PENDAHULUAN
Dalam akidah Islam, Nabi dan Rasul adalah manusia yang istimewa
kerana mereka dipilh dan dilantik oleh Allah dan diberikan wahyu kepada mereka.
Wahyu yang diterima daripada Allah mengandungi aspek akidah, akhlak dan syariah
untuk manusia terima, fahami dan ikuti dalam hidup mereka di dunia ini.
Satu sumber yang
mengira jumlah perkataan Nabi dan Rasul dalam al- Quran menyatakan bahawa
perkataan Nabi disebut sebanyak 75 kali iaitu 54 dalam bentuk mufrad, ‘nabi’
dan 21 dalam bentuk jamak, ‘anbiya’. Manakala perkataan Rasul pula
disebut sebanyak 332 kali dalam al- Quran, iaitu 236 dalam bentuk mufrad,’rasul’
dan 96 kali dalam bentuk jamak, ‘rusul’.
Beriman kepada
kenabian dan kerasulan merupakan satu daripada rukun iman. Hadis Nabi Muhammad
S.A.W yang membawa maksud: “ Iman itu ialah percaya kepada Allah, Malaikat-
Nya, Kitab- Nya, Rasul- Nya, hari akhirat dan percaya kepada Qada’ dan Qadar”.
Ulama Islam
menjelaskan bahawa beriman kepada Nabi dan Rasul merupakan laluan utama untuk
manusia mengetahui dan beriman dengan rukun- rukun iman yang lain. Beriman
kepada Nabi dan Rasul dapat memberikan makrifah sebenar tentang perkara-
perkara yang berkaitan dengan akidah Islam yang wajib difahami dan diimani oleh
setiap orang Islam.
Setelah Allah
mengutuskan Nabi dan Rasul, manusia tidak dapat lagi berhujah bahawa mereka
sesat kerana tidak diutuskan Nabi dan Rasul. Hal ini demikian kerana Nabi dan
Rasul ditugaskan sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi amran kepada
manusia. Berita baik ialah kebaikan di dunia dan akhirat kepada manusia yang
mentaati perintah Allah manakala berita buruk ialah penderitaan dan seksaan di
dunia dan akhirat kepada manusia yang tidak melaksanakan suruhan Allah Taala.
PENGERTIAN NABI DAN RASUL
Perkataan Nabi dan Rasul berasal daripada perkataan Arab.
Bagi perkataan Nabi , terdapat dua kata terbitan atau dikenali juga sebagai
masdar. Pertama, perkataan nabi berasal dari kata terbitan ‘al- naba’ yang
bermaksud perkhabaran atau pemberitahuan. Maka, ‘al nabi’ bererti
pemberita atau pemberitahu.
Kedua, perkataan nabi berasal daripada kata terbitan ‘al- nabwah’atau ‘al- nabawah’ yang membawa maksud kedudukan atau tempat
tinggi atau mulia. Maka, al- nabi adalah seorang yang berkedudukan
tinggi dan mulia.Merujuk kepada dua kata terbitan berkenaan, perkataan ‘al- nabi’ mempunyai lima pengertian.
Pertama, satu kawasan tanah tinggi. Kedua, satu tanda daripada tanda- tanda di
alam yang dijadikan panduan. Ketiga, satu tempat yang tinggi kedudukannya.
Keempat, satu jalan dan yang kelima ialah seorang pengkhabar.
Seorang Nabi juga
mempunyai hubungan secara langsung dengan ‘al- nubuwwah’ dan
‘al-tanabbu’ . ‘Al- tanabbu’ membawa erti perkhabaran perkara yang
belum berlaku dan yang akan berlaku berpandukan tanda- tanda atau berita-
berita tertentu. Manakala, perkataan al- nubuwwah bermaksud taklif Allah
kepada seseorang yang dipilih-Nya untuk menyampaikan risalah- Nya kepada
manusia.
Perkataan nabi
dari sudut istilah juga memberi pengertian pemberitahuan Allah kepada mereka
yang dipilih dalam kalangan manusia untuk mengangkatnya ke tempat atau darjat
yang lebih tinggi dengan memberi wahyu kepadanya.
Manakala perkataan ‘rasul’ adalah mufrad dan jamaknya ialah ‘rusul’.
Rasul bermaksud seseorang yang diutuskan yang mengikuti permakluman
daripada yang mengutuskannya. Rasul adalah manusia yang dipilih dan dilantik
oleh Allah dan manusia yang menjadi umat kepada Rasul itu adalah sasaran di
mana Rasul itu diutuskan.
Selain itu, takrif rasul dari sudut berasal dari perkataan ‘al-
risalah’ yang bermaksud penjelasan kepada sesuatu perkara yang mana Rasul
adalah sumber kepada berita- berita daripada Allah. Rasul dari sudut istilah ialah seorang lelaki dari Bani Adam yang
diwahyukan oleh Allah kepadanya dengan satu perintah. Sekiranya perintah itu
dikehendaki menyampaikan kepada manusia, ia adalah Nabi dan Rasul.
PENGUTUSAN NABI DAN
RASUL
Berkaitan dengan pengutusan Nabi dan Rasul menurut pendapat
Muktazilah, hukumnya adalah wajib. Justeru itu, mereka berpendapat bahawa
pengutusan rasul itu wajib bagi Allah. Mereka berpendapat demikian dengan
membawa beberapa dalil dah hujah.
Pertama, Allah itu
wajib bersifat lemah lembut. Ini bererti Allah tidak zalim dan sentiasa berlaku
adil. Pengutusan rasul menunjukkan keadilan Allah dan lemah lembut Allah
bersesuaian dengan konsep baik dan lebih baik yang wajib dijaga oleh Allah
untuk kebaikan hamba-Nya. Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya dan wajib
membalas kebaikan yang dilakukan oleh hamba-Nya sesuai dengan janji Allah.
Lemah lembut Allah terhadap makhluk ini terdapat juga dalam konsep al-
Manzilah bayn al- Manzilatain yang mana menurut pendapat mereka, Allah tidak
akan menzalimi orang yang melakukan dosa besar iaitu mereka tidak kafir dan
mereka tidak mukmin tetapi berada di antara dua kedudukan ini.
Oleh itu, mereka
berpendapat Allah wajib membalas kebaikan yang dilakukan dan wajib membalas
kejahatan dengan kadar yang telah dilakukan oleh hamba- Nya. Selain itu, meeka
turut berpendapat bahawa mustahil Allah bersifat keras dan zalim bahkan ianya
bertentangan dengan konsep keadilan mereka. Oleh yang demikian, Allah wajib
bersifat adil dengan mengutuskan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang
diredhainya.
Kedua, Allah wajib
melakukan al- Salah wa al- Aalah. Ini menunjukkan kepada keadilan Allah
terhadap hamba- Nya. Sesungguhnya, Allah suci dari sebarang kezaliman dan Allah
melakukan sesuatu itu adalah untuk kebaikan hamba- Nya. Oleh itu, Allah
memberikan sepenuh kebebasan kepada hamba- Nya untuk melakukan segala perbuatan
sehingga membawa kepada menafikan qada’ dan qadar dan dari aspek lain mereka
mengikat kebebasan itu dengan kebebasan Allah dan qudrat Allah di bawah konsep
keadilan.
Di samping itu,
mereka berpendapat Allah tidak berkuasa untuk melakukan terhadap hamba- Nya apa
yang menyalahi aslah hambanya. Allah juga tidak berkuasa menambahkan
azab hamba- Nya walaupun sebesar zarah terhadap dosa yang tidak dilakukan oleh
hamba- Nya. Oleh yang demikan, wajib bagi Allah mengutus rasul untuk
kemaslahatan manusia agar manusia melakukan sesuatu yang baik dan terbaik.
HIKMAH PENGUTUSAN RASUL
Al- Asya’irah
Aliran al-Asya’irah mengakui manusia memerlukan rasul kerana asul
membawa apa yang diperlukan oleh manusia untuk pembentukan taklif, nilai,
peraturan atau suruhan dan larangan dalam risalah mereka.Sebagai contoh,
perkara sam’iyyat tidak dapat diketahui oleh akal, maka ia adalah wajib
diketahui melalui penjelasan rasul bukan melalui akal.
Golongan ini
berpegang dengan dalil sebagaimana firman Allah dalam surah Isra’ ayat 15 yang
membawa makud: “sesiapa yang beroleh petunjuk ( menurut panduan al- Quran
),maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada
dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk
kesesatannya itu hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh
memikul, tidak akan emikul dosa perbuatan orang lain ( bahkan dosa usahanya
juga ).Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapa pun sebelum Kami mengutusakan
seorang rasul ( untuk menerangkan yang benar dan yang salah ).
Golongan al-
Asya’irah menyatakan bahawa rasul membawa kepada manusia tentang perkara yang
tidak sampai oleh pemikiran akal dan ia adalah perkara asas dalam akidah
seperti syurga dan neraka, dosa dan pahala dan lain- lain lagi. Justeru, itu
golongan ini sepakat bahawa penilaian baik dan buruk yang diperolehi oleh akal
adalah melalui syarak, ataupun melalui wahyu yang disampaikan oleh rasul kepada
manusia.
Berkaitan
persoalan taklif, golongan ini berpegang bahawa taklif itu hanya diperolehi
melalui rasil, bukan melalui akal. Dari situ jelas menunjukkan bahawa sekiranya
rasul tidak diutuskan, manusia akan bersendirian dengan akal yang tidak
mempunyai apa- apa taklif. Justeru itu, orang yang berakal semata- mati tidak
wajib mengerjakan sesuatu kecuali melalui wahyu dari Allah menerusi rasul- Nya.
Selain itu, orang
berakal juga tidak wajib meninggalkan sesuatu perintah kecuali dengan wahyu
dari Allah melalui rasul- Nya. Ekoran hal tersebut, golongan Al- Asya’irah
berpendapat : “Tidak sah Isam mereka yang tidak sampai seruan rasul”. Oleh
itu, hanya rasul yang menjadi asas taklif manusia, menyampaikan suruhan dan
larangan dan menyampaikan taklif.
Mereka juga
berpendapat bahawa perutusan rasul adalah salah satu bentuk taufiq umum daripada
Allah kepada manusia di mana taufiq umum itu meliputi kewujudan dalil- dalil,
perutusan rasul serta memudahkan jalan supaya tiad lagi hujah manusia terhadap
Allah selepas diutuskan rasul.
Walaupun perutusan
rasul itu penting kepada manusia, namun mereka berpendapat Allah tidak wajib
mengutuskan rasul dan perutusan rasul adalah perkara harus dan bukan mustahil.
Harus, wajib dan mustahil di sini ialah dari ukuran keputusan akal terhadap
perbuatan Allah.
Al- Maturidiah
Menurut golongan ini, sememangnya manusia memerlukan rasul.
Walaupun manusia ditaklifkan berasaskan akal dan akal merupakan sebab taklif,
namun taklif hanya berlaku melalui syarak. Maka, untuk merealisasikan syarak,
Allah mengutuskan rasul di samping akal yang sedia ada pada diri setiap
manusia.
Golongan ini juga
berpendapat perutusan rasul itu adalah harus dan bukan wajib bagi Allah untuk
membimbing manusia serta akal kea rah kebenaran dan membendung
kezaliman.Manusia itu memerlukan rasul berasaskan tiga faktor.
Pertama, dalam
kalangan manusia sememangnya ada perselisihan dalam menentukan kebenaran.
Justeru itu, perlu ada orang yang mulia, terhormat dan terpilih untuk
menyelesaikan perselisihan tersebut dari berlaku perpecahan dan kemusnahan.
Kedua, dalam
kalangan ulama dan manusia itu tidak sama tahap pemikiran dan ilmu merek
khususnya dalam menentukan urusan dunia dan agama. Maka, Allah mengutuskan
rasul untuk menentukan perkara tersebut.
Ketiga, akal
manusia diakui tidak mampu menilai perkara baik kecil atau besar kerana akal
itu sentiasa dipengaruhi oleh angan- angan, kedukaan serta nafsu. Justeru itu,
manusia memerlukan rasul untuk membawa mereka ke arah jalan yang benar.
Sekiranya akal
seseorang itu mampu mengatasi atau mengambil tempat peranan para rasul dan
rasul tidak diperlukan, nescaya harus juga bagi Allah mengutuskan rasul sebagai
rahmat dan untuk melebihkan lagi nikmat- Nya terhadap manusia. Justeru itu,
perutusan rasul itu bersifat ihsan dan pertolongan dari Allah untuk menyelesaikan
masalah manusia.
Puak Muktazilah membicarakan berkaitan kepentingan Rasul diutuskan
kepada manusia adalah di bawah prinsip keadilan Allah yang mana merupakan salah
satu dari prinsip mereka yang lima. Allah tidak membuat keburukan, tidak
mengkendakinya atau tidak memilihnya. Sebaliknya, Allah menciptakan hamba- Nya
untuk faedah mereka, bukan untuk kemudaratan mereka. Itulah pegangan Muktazilah
mengenai keadilan Allah.
Golongan ini
berpendapat bahawa Allah mengutuskan Rasul sebagai pembawa kebaikan daripada
Allah kepada manusia kerana perutusan rasul itu merupakan salah satu perbuatan
Allah. Justeru itu, menurut pegangan mereka, perutusan rasul itu adalah wajib
hukumnya bagi Allah.
Selain itu, mereka
turut menyatakan bahawa perutusn rasul diterima oleh akal dan akal sememangnya
memerlukan rasul. Mereka berhujah bahawa perbuatan itu tidak dapat diberikan
penilaian baik atau buruk kecuali rasul yang memberi penilaiannya. Akal dan rasul,
dua bentuk yang berbeza tetapi menuju kea rah kemaslahatan dan membendung
kerosakan.
Golongan
Muktazilah memberi peranan akal lebih bebas dan luas dari golongan Maturidiah.
Malahan ada sesetengah dari mereka bebas menggunakan akal sepeti mentafsir al-
Quran dan hadis. Namun begitu, golongan ini masih mengakui manusia memerlukan
rasul untuk mengetahui hikmat segala perbuatan yang disuruh atau ditegah oleh
Allah.
Muktazilah juga
berpegang bahawa akal manusia sudah mencukupi untuk mentaklifkan manusia
mmengenai penilaian baik atau buruk. Dalam kes tertentu disebabkan tidak semua
perbuatan manusia dapat difahami oleh akal tentang baik atau buruknya, maka
manusia memerlukan rasul untuk memberitahu akal mengenai perkara tersebut.
PANDANGAN ULAMA KALAM MENGENAI KENABIAN DAN
KERASULAN
Bagi ulama ilmu kalam, beriman dengan akidah Islam
khususnya kepada Rasul dan Nabi adalah merupakan salah rukun Iman dan wajib
beriman dengannya. Maka, setiap orang yang beriman wajib meyakini bahawa Allah
telah mengutus beberapa Pesuruh-Nya dari golongan manusia sendiri untuk
melaksanakan tugas menyampaikan ajaran kepada umatnya apa yang diperintahkan
kepada mereka untuk menyampaikannya, dan menjelaskan hukum-hukum berkenaan
dengan perbuatan manusia sama ada yang dituntut atau yang ditegah.
Manusia wajib
beriman dengan para Rasul dan Nabi dan wajib mempercayai dan membenarakn mereka
yang menjalankan tugas berdasarkan perintah Allah dan wajib bagi manusia
mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh mereka dan apa yang ditegah oleh
mereka wajib di ditinggalkan. Begitu juga, manusia wajib ber’itikad bahawa para
Rasul dan Nabi yang diutuskan Allah kepadanya dari kitab suci yang mengandungi
perintah dan pengajaran yang harus disampaikan dan mengandungi hukum-hukum dan
kisah-kisah. Manusia juga wajib beriman dengan kitab suci yang diturunkan
kepada para Nabi dan Rasul itu adalah benar iaitu sesuatu yang tidak dapat diselami oleh akal dan diluar kemampuan
manusia menciptanya. Ia merupakan mukjizat kepada para Rasul yang menjadi bukti
kerasulan dan kebenaran dakwahnya.
Menurut buku aqidah
Islam siri Imam al-Ghazali yang disaring oleh Yusoff Zaki Yacob berkenaan
dengan kenabian dan kerasulan berdasarkan pandangan ilmu kalam ialah mengakui
bahawa Allah telah mengutuskan seorang Nabi yang ummi dari suku Quraisy bernama
Muhammad s.a.w kepada seluruh manusia dan jin.
Di samping itu, mengakui bahawa syaritat yang dibawa
oleh Nabi ialah dari Allah dan Allah telah meninggikan darjat Nabi Muhammad
dari para Nabi lain dan menjadikannya penghulu bagi umat manusia. Kesempurnaan
iman tidak akan tercapai bagi setiap muslim dengan hanya mengucap dua kalimah
syahadah sekiranya tidak disertai dengan keimanan kepada para Nabi dan apa yang
disampaikan oleh Nabi baik perkara yang berkaitan urusan dunia mahupun urusan
akhirat.
Selain itu, menurut al-Ghazali,
manusia perlu beriman kepada Nabi dan rasul kerana iman seseorang itu tidak
diterima kecuali ia percaya kepada perkara-perkara selepas mati sebagaimana
yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Sebagai contohnya, pertanyaan malaikat
Munkar dan Nakir iaitu dua malaikat yang akan bertanya kepada seseorang yang
telah mati di dalam kuburnya tentang kepercayaannya terhadap Allah dan
Rasulullah s.a.w. Kedua-duanya akan mengemukakan pertanyaan siapakah Tuhanmu?
Apakah agamamu? Dan siapakah nabi mu? Kedua-dua merupakan penduga kubur dan
pertanyaan mereka merupakan dugaan pertama yang akan dihadapi seseorang selepas
matinya. Oleh itu, sebagai manusia dan umat, kita hendaklah sentiasa mengingati
dan berselawat kepasa Nabi dan Rasul. Hal ini kerena, Nabi memberi syafaar yang
besar kepada semasa di dalam kubur dan di hari akhirat.
Menurut al-Ghazali
lagi, manusia wajib memepercayai terhadap syafaat para anbia, kemudia para
mu’min mengikut darjat kelebihan masing-masing di sisi Allah. Orang mukmin
wajib mempercayai kelebihan para sahabat Rasulullah sa.w. Selain uitu, manusia
wajib mempercayai kelebihan para sahabat s.a.w. ialah Abu Bakar mengikut
kemudian Usman dan Ali.
Di samping itu, Taib
Tahir Abdul Muin dalam bukunya Ilmu Kalam menjelaskan tentang keimanan kepada
Nabi dan Rasulullah adalah wajib serta wajib mempercayai bahawa mereka
manusia yang dipilih untuk menjadi
utusan Allah untuk menyampaikan hukum-hukum, undang-undang, atau peraturan
kepada manusia dalam satu tempoh dan masa yang tertentu. Oleh kerana Nabi dan Rasul itu utusan Allah, sudah
tentulah mereka mempunyai sifat-sifat yang tertentu dan istimewa antara yang
terpenting ialah sifat siddiq, amanah, tabligh, dan fathanah. Para Nabi dan
Rasul juga terpelihara dari sifat-sifat yang tercela yang mencacatkan peribadi
dan maruah mereka seperti tiada para Nabi dan Rasul yang cacat tubuh badan.
Seterusnya, para Nabi dan Rasul mempunyai keistimewaan
dari segi mempunyai mukjizat. Menurut ulama ilmu kalam itu lagi, Rasul
mempunyai 313 orang menurut riwayat salah satu Hadis, ada pun yang wajib
dipercayai ialah 25 orang Rasul sahaja
dan ada lima di antara mereka yang dipanggil Ulul ‘azmi.
Seorang ulama ilmu
kalam yang terkenal iaitu Ali al-Sobuni menerangkan tentang perbezaan anatara
Kenabian dan Raja. Kenabian adalah merupakan hadiah daripada Allah, dan
dikhaskan tugas tersebut daripada Yang Maha berkuasa, diutuskan kepada siapa
sahaja dari ciptaan-Nya.
Pertama ialah kenabidan tidak dapat
diwarisi kepada anak. Nabi bukanlah diwarisi berdasarkan jlana pewarisan bapa
kepada anak. Tetapi ia dipilih oleh Allah sendiri, bahkan pemilihannya dilakukan
secara tulen dan bijaksana.
Kedua, kenabian tidak diberi kepada orang
kafir selama-lamanya, dan tidak diberi kepada orang lain kecuali orang yang
beriman, berbeza dengan pemilihan Sultan dan Raja yang diberi kepada sesiapa
sahaja termasuk bukan orang beriman.
Ketiga, Nabi hanya dipilih dari kalangan
kaum lelaki, tetapi pemilihan Raja atau Sultan boleh dipilih sama ada perempuan
ataupun lelaki.
Keempat,
medan kenabian sangat luas, mempunyai matlamat dan tujuan yang jelas,tujuan
asas yang jelas iaitu menyampaikan dakwah, mengajak manusia beriman kepada
Allah dan kepada hari akhirat dan kesannya kepada kehidupan di dunia yang fana
in. Selain itu Nabi bertanggungjawab memerintah dan mentadbir negara supaya
berjalan dengan lancar. Manakala Raja tidak diwajibkan untuk menyampaikan
dakwah kepada rakyat.
Ahmad menyatakan bahawa wajib pada semua Rasul empat perkara iaitu
siddiq, amanah, tabligh, fatanah dan mustahil pada semua Rasul lawan kepada
yang wajib iaitu dusta, khianat, menyembunyi dan bodoh. Dan harus pada hak
segala Nabi dan Rasul itu segala sifat manusia yang tiada mengurangkan
ketinggian martabat mereka seperti makan, minum,sakit.
Menurut Ahmad
lagi, para Nabi dan Rasul tidak bersifat dengan sifat ketuhanan dan sifat
Malaikat dan mereka juga tidak bersifat dengan sifat- sifat manusia yang buruk
dan keji dan sifat yang mencacatkan hikmah pengutusan Nabi dan Rasul berkenaan
kepada manusia.
Wajib beriman
dengan segala atau semua Rasul dan Nabi atas jalan Ijmal iaitu mengiktikadkan
bahawa ada bagi Allah itu beberapa banyak Rusul dan Anbia, dan pendapat yang
sahih dalam kalangan ulama Islam menyatakan bilangan Nabi dan Rasul tidak terbatas atau terhitung
walaupun ada yang menyatakan bilangan Nabi seramai seratus ribu, dan dua puluh
empat ribu dan bilangan Rasul daripada kalangan Nabi itu seramai 313 orang
orang.
Dan dua puluh lima Rasul yang
disebutkan nama mereka itu dalam al- Quran wajib beriman dengan mereka itu satu
persatu iaitu Adam, Idris, Nuh, Hud, Salih, Ibrahim, Lut, Ishaq, Ismail,
Yaaqub, Yusuf, Ayyub, Shu’ayb, Yahya, Isa, Muhammad. Wajib beriman bahawa Allah
mengutuskan Anbia dan para Rasul dengan beberapa mukjizat tanda kebenaran mereka
itu.
Kenabian tidak dapat diusahakan oleh seseorang dengan usahanya
walaupun dengan membanyakkan kebajikan dan ibadah kerana kenabian itu semata-
mata kurniaan Allah kepada manusia yang dikehendaki Allah untuk dipilih menjadi
Nabi- nabi. Dan wajib iktikad bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah afdal daripada
semua makhluk dan yang afdal selepas baginda adalah Nabi Ibrahim, Nabi Musa,
Nabi Isa, Nabi Nuh dan lima Nabi itu digelarkan Ulu al- ‘azmi, dan selepas
mereka itu segala Rasul yang lain dan kemudian semua Nabi yang bukan Rasul.
Seterusnya,kenabian dan kerasulan
berkait rapat dengan ahli sunnah wal jamaah yang mana pengikut nabi dan rasul
iaitu Nabi Muhammad s.a.w. merupakan ahli sunnah wal jamaah. Mereka meupakan
golongan yang berpegang pada sunnah dan golongan yang berlawan dengan golongan
muktazilah yang bersifat minority dan tidak berpegang kuat kepada sunnah.
Al-Asy’ari juga merupakan seorang ahli golongan mazhab muktazilah, namun
setelah mendapati aliran tersebut sedikit menyeleweng, beliau telah keluar dari
mazhab tersebut dan membentuk teologi baru yang berpegang kuat pada hadis
Rasulullah s.a.w. Kemudain al-Asy’ari bersama dengan ahli sunnah wal jamaah,
atas pengaruh al-Ghazali, ajaran al-Asy’ari yang serupa inlah yang meluas dalam
kalangan Islam ahli Sunnah wal jamaah.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kenabian dan kerasulan diambil perhatian dari setiap
aliran mazhab, aliran pemikiran dalam Islam kerana ia merupakan salah satu
aspek keimanan setiap manusia yang bergelar muslim. Kesemua aliran pemikiran
ini menerima pengutusan Nabi dan Rasul ini sebagai perkara yang penting dan
perkara yang menjadi keperluan kepada umat manusia.
Nabi dan Rasul
diutuskan untuk member panduan hidup kepada manusia tentang perintah dan
larangan Allah sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Nabi
dan Rasul diutuskan juga untuk memimpin manusia.
Sebagaimana dalam
buku Risalah Tauhid, para Rasul meletakkan umat manusia batas-batas larangan
menurut yang diperintahkan oleh Allah sehingga memudahkan manusia itu kembali
kepada fitrah yang baik. Rasul juga mensyariatkan kepada manusia supaya
membentuk diri dengan sifat-sifat utama seperti benar, amanah, menyempurnakan
janji.
Secara keseluruhannya,
pendirian ulama ilmu kalam berkenaan kerasulan dan kenabian ialah mempercayai
dan meyakini pengutusan Rasul kepada umat manusia adalah merupakan salah satu
rukun iman yang wajib ber’iktikad dengannya. Oleh itu, setiap orang yang
beriman wajib meyakini bahawa Allah mengutus beberapa orang Rasul dari golongan
manusia sendiri untuk menyampaikan perintah dan larangan Allah.
RUJUKAN
Al-Quran
Harun
Nasution, 1972. Teologi Islam. Jakarta. Yayasan penerbit Universitas
Indonesia.
Ibrahim Abu Bakar. 2010. Usuluddin Dalam Karya Arab dan Melayu
Klasik. Selangor: Jabatan Usuluddin Dan Falsafah UKM.
Mohd
Nasir Omar, Ibrahim Abu Bakar. 2011. Akidah Dan Akhlak Islam. Selangor: Pusat
Penerbitan Dan Percetakan UKM.
Muhsin Qiraati. 2007. Ushuluddin. Jakarta: Penerbit Cahaya.
Muhammad
‘Abduh. 1972. Risalah Tauhid. Jakarta. Penerbit Bulan Bintang.
Muhammad Ali
al-Sobuni. 1998. Al-Nubuwah al-Anbiya.Kaherah. Dar al-Sobuni.
Osman Bin Jantan. 1983. Pedoman Ilmu Tauhid. Singapura: Pustaka
Nasional PTE LTD.
Rosmawati Ali. t. th. Pengantar Ilmu Akidah. Selangor:
Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Yusoff Zaky
Yacob. 1979. Siri al-Imam al-Ghazali 2, Aqidah Islam. Kelantan. Syarikat
Dian Sdn. Bhd.
Taib Thahir
Abdul Mu’in. 1966. Ilmu Kalam. Jakarta. Penerbit Widjaya.
Shaykh
Naasir al-‘Aql, 1999. General Precepts of Ahlus-Sunnah wal-Jamaa’ah. United
Kingdom. British Library Cataloguing in Publishing Data.
nice sharing
ReplyDelete