Powered By Blogger

Thursday, 23 January 2014

" NASIONALISME"


Nasionalisme berasal dari kata nation yang dipadankan dengan bangsa dalam bahasa Indonesia. Bangsa adalah suatu masyarakat yang merupakan suatu persekutuan hidup yang berdiri sendiri dan masing-masing anggota persekutuan hidup tersebut merasa sebagai satu kesatuan ras, bahasa, agama, sejarah dan adat istiadat.  

Selain itu, bangsa juga memberi pengertian masyarakat dalam satu daerah yang sama dan tunduk kepada kedaulatan negaranya sebagai suatu kekuasaan tertinggi ke luar dan ke dalam.

Tujuan nasionalisme ini adalah pembebasan dari penjajahan dan menciptakan masyarakat atau negara yang adil, di mana tidak ada lagi penindasan manusia oleh manusia.



Pengaruh Islam Terhadap Pergerakan Islam di Indonesia

Perkembangan nasionalisme di Negara-negara Islam atau yang penduduknya majoriti muslim berjalan seiring dengan gerakan modenisme Islam. 

Salah satu pembaharuan Islam itu adalah dalam bidang politik yang dipelopori oleh Jamaluddin Al-Afghani, yang terkenal dengan gerakan pan-Islamisme.

  Nasionalisme pada dasarnya adalah upaya pencarian jati diri suatu bangsa.              



Nasionalisme dalam Perspektif Islam

Pendidikan nasionalisme di dunia Islam bermula dari kawasan Timur Tengah, terutama Turki dan Arab. Sebilangan golongan terpelajar Arab mahupun Turki yang mendapat pendidikan di Universiti-universiti Eropah kembali ke tanah kelahiran mereka dengan membawa konsep-konsep baru nasionalisme.

            Sebagai ideologi dan gerakan yang mendasarkan pada doktrin kemerdekaan dan kedaulatan rakyat, nasionalisme memiliki pengaruh besar terhadap perkembangan dunia moden. Nasionalisme tidak hanya berpengaruh terhadap pecahnya Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis di dunia Barat, tetapi juga berperanan dalam proses pembentukan bangsa dan Negara bangsa yang lahir dari bekas wilayah jajahan di Asia dan di dunia lainnya pada abad ke- 20.

            Demikian juga di Indonesia, nasionalisme menjadi roh penggerak lahirnya pergerakan kebangsaan dan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Indonesia sekitar tahun 1900-1954, serta meletusnya Revolusi untuk mempertahankan kemerdekaan Negara-negara Indonesia antara tahun 1945 dan 1949. Oleh sebab itu, masa kelahiran nasionalisme dan negara bangsa serta revolusi kemerdekaan merupakan masa yang sangat penting dalam sejarah Indonesia.

            Dinamika perjalanan sejarah mutakhir masyarakat dan bangsa Indonesia pada masa kini pada hakikatnya berpangkal pada masa itu. Akan tetapi,  sejarah kelahiran nasionalisme yang penting itu mungkin makin kurang menarik dan kurang difahami oleh generasi muda pada masa kini, sebagai akibat dari semakin jauhnya masa itu dengan perkembangan masa kini.

            Mengkaji konsep nasionalisme baru yang dirumuskan oleh kaum intelektual Indonesia pada akhir tahun 1920-an, yang tergabung dalam tiga organisasi pergerakan nasional yang dipandang sebagai wadah terpenting bagi kelahiran konsepsi nasionalisme Indonesia yang lebih jelas. 

            Ernest Renan mengatakan persatuan agama juga tidak diperlukan untuk kebangkitan nasionalisme. Persatuan bahasa mempermudah perkembangan nasionalisme tetapi tidak mutlak diperlukan untuk kebangkitan nasionalisme. Dalam hal nasionalisme, syarat yang mutlak dan utama adalah adanya kemahuan dan tekad bersama.

Iklim nasionalisme yang ada di Indonesia pada akhir tahun 1920-an berdasarkan latar belakang yang ada pada saat kelompok terpelajar muncul di Indonesia. Konteks itu perlu dijelaskan agar latar belakang fenomena kelompok terpelajar dapat difahami. Konteks ini merupakan sesuatu yang bersifat ekonomi, social dan politik. Mereka berasal dari kalangan mahasiswa. Pendidikan Barat menyebabkan muncul kesedaran dalam kalangan pemuda-pemuda intelektual. Yang dituntut oleh organisasi nasionalis adalah kemerdekaan dan bukan perjanjian untuk otonomi. 

Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. 
Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan politik" (political legitimacy). Ia berpunca dari teori romantisme iaitu identiti budaya", hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori. 
Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan, seperi yang dinyatakan di bawah. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.


Bentuk Nasionalisme
Nasionalisme boleh menonjolkan dirinya sebagai sebahagian ideologi negara , keagamaan dan ideologi. Kategori tersebut lazimnya saling kait-mengait dan kebanyakan teori nasionalisme mencampuradukkan sebahagian atau kesemua elemen tersebut. 
            Nasionalisme sivik (  nasionalisme sivil ) adalah sejenis nasionalisme di mana negara memperolehi kesahihan politik dari penyertaan aktif rakyatnya, "kehendak rakyat"; "perwakilan politik". Teori ini mula dibangunkan oleh Jean-Jacques Rousseau dan menjadi bahan-bahan tulisan. Antara tulisan yang terkenal adalah buku bertajuk On the Social Contract ( dalam Bahasa Melayu "Mengenai Kontrak Sosial"). 
            Nasionalisme etnik adalah sejenis nasionalisme di mana negara memperolehi kesahihan politik dari budaya asal atau etnik sesebuah masyarakat. Ia dibangunkan oleh Johann Gottfried von Herder, yang memperkenalkan konsep Volk ( bahasa German untuk "rakyat"). 
            Nasionalisme romantik  juga dipanggil nasionalisme organiknasionalisme identiti adalah lanjutan dari nasionalisme etnik di mana negara memperolehi kesahihan politik secara semulajadi ( organik ) hasil daripada bangsa atau ras menurut semangat Romantisme. Nasionalisme romantik adalah bergantung kepada kewujudan budaya etnik yang menepati idealisme Romantik; kisah tradisi yang telah direka untuk konsep nasionalisme romantik. Misalnya "Brothers Grimm" yang dinukilkan oleh Herder merupakan koleksi kisah-kisah yang berkaitan dengan etnik Jerman. 
            Nasionalisme Budaya adalah sejenis nasionalisme di mana negara  memperolehi kesahihan politik dari budaya bersama dan bukannya "sifat keturunan" seperti warna kulit, ras dan sebagainya. Contoh yang terbaik ialah rakyat Cina yang menganggap negara adalah berdasarkan kepada budaya. Unsur ras telah dibelakangkan di mana golongan Manchu serta ras-ras minoriti lain masih dianggap sebagai rakyat negara Cina. Kesediaan dinasti Quing untuk menggunakan adat istiadat Cina membuktikan keutuhan budaya Cina. Malah ramai rakyat Taiwan menganggap diri mereka nasionalis Cina sebab persamaan budaya mereka tetapi menolak China kerana kerajaannya berfahaman komunisme.
            Nasionalisme kenegerian ialah variasi kepada nasionalisme sivik, selalunya digabungkan dengan nasionalisme etnik. Perasaan nasionalistik adalah kuat sehinggakan ia diberi lebih keutamaan mengatasi hak universal dan kebebasan. Kejayaan suatu negeri itu selalunya kontras dan berkonflik dengan prinsip masyarakat demokratik. Penyelenggaraan sebuah 'national state' adalah suatu hujah yang ulung, seolah-olah ia membentuk kerajaan yang lebih baik dengan tersendiri. Contoh biasa ialah Nazisme, serta nasionalisme Turki kontemporari, dan dalam bentuk yang lebih kecil, Franquisme sayap-kanan di Sepanyol, serta sikap 'Jacobin' terhadap unitari dan golongan pemusat negeri Perancis, seperti juga nasionalisme masyarakat Belgium, yang secara ganasnya menentang demi mewujudkan hak kesetaraan ( equal rights ) dan lebih autonomi untuk golongan Fleming, dan nasionalis Basque atau Corsican. Secara sistematik, bila mana nasionalisme kenegerian itu kuat, akan wujud tarikan yang berkonflik kepada kesetiaan masyarakat, dan terhadap wilayah, seperti nasionalisme Turki dan penindasan kejamnya terhadap nasionalisme Kurdish, pembangkangan di antara kerajaan pusat yang kuat di Sepanyol dan Perancis dengan nasionalisme BasqueCatalan dan Corsican
            Nasionalisme keagamaan ialah sejenis nasionalisme di mana negara memperolehi "political legitimacy" dari persamaan agamaZionisme di Israel adalah satu contoh yang baik. Walaupun begitu, lazimnya nasionalisme etnik adalah dicampuradukkan dengan nasionalisme keagamaan. Misalnya, di Ireland semangat nasionalisme adalah berpunca dari persamaan agama mereka iaitu Katolik, nasionalisme di India seperti yang diamalkan oleh pengikut parti BJP adalah berpunca dari agama Hindu.
Namun demikian, bagi kebanyakan kumpulan nasionalis agama hanya merupakan simbol dan bukannya motivasi utama kumpulan tersebut. Misalnya pada abad ke-18, nasionalisme kaum Irish dipimpin oleh mereka yang menganut agama Protestan. Gerakan nasionalis di Ireland bukannya berjuang untuk memartabatkan teologi semata-mata. Mereka berjuang untuk menegakkan ideologi yang bersangkut paut dengan Ireland sebagai sebuah negara merdeka terutamanya budaya Ireland. Justeru itu, nasionalisme kerap dikaitkan dengan kebebasan. 
            Perjuangan nasionalisme Melayu dalam ertikata yang luas hari ini tidak bersifat Asabiyyah kerana ia mahu mempertahankan Melayu. Di Malaysia, nasionalisme wujud dalam erti kata cintakan tanah air. Ia memang dituntut dalam Islam. 
            Nasionalisme Melayu di Malaysia pendekatannya lebih kepada umat Islam. Contohnya pada zamam Dr. Burhanuddin Helmy, perjuangan Nasionalisme Melayu lebih mirip kepada Islam. Semangat tersebut merupakan perjuangan untuk memartabatkan kepimpinan Melayu Muslim. 
             Gerakan nasionalisme ialah usaha masyarakat setempat menentang penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sejak abad ke-19 namun gerakan secara menyeluruh telah bermula pada awal abad ke 20.
                Masyarakat tempatan menentang penjajahan British kerana dasar penaklukan British
 terhadap negeri-negeri Melayu untuk mengukuhkan politiknya, kawasan taklukannnya akan terikat dengan perintah dan peraturannya, hasrat British untuk menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka melalui perjanjian, British telah melaksanakan sistem pentadbiran Barat yang bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan, pemimpin tempatan hilang kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah, pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan masyarakat tempatan.

Kedudukan dan kuasa pemimpin tempatan sebelum penjajahan British ialah kebanyakan pemimpin
tempatan dilantik oleh sultan atau masyarakat untuk mentadbir kawasan tersebut, pemimpin berkuasa menjaga hal ehwalnya daerahnya seperti perundangan, pentadbiran, ekonomi, sosial dan lain-lain lagi.


RUJUKAN :

Abdul Basir Alias. 2002. Ancaman Nasionalisme Sekular Ekstrim Di Malaysia : Respon Pemikiran Cendikiawan Islam Terhadap Reaaliti Sejarah, Aliran Dan Kemelut Politik. Selangor : As-Syabab Media.
 Adhyaksa Dault. 2005. Islam Dan Nasionalisme. Jakarta : Pustaka Al-Kautsar.
Frank Dhont. 2005. Nasionalisme Baru Intelektual Indonesia Tahun 1920-An. Yogyakarta : Gadjah Mada University Press.



No comments:

Post a Comment