PENDAHULUAN
Anak-anak pada asasnya dilahirkan dalam keadaan fitrah yakni
bersedia menerima Islam. Persekitaran sekeliling yang mencorakkan anak-anak
sama ada kekal dalam fitrah atau sebaliknya. Aqil baligh adalah sempadan yang
mengangkat anak-anak ke tahap remaja. Dari sudut Islam, aqil baligh adalah
sempadan untuk memulakan tanggungjawab keagamaan secara rasmi. Pendidikan
sebelum alam baligh amat penting dalam tempoh membangun dan mengekalkan fitrah
anak-anak.
Peringkat remaja
adalah peringkat usia yang mempunyai keinginan yang kuat, semangat yang tinggi,
cita-cita yang besar serta kesanggupan mencurahkan khidmat bakti dan
pengorbanan. Peringkat ini juga adalah peringkat usia yang mudah mempelajari,
dipengaruhi dan mudah menurut perasaan.
Oleh itu, proses
keremajaan dalam membangunkan fitrah diri adalah kesinambungan daripada asas
kukuh yang terbina sebelum akil baligh. Sekiranya naluri dan tabiat remaja
disalurkan untuk menuju kematangan, kedewasaan dan amalan yang sihat, para
remaja mempunyai potensi besar untuk dewasa dalam akhlak dan amalan yang baik.
Sebaliknya suasana dan persekitaran negatif yang didedahkan kepada mereka boleh
menyebabkan mereka terjebak dengan sikap dan tabiat negatif.
Mutakhir ini, pelbagai krisis akhlak
dan moral telah menular dalam kalangan remaja. Keadaan ini perlu dirawat
sebelum menjadi barah kerana para remaja merupakan tunggak pertahanan negara
akan datang.
DEFINISI REMAJA
Terdapat
banyak definisi yang telah dibuat oleh ahli psikologi dan para cendekiawan
berdasarkan kepada perbezaan individu yang ketara di antara satu masyarakat
dengan masyarakat yang lain.
Menurut Pandangan Islam
Istilah peringkat remaja menurut pandangan Islam tidak wujud secara
khusus. Namun begitu ada yang berpendapat bahawa peringkat belia dibahagikan
kepada dua peringkat. Pertama ialah selepas ia bermimpi yang mana usianya
bermula dari usia 12 sehingga 21 tahun. Manakala peringkat kedua ialah
peringkat kematangan iaitu bermula dari 22 tahun sehingga 30 tahun. Maka pada
peringkat pertama inilah yang dinamakan peringkat remaja, iaitu dari bermulanya
had baligh hingga ke usia 21 tahun.
Perbezaan had
baligh ini adalah penting untuk menunjukkan bahawa seseorang itu tergolong di
dalam golongan orang-orang mukalaf. Justeru itu, dengan sendirinya ia wajib
melaksanakan tanggungjawab agama. Maka ia mula dikenakan segala tuntutan Allah
yang berkaitan dengan larangan-larangan, janji-janji, balasan-balasan syurga
dan neraka.
Pandangan Ahli
Psikologi.
Definisi remaja menurut Kamus Dewan ialah peringkat umur di mana
seseorang itu mulai dewasa, sudah akil baligh dan cukup umur untuk berkahwin.
Menurut Kuhlen,
masa remaja merupakan suatu jarak waktu di mana seseorang remaja itu akan
mengalami peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa. ( Hasnah Ghani, Mat
S
Menurut Muhammad
Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd Tamin, remaja adalah anak muda yang
mengalami alam peralihan antara tingkah laku kanak-kanak dengan tingkah laku
orang dewasa. Ataupun satu ketika perkembangan pesat individu sehingga
membolehkannya belajar mengubahsuaikan dirinya dengan kehendak diri mereka
sendiri, orang lain atau komunitinya.
ISU REMAJA MENURUT PERSPEKTIF HADIS
Memantapkan Akidah
صحيح البخاري
٤٨: حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا
أَبُو حَيَّانَ التَّيْمِيُّ عَنْ أَبِي زُرْعَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
كَانَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَارِزًا يَوْمًا لِلنَّاسِ فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ
فَقَالَ مَا الْإِيمَانُ قَالَ الْإِيمَانُ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ
وَكُتُبِهِ وَبِلِقَائِهِ وَرُسُلِهِ وَتُؤْمِنَ بِالْبَعْثِ قَالَ مَا الْإِسْلَامُ
قَالَ الْإِسْلَامُ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ وَلَا تُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ
وَتُؤَدِّيَ الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ وَتَصُومَ رَمَضَانَ قَالَ مَا الْإِحْسَانُ
قَالَ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ
يَرَاكَ قَالَ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ
وَسَأُخْبِرُكَ عَنْ أَشْرَاطِهَا إِذَا وَلَدَتْ الْأَمَةُ رَبَّهَا وَإِذَا تَطَاوَلَ
رُعَاةُ الْإِبِلِ الْبُهْمُ فِي الْبُنْيَانِ فِي خَمْسٍ لَا يَعْلَمُهُنَّ إِلَّا
اللَّهُ ثُمَّ تَلَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَل
{ إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ }
الْآيَةَ ثُمَّ
أَدْبَرَ فَقَالَ رُدُّوهُ فَلَمْ يَرَوْا شَيْئًا فَقَالَ هَذَا جِبْرِيلُ جَاءَ يُعَلِّمُ
النَّاسَ دِينَهُمْ
قَالَ أَبُو عَبْد
اللَّهِ جَعَلَ ذَلِك كُلَّهُ مِنْ الْإِيمَانِ[1]
Sebagai
khalifah di muka bumi ini, kita perlu melaksanakan segala perintah Allah Taala dan
meninggalkan segala larangan-Nya.
Pemuda yang mempunyai akidah yang
sempurna akan sentiasa berada di bawah rahmat Allah S.W.T dan kehidupan mereka
tidak disia-siakan. Setiap amalan yang disertakan dengan akidah yang salim akan
dijadikan perkiraan di neraca akhirat nanti. Menelurusi jalan-jalan akidah yang
benar, dipandu lurus oleh al-Quran dan al-Hadis yang disusun secara teratur dan
pelbagai oleh ijmak dan qiyas para fuqaha dari pelbagai keadaan dan suasana. Pemuda
yang berpegang dengan akidah yang sejahtera akan bergerak laju membawa syariat,
menebarkan haruman-haruman syariat dan menyejukkan mata-mata yang memandang.
Remaja Islami akan menjauhkan diri
daripada kufur kepada Islam. Mereka mengamalkan sedaya mungkin apa yang
diperintahkan di dalam al-Quran dan hadis tanpa mengingkari walaupun sehuruf
ajaran Islam. Mereka menyedari bahawa jika kufur kepada isi kitab, mereka akan
ditimpa kehinaan di dunia dan akhirat.
Kehidupan adalah ibadah kerana
merupakan proses penyembahan dan menghadap Ilahi. Manusia sentiasa menjadi
perhatian dan diperhitungkan oleh Allah S.W.T tanpa mengira tempat yang zahir
atau tersembunyi, masa yang cepat atau lambat dan keadaan baik mahupun jahat.
Mereka mesti beriman bahawa ibadah itu adalah segenap aspek dalam kehidupan. Ia
merupakan syarat terbesar bagi Muslim. Setiap perkara yang dilakukan adalah
niat kerana Allah S.W.T.
Hubungan seorang hamba dengan Allah
boleh dilakukan melalui pelbagai macam ibadat, antaranya yang paling mulia
ialah dengan melaksanakan solat. Selain itu, di antara bentuk hubungan seorang
hamba dengan Allah adalah doa. Sesungguhnya Allah senang terhadap hamba-Nya
yang sering meminta kepada-Nya. Di antara hubungan seorang hamba dengan Allah
S.W.T adalah membaca al-Quran berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada-Nya.
Manfaatkan Masa Muda Dengan Sebaiknya
Ibnu ‘Abbas r.a
berkata, Nabi S.A.W bersabda :
مسند أحمد ٢٢٢٤: حَدَّثَنِي مَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِنْدٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَاهُ
يُحَدِّثُ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الصِّحَّةَ وَالْفَرَاغَ نِعْمَتَانِ مِنْ
نِعَمِ اللَّهِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ[2]
Musnad Ahmad
2224: Telah menceritakan kepadaku Makki bin Ibrahim telah menceritakan
kepada kami Abdullah bin Sa'id bin Abu Hind bahwa ia telah mendengar bapaknya
menceitakan dari Ibnu Abbas, bahwa ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: "Sesungguhnya kesehatan dan waktu luang adalah dua
nikmat dari nikmat Allah yang banyak dilalaikan oleh kebanyakan manusia."
Para pemuda generasi awal Islam yang
mana mereka mencintai hidup di dunia ini, tetapi bukan untuk menikmati
kelazatannya, tidak pula untuk tenggelam dalam tipu daya dan fatamorgananya
akan tetapi semata-mata untuk mengumpulkan bekal perjalanan menuju akhirat.
Selain bersemangat dalam solat, puasa, sedekah, mereka juga banyak mengerjakan
zikir kepada Allah S.W.T. Selain itu, mereka sangat semangat dalam membaca,
tadabbur dan belajar serta mangajarkan al-Quran. Mereka juga tidak mengabaikan
dalam mengamalkan ayat-ayat mahkamah-Nya serta beriman dengan ayat-ayat
mutasyabihat yang tercatat di dalamnya. Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a.
mengkhatamkan al-Quran setiap malam.
Kata Syeikh ‘Abd al-Fatah Abu Ghadah
dalam kitab al-Nihayah : “Faktor pendorong terpenting dalam memelihara
masa ialah menyusun aktiviti, menjauhi majlis yang melalaikan dan sia-sia,
meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dalam setiap urusan, mendampingi
orang yang soleh yang sentiasa memberi nasihat dan menjaga waktu serta membaca
dan mengambil iktibar daripada kisah ulama yang unggul. Kesemuanya ini akan
menyedarkan kita tentang nilai masa dan mendorong kita menjaganya.”
Imam Ahmad ibn Hanbal pernah berkata
: “ Aku mengumpamakan usia remaja itu seperti benda yang ada dalam genggaman
aku, kemudian ia jatuh dan terlepas daripada genggamanku.” Perumpamaan tersebut
bermaksud zaman remaja terlalu singkat sehingga berlalu tanpa disedari.
Pembaziran masa menyebabkan remaja
kadang-kadang hilang keutamaan dan fokus. Bila keadaan ini berlaku, pengurusan
masa sudah menjadi bercelaru. Remaja akan terdorong mengisi masa lapangnya
dengan memenuhi pelawaan rakan sebaya, menghabiskan masa di warung-warung
sekadar mengisi masa terluang berbicara hal yang remeh-temeh. Akhirnya
terdorong untuk melakukan perkara-perkara negatif.
Bagi remaja Islam yang beriman,
setiap saat yang berlalu memberi makna yang besar. Setiap jam yang berjalan ada
benda-benda yang bermanfaat dilakukan. Tidur pun boleh menjadi ibadah sekiranya
ia memberi kerehatan dan kekuatan untuk bekerja dan berusaha dengan lebih kuat.
Kita harus mengatur waktu dengan
sebaik mungkin kerana kita adalah umat yang teratur dan berdisiplin. Solat
dilaksanakan pada waktunya dengan berjemaah, menyediakan waktu untuk menghafal
dan membaca, menyiapkan waktu untuk berkunjung dan bersilaturahim, menyediakan
waktu untuk keluarga dan pelbagai keperluannya, menyediakan waktu untuk bersenang-senang
pada perkara-perkara yang dibolehkan.
Pemuda Islami mengurangkan masa
mereka kepada perkara yang sia-sia. Mereka memanfaatkan masa untuk melakukan
perkara-perkara yang berpahala yakni bermanfaat kepada diri dan orang lain.
Mereka mengorbankan masa tidur, rehat dan masa lain-lain yang tidak
mendatangkan manfaat kepadanya untuk beribadah kepada Allah S.W.T. (Huzaifah
Islamiy, 2013 :58 )
Remaja Dan Dakwah
صحيح مسلم ٧٠: حَدَّثَنَا
أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ سُفْيَانَ ح و حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ
كِلَاهُمَا عَنْ قَيْسِ بْنِ مُسْلِمٍ عَنْ طَارِقِ بْنِ شِهَابٍ وَهَذَا حَدِيثُ أَبِي
بَكْرٍ قَالَ
أَوَّلُ مَنْ بَدَأَ
بِالْخُطْبَةِ يَوْمَ الْعِيدِ قَبْلَ الصَّلَاةِ مَرْوَانُ فَقَامَ إِلَيْهِ رَجُلٌ
فَقَالَ الصَّلَاةُ قَبْلَ الْخُطْبَةِ فَقَالَ قَدْ تُرِكَ مَا هُنَالِكَ فَقَالَ
أَبُو سَعِيدٍ أَمَّا هَذَا فَقَدْ قَضَى مَا عَلَيْهِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ
بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ
وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
حَدَّثَنَا أَبُو
كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ
عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ رَجَاءٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ وَعَنْ
قَيْسِ بْنِ مُسْلِمٍ عَنْ طَارِقِ بْنِ شِهَابٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ فِي
قِصَّةِ مَرْوَانَ وَحَدِيثِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ بِمِثْلِ حَدِيثِ شُعْبَةَ وَسُفْيَانَ[3]
Shahih Muslim 70: Telah
menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada
kami Waki' dari Sufyan. (dalam riwayat lain disebutkan) Dan telah menceritakan
kepada kami Muhammad bin al-Mutsanna telah menceritakan kepada kami Muhammad
bin Ja'far telah menceritakan kepada kami Syu'bah keduanya dari Qais bin Muslim
dari Thariq bin Syihab dan ini adalah hadits Abu Bakar, "Orang pertama
yang berkhutbah pada Hari Raya sebelum shalat Hari Raya didirikan ialah Marwan.
Lalu seorang lelaki berdiri dan berkata kepadanya, "Shalat Hari Raya
hendaklah dilakukan sebelum membaca khutbah." Marwan menjawab,
"Sungguh, apa yang ada dalam khutbah sudah banyak ditinggalkan."
Kemudian Abu Said berkata, "Sungguh, orang ini telah memutuskan
(melakukan) sebagaimana yang pernah aku dengar dari Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam, bersabda: "Barangsiapa di antara kamu melihat
kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak
mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia
mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." Telah menceritakan
kepada kami Abu Kuraib Muhammad bin al-Ala' telah menceritakan kepada kami Abu
Mua'wiyah telah menceritakan kepada kami al-A'masy dari Ismail bin Raja' dari
bapaknya dari Abu Sa'id al-Khudri dari Qais bin Muslim dari Thariq bin Syihab
dari Abu Sa'id al-Khudri dalam kisah Marwan, dan hadits Abu Sa'id dari Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam, seperti hadits Syu'bah dan Sufyan."
Para pemuda generasi awal Islam tahu
dan sedia maklum yang mereka perlu melepaskan kerinduan dan keinginan mereka
terhadap keluarga, sanak saudara, harta benda dan tanah kelahiran apabila
mengambil keputusan untuk turut serta di dalam menegakkan panji-panji Islam.
Hal ini tercermin pada hijrah mereka ke Habsyah (Ethopia) ataupun ketika mereka
berhijrah ke Kota Madinah. Hal ini semata-mata kerana dorongan kekuatan iman
serta mengutamakan Allah dan rasul-Nya melebihi segala-galanya.
Ramai pemuda hari ini yang seolah
–olah putus asa melihat keadaan
masyarakat. Sikap yang benar adalah
tidak boleh berputus asa terhadap rahmat Allah S.W.T. Sesiapa yang beranggapan
bahawa dia dapat memperbaiki dunia keseluruhan, maka dia berkhayal.
Ramai pemuda yang memiliki harapan dan
cita-cita terhadap umat ini, namun sebahagian besar di antara mereka tidak
mengetahui di mana dapat menyalurkannya atau bagaimana memperlihatkannya.
Mereka tidak dapat bertindak.
Pemuda pada zaman sahabat dan tabiin
berlumba untuk berjihad di jalan Allah. Mereka berani dan sentiasa menghormati
orang yang lebih tua. Contohnya seperti Anas Bin Malik, Usamah bin Zaid, Hasan
al-Banna dan ramai lagi.
Para remaja
Muslim dituntut mengambil berat terhadap akalnya dan memantapkannya dengan ilmu
pengetahuan yang bermanfaat.
صحيح البخاري
٩٨: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ أَبِي أُوَيْسٍ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ
بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ
انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ
حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا
فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
قَالَ الْفِرَبْرِيُّ
حَدَّثَنَا عَبَّاسٌ قَالَ حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ هِشَامٍ
نَحْوَهُ[4]
Maksud :
Telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Abu Uwais berkata, telah
menceritakan kepadaku Malik dari Hisyam bin 'Urwah dari bapaknya dari Abdullah
bin 'Amru bin Al 'Ash berkata; aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus
mencabutnya dari hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan
para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat
pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa
tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan". Berkata Al Firabri Telah
menceritakan kepada kami 'Abbas berkata, Telah menceritakan kepada kami
Qutaibah Telah menceritakan kepada kami Jarir dari Hisyam seperti ini juga.
Ilmu yang
dipelajari mesti diterjemahkan dalam bentuk amal. Ilmu yang benar dan
bermanfaat bakal memberikan kesan yang baik terhadap diri, masyarakat dan
sistem. Ini tentunya dapat mengukuhkan lagi proses keilmuan. Kemampuan dalam
mengurus ilmu dan amal juga perlu wujud. Menuntut ilmu dan menguasai sesuatu
kemahiran adalah amanah. Sewajarnya semakin tinggi ilmu yang dikuasai semakin
banyaklah faedah yang diterima. Ilmu yang diurus dengan baik boleh menyumbang
kepada kesejahteraan orang lain.
Dalam Islam, akal
bukanlah segala-galanya. Terdapat beberapa perkara dalam hidup ini tidak
terjangkau oleh akal. Dalam Islam, kita diberi kebebasan untuk berfikir tetapi
ia tidak harus bercanggah dengan syarak. Pemikiran dalam Islam ialah perkembangan
idea, maklumat, ilmu dan pengetahuan yang senafas dengan keperluan syarak.
Agama Islam
mengajar kita supaya tidak memisahkan antara ilmu keduniaan dengan ilmu agama.
Bahkan Islam menuntut supaya kita mendalami dan menguasai kedua-duanya.
Ilmu
al-Quran yang disebut sebagai ilmu naqli mengajar kita asas nilai mengenai
sesuatu. Sementara ilmu aqli (akal) atau ilmu hasil pemikiran dan penyelidikan
manusia adalah penting bagi membantu manusia menguruskan kehidupan.
Era kehidupan sekarang
menuntut kita supaya menceburi setiap lapangan dan bidang ilmu. Kita masih
menjadi pengemis daripada dunia Barat dan Timur. Ini semua disebabkan kita
meninggalkan ilmu keduniaan dan tidak berusaha untuk menjejaki apa yang telah
dilakukan oleh Ibn Rushd, Ibn Nafis, Khawarizmi, Ibnu Hishan dan ramai lagi
yang telah menukilkan nama mereka dalam lembaran sejarah tamadun dunia.
Di
samping itu, remaja perlu mengarahkan kemampuan yang diberikan kepada perkara-perkara
bermanfaat bagi Islam, iaitu pada bidang yang dikuasai. Contohnya menjadi
doktor Muslim, jurutera muslim dan sebagainya.
Remaja
harus tahu mengukur antara bakat, minat, kecenderungan dan potensi yang dimiliki
untuk mencapai cita-cita pada masa depan. Keupayaan mengukur potensi diri
adalah pedoman terbaik bagi mencapai sesuatu cita-cita. Dalam membina
cita-cita, remaja harus ada keutamaan kerana jika cita-cita bercabang-cabang,
remaja boleh kehilangan arah atau tidak pasti ke mana hendak dituju. Perasaan
itu boleh menghalang remaja mencapai cita-citanya.
Dalam
mencapai cita-cita, sudah tentu ada cabaran dan ujian yang menunggu. Selalunya
cabaran yang datang berasal dari faktor dalaman remaja. Kekuatan dalaman adalah
syarat utama dalam mengejar cita-cita. Remaja harus yakin bahawa ALLAH
memberikan setiap remaja bakat dan kebolehan yang perlu digilap. Mereka perlu
selalu membisikkan kata-kata semangat terhadap diri sendiri agar kejayaan yang
dicita-citakan menjadi kenyataan.
Remaja
Dan Adab Dan Akhlak
Adab
adalah pancaran dari akhlak yang mulia dan gambaran pekerti seseorang dalam
tingkah lakunya. Secara ringkasnya adab berkaitan dengan perilaku seseorang
terhadap Allah, Nabi Muhammad S.A.W, pemimpin, ilmuwan, ibu bapa, keluarga,
ketua, sahabat, dan orang ramaI.
Akhlak
berasal dari perkataan bahasa Aran khuluq. Ia berkait rapat dengan pekerti,
tingkah laku dan perangai. Akhlak dalam pengertian
al-Quran juga membawa maksud sebagai “amal soleh”. Islam melalui al-Quran dan
al-Sunah amat mementingkan aspek etika dan moral. Malah, tidak keterlaluan jika
dikatakan bahawa akhlak dan moral itu sendiri merupakan penyeri kepada akhlak
Islam. Jika diteliti secara keseluruhan, syariat Islam merupakan tatacara
akhlak sama ada berkaitan dengan hubungan dengan Allah dan juga hubungan dengan
manusia.
Sekiranya remaja
berakhlak mulai pada zamannya, ada kemungkinan apabila tiba ke peringkat
dewasa, akhlak itu akan bertambah kukuh. Bayangkan remaja yang rosak pemikiran,
pergaulan dan cara hidupnya apakah dia mempunyai harapan untuk menjadi bapa dan
ibu yang baik untuk keluarga, ketua dan pemimpin organisasi bagi kakitangan
atau pemimpin dan tokoh kepada masyarakat.
Akhlak baik para
pemuda amatlah penting. Mereka yang tidak mengambil berat tentang akhlak adalah
tergolong dalam golongan orang yang begitu rugi. Hakikat sebenar diutuskan Nabi
Muhammad S.A.W adalah untuk membetulkan keadaan akhlak masyarakat manusia yang
telah runtuh pada zaman Jahiliah.
Baginda S.A.W
bersabda :
سنن أبي داوود
٤١٦٦: حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطَّيَالِسِيُّ وَحَفْصُ بْنُ عُمَرَ قَالَا حَدَّثَنَا
ح و حَدَّثَنَا ابْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ أَبِي بَزَّةَ
عَنْ عَطَاءٍ الْكَيْخَارَانِيِّ عَنْ أُمِّ الدَّرْدَاءِ عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ
عَنْ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ شَيْءٍ أَثْقَلُ فِي الْمِيزَانِ
مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ
قَالَ أَبُو الْوَلِيدِ
قَالَ سَمِعْتُ عَطَاءً الْكَيْخَارَانِيَّ قَالَ أَبُو دَاوُد وَهُوَ عَطَاءُ بْنُ
يَعْقُوبَ وَهُوَ خَالُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ نَافِعٍ يُقَالُ كَيْخَارَانِيٌّ وَكَوْخَارَانِيٌّ[5]
Sunan
Abu Daud 4166: Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid Ath Thayalisi dan
Hafsh bin Umar keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami. (dalam jalur
lain disebutkan) Telah menceritakan kepada kami Ibnu Katsir berkata, telah
mengabarkan kepada kami Syu'bah dari Al Qasim bin Abu Bazzah dari Atha Al
Kaikharani dari Ummu Darda dari Abu Darda dari Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam, beliau bersabda: "Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan
amal selain akhlak yang baik." Abul Walid berkata; aku mendengar Atha' Al
KaiKharani, Abu Daud berkata; "ia adalah paman Ibrahim bin Nafi'. Ia juga
dipanggil dengan nama Kaikharani dan Kaukharani."
Selain itu Rasulullah S.A.W bersabda:
بعثت لأتمم حسن الأخلاق
Tidaklah aku
diutuskan melainkan (antaranya) untuk menyempurnakan akhlak yang baik dan
mulia.”(Riwayat Malik)
Pemuda
Islami sentiasa menjaga lidah mereka daripada menyatakan perkara-perkara dusta.
Mereka menggunakan lidah hanya untuk kepentingan bersama. Mukmin yang sejati tidak memaki hamun, mencela orang lain, bercakap
kotor dan sebagainya. Selain itu, mukmin yang sejati juga merupakan warga yang
bertanggungjawab, menjaga kebersihan, berdisiplin, berpegang pada janji, tidak
berlengah-lengah, menepati waktu dan sebagainya lagi.
Selain
itu, remaja perlu menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Remaja yang
beriman akan sentiasa menjaga pandangan di dalam pergaulan daripada memandang
perkara yang bersalahan dengan syarak. Mereka hanya memandang yang harus
mengikut pertimbangan semasa dan keadaan.
Di
samping itu, mereka juga menjaga diri agar tidak terperangkap dengan
godaan-godaan syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan serta menjanjikan
kenikmatan dunia yang sementara. Mereka gerun kepada azab Allah S.W.T di
akhirat kelak.
Daripada
Abu Zar, Jundub bin Junadah dan Abu “ Abd al-Rahman Muaz bin Jabal r.a,
Rasulullah S.A.W bersabda :
إتق
الله حيثما كنت, واتبع السيئة الحسنة تمحها, وخالق الناس بخلق حسن.
“Bertaqwalah
kepada Allah di mana saja kamu berada. Dan ikutilah kejahatan dengan
mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya (kejahatan tadi). Dan berperangai
kepada manusia dengan perangai yang baik.”
REALITI REMAJA PADA HARI INI
Zaman beredar
terlalu cepat. Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah
mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di
negara-negara maju.
Bagi negara membangun seperti Malaysia,
perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi
ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan
sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara
terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa
akan datang. Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan
dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah,
cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan.
Dalam menempuh zaman dunia tanpa
sempada ini, ramai pemuda kita hari ini hanyut dengan teknologi. Misalnya hanyut
dengan gajet, leka dengan laman sosial dan sebagainya lagi. Hari ini, begitu mudahnya untuk melihat atau
mendengar segala yang terjadi di seluruh pelosok dunia pada waktu yang sama.
Oleh itu, berapa ramai pemuda Muslim hari ini yang berdepan dengan pelbagai
fitnah, baik pada waktu dia keluar dari rumah atau ketika duduk diam di
rumahnya? Fitnah akan menyebabkan lemahnya iman dan merosakkan akhlak.
Seorang pemuda tidak sepatutnya
menyibukkan diri dengan perbualan-perbualan yang tidak ada kebaikan. Ramai
remaja pada hari ini seolah-olah tidak tahu memanfaatkan masa. Sesetengahnya
terlibat dengan kegiatan lepak, berbual-bual kosong dengan perkara-perkara yang
remeh-temeh dan tidak meningkatkan pengetahuan dan pengalaman yang berguna.
Selain itu, kejadian jenayah dalam
kalangan remaja merupakan salah satu penyakit sosial di dalam masyarakat. Pada
peringkat ini, para remaja melalui berbagai-bagai-bagai perubahan di dalam
dirinya sama ada dari segi fizikal dan juga mental. Keadaan ini menyebabkan
mereka tidak stabil, keluh kesah dan tidak dapat mengawal emosi. Lantaran itu,
remaja mudah menghadapi ketegangan dan pergolakan di dalam hidupnya.
Perkara ini bukanlah menjadi rahsia
lagi bila semakin ramai remaja kita terjebak dalam kegiatan kongsi gelap, peras
ugut, seks bebas, penagihan dadah, pembunuhan, samun dan sebagainya lagi. Semua
kegiatan jenayah ini akan menggelapkan masa depan mereka sendiri lantaran hidup
mereka yang sentiasa diburu oleh pihak berkuasa dan juga dibenci oleh
masyarakat.
Di samping itu, remaja hari ini juga
hanyut dengan pelbagai bentuk hiburan. Antaranya ialah KPOP, Akademi Fantasia,
rancangan hiburan, drama mengenai cinta manusia dan sebagainya lagi. Dalam hal
ini, para remaja perlu diberitahu tentang bentuk-bentuk hiburan yang dibolehkan
dalam Islam.
Tidak salah remaja menikmati
keindahan hiburan menerusi lagu, seni dan kegiatan-kegiatan yang sihat. Tetapi
dalam masa yang sama remaja tidak lalai dan kian mendekatkan diri kepada Allah.
Apabila kita mendengar kicauan burung, debur ombak, desir angin, limpahan air
terjun dan laungan azan, ia adalah muzik alamiah yang membisikkan ketenangan
pada hati.
Dalam hal berkaitan amar makruf nahi
munkar, remaja hari ini yang merupakan pemimpin pada masa hadapan takut untuk
menegur kemungkaran yang berlaku di depan mata seperti gejala tidak menutup
aurat, kebanjiran majalah yang tidak senonoh di pasaran dan sebagainya lagi.
Demikianlah sedikit sebanyak
mengenai realiti remaja kita pada hari ini. Semua pihak sama ada ibu bapa,
guru, masyarakat dan lain-lain harus berganding bahu bagi memastikan remaja
kita pada hari ini dapat menjadi orang yang berguna pada masa hadapan.
KEPENTINGAN MEMBERI DIDIKAN YANG BETUL KEPADA ANAK
Ibubapa atau keluarga adalah tempat
pendidikan agama kepada anak-anak yang paling baik. Seringkali kita mendengar
bahawa, pendidikan itu bermula dari rumah, hal ini adalah kerana ibu bapa atau
keluarga mampu untuk memberi didikan agama kepada anak-anak bermula dari rumah
sehinggalah mereka meningkat usia remaja. Ibu bapa mampu mengawal,
bertanggungjawab dan mengikuti perkembangan anak-anak serta memastikan
anak-anak tidak terpengaruh dengan masalah di luar. Proses pembelajaran bersama
ibu bapa merupakan peluang dan kesempatan terbaik bagi setiap anak hingga
meningkat remaja untuk mengenal pasti nilai-nilai kerohanian mereka. Didikan
seperti ini belum tentu anak tersebut mendapat daripada pihak lain melainkan
dari ibu bapa mereka sendiri
Dalam kehidupan moden dan mencabar
ini, ibu bapa hendaklah merancang, menyusun atur pendidikan anak-anak dengan
baik bagi memastikan perkembangan anak-anak diisi dengan akidah islam, diajar
ibadah islam, dididik dengan akhlak dan adab Islam.
Remaja
adalah berasal dari seorang anak kecil yang dilahirkan oleh ibu bapanya dan
mereka dididik serta ditarbiyah melalui ibu bapa. Corak pendidikan, bentuk
pentarbiyahan adalah melalui ibu bapa itu sendiri yang bakal membentuk peribadi,
jati diri anak remaja. Sehinggalah anak itu meningkat remaja dan dewasa. Asal
usulnya adalah hasil didikan ibu bapa sewaktu anak itu kecil
Sebagaimana hadis Nabi Muhammad S.A.W yang
diriwayatkan oleh Bukhari :
صحيح البخاري : حَدَّثَنَا عَبْدَانُ أَخْبَرَنَا عَبْدُ
اللَّهِ أَخْبَرَنَا يُونُسُ عَنْ الزُّهْرِيِّ أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ
الرَّحْمَنِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ
أَوْ يُمَجِّسَانِهِ كَمَا تُنْتَجُ الْبَهِيمَةُ بَهِيمَةً جَمْعَاءَ هَلْ تُحِسُّونَ
فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ ثُمَّ يَقُولُ أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
)فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ
اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ (
Shahih Bukhari 1359 : Telah menceritakan kepada kami 'Abdan telah mengabarkan
kepada kami 'Abdullah telah mengabarkan kepada kami Yunus dari Az Zuhriy telah
mengabarkan kepada saya Abu Salamah bin 'Abdurrahman bahwa Abu Hurairah
radliallahu 'anhu berkata; Telah bersabda Rasulullah
Shallallahu'alaihiwasallam: "Tidak ada seorang anak pun yang terlahir
kecuali dia dilahirkan dalam keadaan fithrah. Maka kemudian kedua orang
tuanyalah yang akan menjadikan anak itu menjadi Yahudi, Nashrani atau Majusi
sebagaimana binatang ternak yang melahirkan binatang ternak dengan sempurna.
Apakah kalian melihat ada cacat padanya". Kemudian Abu Hurairah
radliallahu 'anhu berkata, (mengutip firman Allah subhanahu wata'ala QS
Ar-Ruum: 30 yang artinya: ('Sebagai fitrah Allah yang telah menciptakan manusia
menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang
lurus") [6]
Konsep pendidikan atau tarbiyah hendaklah merangkumi elemen-elemen
seperti melengkapkan keperibadiannya secara syumul dan bersepadu, dan dari segi
akidah, citarasa, minda, dan fizikal supaya dia boleh menjadi individu yang
membentuk umat berkualiti. Dengan itu, muslim sejak dari kecil sampailah dia
dewasa mejadi pembawa risalah, masing-masing mengikut situasi dan keadaannya.
Tarbiyah Islamiyah yang bersepadu hendaklah merangkumi aspek rohani,
minda dan fizikal seperti mana Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
(متفث عليه عن عبد الله بن عمرو) ان لبندنك عليك حقا و لنفسك عليك
حقا ولألك عليك حقا فأعط كل ذي حق حقه
Maksudnya : sesungguhnya
kamu bertanggungjawab terhadap badan dan
diri kamu serta bertanggungjawab terhadap ahli keluarga kamu. Dari itu berilah
hak sewajarnya kepada setiap yang berhak.
Kajian yang dilakukan oleh Abdul Rahman Md. Aroff (1993) berkaitan
konsep pembinaan insan dan pendidikan anak mendapati bahawa, mata pelajaran
Pendidikan Islam paling tinggi menyumbang kepada pembinaan insan dalam diri
pelajar berbanding pelajaran lain. Begitu juga dengan kajian Muhd Fauzi
Muhammad (1997) tentang penghayatan nilai Islam dan aktiviti social remaja.
Antara dapatan kajian itu ialah pelajar yang melepak didapati jarang melakukan
sembahyang dan berpuasa. Oleh itu, usaha untuk mempertingkatkan penerapan
penghayatan nilai agama perlulah dilaksanakan.
Selain itu, terdapat beberapa solusi yang dicadangkan dalam kajian
tersebut selain daripada memperkukuhkan penghayatan dan pengamalan remaja
dengan nilai-nilai Islam, pengkaji mendapati didikan ibu bapa menjadi faktor
utama dalam membentuk generasi remaja yang lahir pada hari ini. Di samping adab
dan akhlak guru di sekolah menjadi contoh kepada remaja.
Faktor-faktor
yang menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral kanak-kanak atau remaja ialah iman
yang lemah. Punca yang paling asas dalam permasalahan keruntuhan akhlak ini
adalah kelemahan iman dan kurangnya keyakinan terhadap Allah. Kurangnya
kefahaman agama dan gambaran sebenar tentang syiar islam menyumbang kepada
masalah moral. Ibu bapa seharusnya menerapkan nilai-nilai Islam dan
didikan agama kepada kanak-kanak sejak dari kecil lagi. Anak adalah
anugerah Allah yang tidak ternilai kepada kedua ibu bapa. Sebagai ibu bapa,
seharusnya mereka mengambil berat pendidikan anak demi memastikan kehidupan
merekasentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.
Nilai dan
budaya hidup barat juga merupakan faktor berlakunya keruntuhan akhlak
kanak-kanak dan remaja. Pengaruh hidup budaya barat menjadi ikutan seperti
percampuran bebas antara lelaki dan perempuan yang membawa masalah sosial yang
teruk dan tiada batasan dalam hubungan yang mengakibatkan terjadinya masalah
akhlak yang teruk. Kemunculan pelbagai pengaruh berseronok mengikut hawa nafsu
dan inginkan kemewahan dunia semata-mata menggalakkan lagi masalah ini.
Khususnya, remaja yang hanya akan memikirkan keseronokan tanpa mempedulikan
ajaran agama yang sebenar.
Sikap ibu
bapa yang kurang prihatin adalah sebab berlakunya keruntuhan akhlak
kanak-kanak. Kesibukan ibu bapa dengan tugasan harian terutamanya yang bekerja
telah mengakibatkan ramai anak-anak yang terkontang-kanting tanpa kawalan.
Terdapat juga ibu bapa yang tidak mempedulikan tingkah laku anak-anak dan hanya
melimpahkan kemewahan sahaja kepada anak-anak.
Menurut kajian Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahya dalam blog 1 remaja 1
Malaysia menyatakan bahawa didikan ibu bapa terhadap anak, hubungan ibu bapa
menjadi factor penting dalam pendidikan anak bermula sejak kecil hingga kea lam
remaja. Di dalam blog itu juga menyatakan bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan
yang utama dalam menentukan corak kehidupan anak-anak serta bersikap tegas
mengawal disiplin anak.
KESIMPULAN
Seorang remaja
Muslim yang berupaya memenuhi masa mudanya dengan menguatkan jalinan
hubungannya dengan Allah, melawan hawa nafsu dan berusaha mendalami serta
menghayati Islam dengan kefahaman yang sebenar akan mudah meneruskan cabaran
kehidupan tanpa berasa lemah atau kecewa.
Manakala remaja yang tidak memenuhi
masanya dengan perkara bermanfaat, maka sudah pasti dia akan ketinggalan dan
sukar untuk mendapatkannya kembali sesudah berlalu usia mudanya. Ini kerana
lazimnya para remaja tidak dibebani pada peringkat usianya dengan beban hidup
yang banyak. Sudah tentulah orang yang tidak memikul beban tidak sama dengan
orang yang telah berkahwin dan dibebani dengan pelbagai tanggungjawab. Kita
dapat melihat berapa ramai orang yang menyesali diri kerana tidak memanfaatkan
masa muda mereka dengan sebaik-baiknya.
Remaja sebagai manusia biasa bakal
berdepan dengan kejayaan dan kegagalan
dalam memulakan hidup. Remaja yang berjaya dapat menjaga dan mengawal diri dari
pengaruh nafsu yang melampau dan menyalahi syarak. Remaja yang berjaya ialah
yang sering memikirkan ilmu dan kepentingannya sebagai asas kesejahteraan hidup.
Remaja yang berjaya ialah remaja yang merancang hidupnya, berusaha
bersungguh-sungguh bagi melaksanakan perancangan tersebut dan mempersiapkan
diri menjadi orang dewasa yang matang.
Para remaja harus menyedari apa
tujuan mereka dilahirkan di dunia ini. Mereka hendaklah menyayangi diri sendiri
dan menjauhi perbuatan yang menyalahi agama. Dengan mengetahui batas salah dan
benar, remaja akan lebih berdisiplin dalam mencapai kejayaan pada masa hadapan.
Keruntuhan akhlak dalam kalangan
remaja pada hari ini akan memberikan impak akan memberikan kesan yang begitu
besar kepada masyarakat dan juga negara. Remaja merupakan aset utama negara
pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan
negara.
Abdul Ghafar Hj.Don, Ahmad Redzuwan Mohd
Yunus, Badlisham Mohd Nasir, Ideris Endot dan
Othman Talib . 2008. Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah & Pembangunan Belia Islam. Kuala Lumpur :
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Al-Hilal,
Muhammad. 2001. Kewajipan Remaja Muslim. Terj. Mohd Zamir Bin Bahall. Kuala Lumpur : JAKIM.
Al-Qarni,
Abdullah Aidh. 2010. Mendidik Remaja Muslim Menjadi Orang Beriman & Bertaqwa. Terj. Muhammad Akhyar
Nasution, Syahrin Jasah. Kuala Lumpur : Pustaka
Al-Shafa Sdn. Bhd.
Al-Syantut,
Khalid Ahmad. 1993. Tarbiah As-Syabab Al-Muslim. Madinah : Dar Ijtima’.
Asmawati Suhid. 2009. Pendidikan
Akhlak dan Adab Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publication &
Distributor Sdn. Bhd.
Hasnah Ghani, Mat
Saad Abd Rahman. 1995. Jenayah Remaja : Permasalahan dan Penyelesaian. Selangor : Penerbit
Hizbi.
Huzaifah
Islamiy. 2013. Muda Hanya Sekali. Selangor : Must Read Sdn. Bhd.
Maslee Malik.
2014. Risalah Pemuda Muslim. Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.
Sidek Baba.
2007. Wahai Remaja. Selangor : Karya Bestari.
Sulaiman Qasim.
2012. Pemuda Yang Dirindukan Syurga. Johor Baru : Pustaka Azhar.
Surbakti. 2009. Kenalilah
Anak Remaja Anda. Jakarta : PT Elex Media Komputindo.
Zulkifli Mohamad.
2007. Akauntabiliti Sebagai Mahasiswa Islam. Nilai : Penerbit USIM.
No comments:
Post a Comment