid,sebuah kota di Samarkand, Uzbekistan pada pertengahan
abad ke-3 Hijrah,iaitu pada tahun 853 Masihi.Beliau meninggal dunia pada tahun
333 Hijrah.
Didalam bidang ilmu agama,beliau
berguru dengan Abu Nasr al-‘Ayadi dan Abu Bakr Ahmad al-Jawzajani.Beliau banyak
menulis tentang Mu’tazilah,Qarmati,dan Syiah.
Abu Mansur Al-Maturidi hidup sezaman denganAsy’ari.Beliau adalah
pengikut mazhab Hanafi dan pengikut Abu Hanifah.Sebagai pengikut Abu
Hanifah,al-Maturidi banyak menggunakan akal dalam sistem teologinya
Dalam soal sifat-sifat Tuhan,beliau sependapat dengan
al-Asy’ari.Menurutnya,Tuhan juga mempunyai sifat-sifat,maka menurut
pendapatnya,Tuhan mengetahui bukan kerana zat-Nya,tetapi mengetahui dengan
pengetahuan-Nya.
Dalam soal hikmat dan tujuan
perbuatan Tuhan,al-Maturidi berpendapat memang benar perbuatan Tuhan
mengandungi hikmah kebijaksanaan baik dalam penciptaan-Nya mahupun dalam
perintah dan larangan-Nya.Namun begitu,perbuatan Tuhan tersebut tidak kerana di
paksa.
. Manakala dalam soal
perbuatan-perbuatan manusia,al-Maturidi sependapat dengan golongan Mu’tazilah
bahawa manusialah sebenarnya yang mewujudkan perbuatan-perbuatannya.Dengan
demikian,dia mempunyai fahaman qadariah bukan jabariah atau kasb asy’ari.
Sama dengan Asya’ri,al-Maturidi
menolak ajaran Mu’tazilah tentang al-salah wa al-aslah,tetapi di samping itu
al-Maturidi berpendapat bahawa Tuhan mempunyai kewajipan –kewajipan tertentu. Al-Maturidi
juga tidak sependapat dengan Mu’tazilah tentang masalah al-Quran yang
menimbulkan kehebohan waktu itu. Sebagaimana Asy’ari mengatakan bahawa kalam
atau sabda Tuhan tidak diciptakan,tetapi bersifat qadim.
Mengenai soal dosa besar,al-Maturidi
sependapat dengan al-Asy’ari iaitu orang yang berdosa besar masih tetap
mukmin,dan soal dosa besarnya akan ditentukan Tuhan kelak di akhirat.Beliau
turut menolak fahaman sesetengah golongan Mu’tazilah.Tetapi dalam soal
al-wa’d wa al-wa’id al-Maturidi
sependapat dengan Mu’tazilah.Janji-janji dan ancaman-ancaman Tuhan,tidak boleh
tidak mesti terjadi kelak.
Salah satu pengikut penting dari
al-maturidi ialah Abu al-Yusuf Muhammad al-Bazdawi.Nenek al-Bazdawi adalah
murid dari al-Maturidi,dan al-Bazdawi mengetahui ajaran-ajaran al-Maturidi dari
orang tuanya.Al-Bazdawi sendiri mempunyai murid-murid dan salah seorang
mereka adalah Najmm al-Din Muhammad
al-Nasafi,pengarang buku al-Aqai’dal
Nasafiah.
Sebagaimana al’Baqillani dan
al-Juwaini,al-Bazdawi tidak pula selamanya sefahaman dengan
al-Maturidi.Kemudian di antara tokoh aliran Maturidiah ini terdapat fahaman
sehingga dapat dikatakan bahawa dalam aliran al-Maturidiah terdapat dua
golongan,iaitu golongan Samarqand iaitu pengikut-pengikut al-Maturidi sendiri,,dan
golongan Bukhara iaitu golongan al-Bazdawi.Jika golongan Samarqand mempunyai
fahaman-fahaman yang lebih menjurus kepada fahaman Mu’tazilah,maka golongan
Bukhara lebih cenderung kepada fahaman aliran asy’ariyah.
Imam Maturidi amat berjasa bagi
menegakkan fahaman Ahli Sunnah kerana negeri-negeri di sekelilingnya dapat
dikawal dari fahaman Mu’tazilah dan aliran-aliran yang menyeleweng daripada
kepercayaan Islam yang murni.
Beliau membanteras pegangan-pegangan
yang salah itu dengan menulis bermacam-macam kitab yang mudah difahami oleh
orang awam.Hujahnya berdasarkan dalil akal fikiran yang sihat dan dalil syarak
yang dapat diterima orang sehingga dapat menghilangkan keraguan yang timbul
pada masa itu.
Dalam menentang Mu’tazilah,Imam
Maturidi sependapat dengan Imam Asy’ari bahawa di dalam menetapkan hukum tidak
hanya menggunakan akal fikiran saja dengan meninggalkan al-Quran dan al-Sunnah
seperti fahaman Mu’tazilah.
Tetapi dalam menentukan mana yang
lebih didahulukan sebagai dasar penetapan itu,akalkah atau al-Quran dan al-Sunnah
yang didahulukan,ternyata keduanya berbeza pendapat.Imam Maturidi memberikan
kekuasaan luas kepada akal daripada apa yang diberikan oleh Imam Asy’ari.
Pendirian tersebut digunakan tidak
hanya dalam bidang keimanan kepada Allah sahaja,tetapi di dalam segala
persoalan seperti baik buruk terhadap perlanggaran dosa,ikhtiar manusia,hukuman
bagi mukmin dan kafir,penciptaan alam,zat dan sifat Allah dan sebagainya lagi.
Fahaman Maturidiyyah mengatakan
bahawa mengenali Allah itu dwajibkan oleh akal.Hal ini sangat berbeza dengan
fahaman Asy’ariah yang mengatakan bahawa mengenali Allah itu diwajibkan oleh
syarak.Selain itu,fahaman Maturidi mengatakan bahawa setiap perbuatan itu ada
sifat baik dan buruknya yang tersendiri.
Imam Maturidi mendapat sanjungan dan
pujian dari kaum muslimin sehingga mendapat gelaran kehormatan “Imam al-Huda”
yang membawa maksud pemimpin yang membawa petunjuk.
Menurut al-Maturidi,akal boleh
mengetahui kewajipan untuk mengetahui Tuhan,seperti yang diperintahkan oleh
Tuhan dalam ayat-ayat al-Quran untuk memerhatikan alam,langit dan bumi. Namun
begitu,meskipun akal semata-mata sanggup mengetahui Tuhan,namun ia tidak
sanggup mengetahui dengan sendirinya hokum-hukum taklifi iaitu
perintah-perintah Tuhan.
Pendapat al-Maturidi tersebut hampir
sama dengan pendirian aliran Mu’tazilah.Cuma perbezaannya ialah aliran
Mu’tazilah mengatakan bahawa pengetahuan mengenai Tuhan itu diwajibkan oleh
akal dan menurut al-Maturidi pula meskipun kewajipan mengetahui Tuhan dapat
diketahui akal,tetapi kewajipan itu sendiri datangnya dari Tuhan.
Al-Maturidi mengakui adanya
keburukan pada sesuatu perbuatan itu sendiri dan akal boleh mengetahui kebaikan
dan keburukan sebahagian dari sesuatu perbuatan.Hal ini seolah-olah dibahagikan
sesuatu perbuatan itu kepada tiga bahagian iaitu bahgian yang dapat diketahui
kebaikannya dengan akal semata-mata,bahagian yang tidak dapat diketahui
keburukannya dengan akal semata-mata dan bahagian yang tidak jelas kebaikan dan
keburukannya bagi akal.Bahagian yang terakhir ini hanya dapat diketahui melalui
syara’.
Aliran Mu’tazilah juga mempunyai
pembahagian yang sama di mana ia mengatakan bahawa apa yang diketahui oleh akal
harus dikerjakan berdasarkan perintah akal dan yang diketahui keburukannya
harus ditinggalkan menurut keharusan akal.Al-Maturidi tidak mengikut pendapat
Mu’tazilah tersebut,tetapi mengikut pendapat Abu Hanifah,iaitu meskipun akal
sanggup mengetahui,namun kewajipan itu datangnya dari syara’.Akal semata- mata
tidak dapat bertindak sendiri dalam kewajipan-kewajipan agama kerana yang
mempunya taklif iaitu yang mengeluarkan perintah-perintah agama adalah
Tuhan sendiri.
Abu Mansur al-Maturidi dalam bidang
kajiannya mempunyai sejumlah kitab yang di antaranya ialah Kitab Ta’wil
al-Qu’ran,Kitab Ma’khuz al-Syara’I,Kitab al-Jadal,Kitab al-Ushul al-Din,Kitab
al-Maqalat fi al-Kalam,Kitab al-Tauhid,Kitab Radd Awa’il al-‘Adilah li
al-Ka’bi,Kitab Radd Tahzib al-Jadal li al-Ka’bi,Kitab Radd al-Ushul al-Khamsah
li Abi Muhammad al-Bahili,al-Radd al-Imamah li Ba’dhi al-Rawafidh,al-Radd ‘ala
al-Qaramithhah,
Rujukan
Umar
Hasyim. 2008. Siapa Ahli Sunnah Wal Jamaah?. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications.
Hanafi.
T.th. Pengantar Theology Islam. Jakarta: Pustaka Al-Husna.
www.wikipedia.org/wiki/Abu_Mansur_Maturidi
No comments:
Post a Comment